Selepas 5x di tolak oleh Google Adsense untuk tepek iklan kat blog aku, akhirnya berjaya..yes..yes..

Oo..untuk yang tak tahu, adsense adalah salah satu medium pengiklanan untuk blog/web..kita perlu mohon dahulu dengan pihak Google Adsense..sekiranya lulus, baru la iklan akan terpapar di blog kita..
Bulan 10, tahun lepas aku dah berjaya letak iklan kat blog Chintahati.blogspot.com (nama lama blog aku)..bila aku tukar domain baru, kena la mintak permission untuk letak kod iklan di domain baru aku tapiiii di tolak sebab tidak memenuhi syarat GOOGLE..tak pe, kita cool je..


baru ni, aku try kali ke-6..dah redha je la kalau di tolak..tapiiii..muka ada senyum bila tengok e-mail dari Adsense kat bawah ni..


So korang kalau ada yang berminat mana2 iklan ada dalam blog aku ni, boleh la klik..kandungan iklan yang macam aku pernah baca kat blog HasrulHasan, selalunya berkaitan dengan isi kandungan blog kita..aku pun baru perasan..contoh macam aku pernah cerita pasal shopping online..aku tengok ada iklan pasal shopping kat iklan adsense dalam blog aku ni..

Bayaran untuk adsense ni pun menarik, dibayar dalam USD..heeee..

3 Comments