Sebelum ni aku pernah buat entry pasal watermark..Boleh rujuk kat SINI..Kali ni aku nak share, cara membuat watermark mudah & boleh download ke handphone (untuk yang tak tahu..yang mana dah tahu atau lagi advance dari aku..sila abaikan entry ni)..Untuk memudahkan sekiranya kita nak edit gambar guna hp..Mungkin ada yang lagi terer dari aku pasal ni tapi aku nak share cara membuat watermark mudah..Aku pernah google cara buat watermark yang mudah..tapi kebanyakan guna aplikasi macam GIMP, Photoshop & lain-lain..haih, failed tau..

Kebanyakan dari kita sekarang, kalau ambil gambar mesti guna hp je kan..senang..contoh macam aku sendiri..tapi masalah aku adalah nak buat watermark kat gambar tu..kalau guna pc, guna aplikasi lain..kat hp aplikasi lain..dah lain watermark aku..tak cantik..Kali ni nak buat seragam, baru la nampak profesional gitu..ni cara yang aku buat..watermark senang & ringkas..mula2 cadangnya nak buat yang ada letak gambar bagai..tapi macam aku cakap awal entry tadi, failed nak guna aplikasi yang susah2 ni..jadi ambil yang senang saja..sedar diri jenis suka buat yang senang..ahaks!!!

Aku buat watermark ni di website COOLTEXT..


Jenis-jenis tulisan yang ada..pilih la yang mana berkenan..


Dah jumpa yang berkenan..terus ikut step 1, 2 & 3 macam dalam gambar atas ni..

 Edit ikut citarasa masing-masing..Dah selesai edit, akan keluar preview kat atas..


Login dahulu (akaun fb atau google) untuk e-mail image


Masukkan alamat e-mail korang..lepas tu tekan send image..

  Dah terima e-mail, download image..image akan masuk dalam gallery..





Bila nak edit gambar untuk masukkan watermark, boleh klik pada add photo..
Aku guna apps Picsart..




Siap!!!..Fungsi watermark ni, untuk mengelakkan orang lain mencuri gambar hak milik kita..

Officially, watermark baru blog aku 


Header Purple, watermark purple..seragam tak??
 

0 Comments