Jom nak kongsi tips untuk korang yang tengah mengandung & bakal bersalin..Aku saja tepek kat sini gak, mana la tau tetiba aku mengandung..Insya'allah..Aamiin..Memang ditunggu2..



Ternampak member aku share kat fb & aku pun pernah terbaca pasal ni..Jadi letak kat sini sebagai note untuk aku selain dapat sharing info dengan korang..

Kot korang tengah cari petua mudah bersalin, boleh la cuba ni..Kurma..semua pun suka..Lagi pun mudah didapati sekarang..
Blog Fieza Sani

TAHUKAN ANDA dengan makan kurma dapat memudahkan proses bersalin?

Sebuah kajian membandingkan proses bersalin antara ibu mengandung yang makan kurma dengan ibu mengandung yang tidak makan kurma telah dijalankan oleh Jordan University of Science and Technology.
Dalam prospective study ini, ibu mengandung yang makan kurma dikehendaki makan 6 biji kurma sehari dari 4 minggu sebelum tarikh dijangka bersalin.

Kajian ini mendapati, jika dibandingkan dengan ibu mengandung yang tak makan kurma, ibu mengandung yang makan kurma mempunyai:

bukaan rahim lebih besar apabila tiba di hospital, iaitu lebih kurang 4cm berbanding 2cm.

lebih tinggi peratus intact membrane (tidak pecah ketuban) iaitu 83% berbanding 60%.

lebih tinggi peratus spontaneous labour (mula proses bersalin dengan sendiri) iaitu 96% berbanding 79%

kadar induction (penggunaan prostin/oxytocin) lebih rendah iaitu 28% berbanding 47%

first stage of labour (bukaan 0 ke 4cm) lebih pendek iaitu, 8.5 jam berbanding 15 jam.

Secara kesimpulannya, kajian ini mendapati ibu yang makan kurma 4 minggu sebelum bersalin mempunyai proses bersalin yang lebih pendek dan dapat mengelak induction.

Seperti yang kita tahu, kurma juga banyak manfaat lain termasuk serat, gula yang baik, protein, iron, vitamin K, potassium, magnesium dan folate.

Jadi, marilah kita mengamalkan pemakanan kurma semasa mengandung.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber asal dari : FamiliFitrah

3 Comments

  1. Nice info n tq share sis... ayh aina pesan makan 7 biji kurma blh elak kan gangguan sihir. Wallahualam.. Tp kurma mmg byk khasiat.. blh diamalkan. =)

    ReplyDelete
  2. tq for the info sis.. sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  3. Assalam Fieza, pekabar ? sihat ke? kan kite ade up entry kite pindah masuk Jabatan skrg ni, kt opis baru kite ni sume mende leh buka, takde blok2 punye... sonok..cume jauh skit dari anak2 n husband, selalu kite la rushing pegi balik kite yg amik dowang...huhuhuhu... bagus amalkan makanan sunnah... u better start eat tamar la dear...

    ReplyDelete