Di Balik Tabir

08:30


Di balik tabir interview yang aku gi masa event Systema haritu selepas sesi mencuba berus gigi Systema..Ntah amenda la aku merepek masa kena interview tu..

First time kena interview macam ni..lepas sesi mencuba berus gigi Systema, PR bawa aku ke sini..Tunggu giliran sebab masa tu ada blogger lain tengah ditemubual..haih..debar rasa..masa tu aku boleh cakap kat PR dorang, kalau tak nak boleh tak?hehe..memang tak boleh la weiii..

 Gadis yang baju putih tu yang interview..Sebelum mula sesi ni, aku dah diberi soalan apa yang akan ditanya..boleh pilih nak ditemubual dalam bahasa melayu atau english..aku pilih melayu le..english pun tunggang langgang..ada hati nak nak cakap omputih..

Jurukamera minta semasa sesi temubual ni, aku pandang pada gadis tu je..jangan pandang ke arah kamera..Berjaya buat..rasa tak pandang pun kat jurukamera..

 Masa ni kena tunjuk berus gigi Systema yang telah dicadangkan oleh pakar Systema di event ni..

Fefeling artis sangat..haha..
 
 

 Sesi interview..fuhhh..nasib soalan tak banyak..sekejap je sesi ni..dalam beberapa minit je..baru tahu macamni la agaknya kalau artis2 kena interview tu kannn..

Katanya nak jadi blogger, kena la belajar2 gi event walaupun aku pemalu sebenarnya, tau..ahaks!!! 

You Might Also Like

0 Comment