Hari ahad lepas, aku & family saja berkunjung ke pesta bunga di Season's Flower Show di Eco Majestic, Semenyih..Dekat je dengan rumah aku & mr hubby..so kebetulan nak gi jenguk rumah kitaorang tu, singgah la kat sini..Tak silap pesta bunga ni berlangsung sehingga 6 Mac 2016..

Kat sini, korang fefeling macam di luar negara..Ada Eiffel Tower
 Perancis, Wind Mild Belanda, Pondok Telefon Merah Britain dan Umbrella Sky Portogal (sumber dari SINI)

Cantik memang cantik tapi panassss terik sangat dengan orang ramainya..phewww..berpoluh den..nak tangkap gambar kat port2 menarik dalam ni, beratur..memang malas la nak beratur sebab panjang + orang ramai + panas..aku snap2 gitu je..janji nampak trademark2 yang ada kat situ..kecuali kat pondok telefon merah britain & payung gantung2 tu, aku tak jalan kat area situ..

 Kat bawah ni, gambar2 yang aku snap..tak de la port2 menarik macam dalam fb..sebab malas nak beratur..orang ramai sangat..untuk korang yang nak datang berkunjung ke sini, aku nasihatkan sila bawak topi/payung..
Ni baru masuk ni..terus cari tempat teduh dulu..dalam keta, ada payung..siap ada topi lagi..aku boleh lupa nak keluarkan..
 
macam ni la keadaan masa aku ke sini hari ahad lepas..ramai sangat orang..mak aku yang berpayung kan surat khabar lamaa..
Season's Flower Show @EcoMajestic
Kunci Cinta..hehe
Eh..sampai Paris dah..
Cari tempat teduh..anak buah aku dah berpoluh2..topi dia pun lupa nak bawak..
Kat sini, kena beratur..idok la kuasa..dengan panasnya..jadi kita berdiri sipi2 je la..janji nampak yang belakang tu..
Bunga-bunga matahari..mr hubby jugak yang bijak, bawak payung siap2..mr hubby turun kan kitaorang dulu..dia pi cari parking..masa mr hubby sampai kat kitaorang, tengok dia dah siap pegang payung..
Season's Flower Show @EcoMajestic
Kitaorang tak lalu kat bawah payung tu..panas..dah tak kose nak pusing2..
Ada air terjun mini kat sini..tu yang anak buah aku tertarik tu..
Suka giler gambar ni..rasa jelita pulak..hehe..
Entry aku ni, mungkin tak best sangat kan sebab crowded..gambar pun tak cun sebab background ramai orang..korang klik SINI, ada sorang blogger pergi ke sini hari kerja..eh..jeles tengok..tak de orang..cantik2 pulak gambar dia ambik..tak de gangguan..

1 Comments

  1. hari tu dah pergi, tapi jalan close dah masa tu. x sempat masuk. huu

    ReplyDelete