Bila sakit gigi?buat keja apa serba tak kena..Khamis lepas, gigi aku yang belah atas yang memang dah berlubang tu, dah start 'nyut nyut'..adoii, stress..mula ingatkan dia okey..tapi makin lama..makin sakit..hari jumaat tu dah plan ingat nak cuti, nak gi klinik gigi gomen yang aku gi beberapa minggu lepas..tapi ramai cakap, kalau klinik gomen kita pergi situ time gigi sakit..dr tak nak cabut..aku tanya mr hubby, kenapa macam tu plak..nak tunggu tak sakit..jenuh la..mr hubby cakap takut ada darah tinggi, lepas cabut gigi darah banyak keluar..kang dah kes lain plak..so memang gigih la aku datang keja hari jumaat tu dengan sakit gigi..dah sakit gigi tu berjangkit la sakit kepala..rasa nak demam pun ada..padan muka kan, tak nak jaga gigi..

Hari sabtu, mr hubby ajak gi klinik swasta je..dengan duit tak baper nak ada, swipe je la..aku okey je la..tak tahan, gigi sakit..berdekatan dengan rumah aku, ada satu klinik gigi..pagi sabtu, pergi klinik tu tengok2 tutup..adoii..telefon cawangan klinik tu kat area P.J., receptionist beritahu klinik yang dekat area rumah aku tu buka pukul 3.00ptg..mak aih..sakit kepala aku dengar..singgah beli ubat sakit gigi..mr hubby nak potong rambut pulak..sementara tunggu mr hubby, cari klinik lain..jumpa..Klinik Pergigian Datta, area Jalan Klang Lama..appointment pukul 12.30t/h..kitaorang sampai awal dalam pukul 12.00..kena tunggu sebab ada patient lain..dalam 12.45-12.50 baru sampai turn aku..masuk dalam bilik rawatan, Dr check & advice suruh cabut tapiii kata Dr, gigi aku teruk..so mungkin kena operate..kos lebih kurang RM350-RM400..mak aih..cancel..Aku tak tau la mungkin sebab dah nak time lunch, dia tengok kitaorang pun macam tak berduit, jadi terus dia buat conclusion macam tu sebab confirm kitaorang tak nak..
Blog Fieza Sani
Aku dah confident cabut gigi kat sini..ubat tu buat spare je..tapi hampa..

Pukul 2.30ptg aku call klinik yang dekat dengan rumah aku..dapat set appointment pukul 5.00ptg..saja je nak tengok dr yang ni cakap apa pulak..kalau sama macam dr kat klinik pergigian datta tu, memang harini aku E/L la jawabnya..gi balik kat Klinik Pergigian Petaling Bahagia..

Lepas register, terus masuk bilik rawatan..aku inform dr nak cabut gigi berlubang tu..tapiiiii dr tak bagi..dia cakap gigi tu untuk kunyah makanan..dia cakap kalau aku cabut, nak makan macamana..la plakkk..dia cakap gigi boleh selamatkan, kita selamatkan..jadi dia tampal..sebelum tampal tu, dia cuci sikit gigi aku yang berlubang tu sebab kotor sikit..dia cakap yang sakit tu sebab dah ada nanah..so dia bagi ubat2 kat bawah ni..dia nasihatkan juga suruh buat scalling & ada gigi aku yang tampalan dah terbukak..dia suruh tampal balik..baikk dr..nanti ada duit, saya buat kat situ..

Teringat aku masa buat rawatan kat klinik government yang aku pergi haritu, dr tau aku ada 2 gigi berlubang..tapi dia cabut yang belah belakang je..tak kisah la..tapi satu lagi yang berlubang tu dia tau jugak dah kotor, dia terang2 cakap 'gigi yang ni kotor..dr tak buat cuci kat sini'...pfffttt..dah la pakaian dia tak melambangkan macam dr..pakai t-shirt & jeans..kasut pun jenis kasut getah (jelly) tue je..aku tengok atas bawah je dr tu..dah tak friendly langsung..bertekak gak masa aku buat rawatan kat situ..Masa aku nak buat rawatan kat klinik kerajaan tu, mr hubby pun follow sekali..cadangnya nak buat scalling..tapiiii dr/nurse kat situ beritahu, scalling sakit..'U NAK BUAT KE?'..pffft..aku cerita dengan dr swasta yang aku tampal gigi tu, dia gelak je..scalling mana sakit..cuci je..aku pun ingat pernah buat scalling beberapa tahun lepas, tak de la sakit..terus mr hubby tak jadi buat..dengan aku sekali la tak buat..eh..tapi lepas cabut haritu, dr memang tak de cakap apa pun..walaupun sebelum tu aku dah beritahu nak buat scalling..dah dia tak cakap, aku pun malas la nak tanya..macam tak nak kerja je..
 
Gigih habiskan ubat2 ni..RM150 total kos gi klinik swasta ni..tak pe la, iolls rela je..patut la ramai tak suka pergi klinik gigi government,layanan dorang sama macam kita bayar kat dorang RM1..

Ingatkan kerajaan, diaorang layan pesakit yang datang tu dengan elok sebab gaji dorang tinggi kan..yang bayar gaji dorang tu sapa??bukan rakyat..tapi gi sektor perkhidmatan macam hospital/klinik kerajaan, cam hampeh dot com..

yea..tau2 aku pun kerja kerajaan..sedar diri..cuma tak puas hati ada sesetengah sektor kerajaan bahagian perkhidmatan yang melibatkan orang ramai, servis kakitangan kerajaan ni sangat la mengecewakan..

4 Comments

  1. terkena staff yang tak ok memang menyirap je kan

    ReplyDelete
  2. get well soon kak..ades sakit gigi ni plg saya tak tahan sngt

    ReplyDelete
  3. sakit gigi boleh bikin darah naik.. orang tak salah pun kita nak marah hahaha.. sebab tu tak suka dekat ngan orang sakit gigi.. takut kena marah

    ReplyDelete