AFB Feeds

LifeStyle

Seronok ke idok?

08:30

Sabtu baru ni bawa Iman jenjalan lepas abis event Systema..Mr hubby cadang nak tengok wayang..redeem tiket free sempena birthday mr hubby hari ahad..mr hubby TGV member club..Untuk ahli dapat redeem 2 tiket percuma & 1 set (popcorn + air) pada bulan kelahiran..Itu yang plan nak tengok movie..Plan bawak Iman  sekali..huhu..kitaorang pun tak tahu la samaada okey ke idok bawak iman nengok wayang..1st time weiii..tapi tak cuba tak tahu kan..kalau lulus, lain kali boleh repeat..kalau gagal, memang tak la..
Korang rasa lulus ke tak?
Jeng Jeng Jeng... 

Kitaorang tengok cerita apa?bawak Iman, sah2 la kena tengok Boiboiboy..layan je la..walaupun aku tak suka sangat kartun boiboiboy ni..
Member TGV, boleh redeem 2 tiket percuma + 1 set (popcorn & air) sekali dalam bulan kelahiran

 Ni masa kat kaunter tgv..sambil beratur nak beli tiket, dia sibuk nak tangkap gambar kat banner ni..bila suruh dia pandang kamera..macamni la reaksi dia..

 
Review BoiBoiBoy.
 Posing dulu sebelum tengok movie..nasib Iman behave je masa ni

Dalam panggung..reaksi Iman.. Duk harap masa ni, dia tak merengek ajak keluar..pffftt..

Hasil cubaan bawa Iman ke wayang..suksesss..yeay!!next time boleh repeat lagi..hehe

Review BoiBoiBoy..

Aku bukan peminat cerita ni tau..kalau yang biasa kat tv pun, aku tukar channel..kadang tu kalalu tak de cerita lain yang best, ku layan jugak le..sorry, pada peminat2 fanatik BoiBoiBoy..Untuk versi filem ni, bagi aku keseluruhannya okey je..Selain watak2 yang biasa kita tengok di tv, ada la tambahan watak baru untuk versi filem bagi dijadikan jalan cerita..Agak menarik jalan cerita dia, pergerakan & percakapan watak animasi dalam filem ni, sekata, tak de la pergerakan badan lain..pergerakan mulut lain..Bagi aku watak cikgu BoiBoiBoy tu penceria pada cerita ni..sapa ke nama cikgu tu, lupa pulak..Kalau tak, aku rasa macam boring pun ada..Duk pikir 'eh..lambat lagi ke nak habis cerita ni?'..ni untuk aku yang tak baper minat sangat cerita boiboiboy..mungkin pada korang yang peminat2, rasa cerita ni TERBAIKKK..masing-masing punya pandangan..

 Apa-apapun bagi aku, aku layan je..sesuai dijadikan tontonan untuk  release tension..light & easy movie..

advertorial

Aplikasi Untuk Yang Suka Travel

08:30

Untuk sesapa yang suka travel tetapi jenis tak suka buat plan..selalu buat plan mesti tak jadi..so ada yang suka buat mengejut2 je gitu..dah tau nak gi mana cuma tak suka nak plan bila tarikhnya..tetiba je nak bercuti, terus on..

Buat plan mengejut macamni okey je tapi selalunya problem pulak nak booking hotel, flight (kalau melancong keluar negara)..pening nak cari hotel..flight..apa program yang nak dibuat kat tempat kita bercuti tu..

Jadi untuk mudahkan korang yang suka buat plan mengejut2 ni tak perlu risau sebab sekarang dah ada aplikasi LastMinuteBooking (LMB)..Boleh muat turun aplikasi ni dari Google Play & App Store..
Aku dah download aplikasi ni..saja simpan..aku & mr hubby pun kadang suka buat plan cuti mengejut2 ni..Jadi simpan dulu aplikasi ni kat hp..

Menarik jugak aplikasi ni..Ada 3 jenis pakej, korang boleh pilih nak yang mana (gambar di bawah), tempahan hotel & tiket..semua dalam 1 aplikasi..mudahkan sekarang..dihujung jari je..

 

Pakej Libur..Di LMB, kebanyakan percutian yang ditawarkan untuk muslim pakej..Jadi untuk kita orang islam, tak perlu risau..
 
Pakej segera..Bagi korang yang malas nak pikir banyak, terus amik je pakej ni..semua dah ada termasuk itinerary..

 

Matta Fair Pakej..pakej promosi..tinggal klik, tempah & bayar je..
  

Tempahan tiket..cuma perlu taip nama tempat & tarikh yang kita nak gi travel tu..akan keluar senarai semua penerbangan yang ada (seperti gambar di bawah).. 

Senarai penerbangan yang ada..

 
Carian hotel..taip je nama tempat & tarikh serta hari untuk bermalam..keluar senarai semua hotel yang ada di Bali (seperti gambar di bawah)..
 

Senarai hotel yang ada..termasuk harga..

  Mudahnya sekarang..nak gi bercuti pun senang hati dengan aplikasi ni..

Maklumat lanjut, korang boleh layari www.lastminutebooking.com.my

Review Novel

Ending Tundukkan Playboy Itu

08:30


 Uqasha kawen?hehe..tak la..ni Nurin yang kawen dalam cerita Tundukkan Playboy Itu..
Ternampak post Uqasha ni kat ig dia..terus macam 'eh..Harraz kahwin ke dengan Nurin?'..ke ni adegan mimpi je..kita tunggu dan lihat la endingnya..Aku tak pernah baca novel ni jadi aku pun tak tahu ending dia macamana?eh..tetiba nak cari novel ni, nak baca ending je..hehe..

Masa drama ni start, aku tak baper nak layan sangat..lepas tertengok beberapa episod awal, terus jatuh cinta nak layan..Isnin-Khamis, pukul 7 dah siap tunggu depan tv dengan mak aku..Sembahyang maghrib, time iklan ke @ azan, selalu lepas azan mesti iklan..iklan kat tv3 kan banyak..eh!!!! So masa iklan @ azan ni, cepat2 solat dulu..haih..tv3 ni boleh tak tukar slot ni ke 6.30..so abis 7.30, ngam2 dah waktu Maghrib..

Aku suka layan cerita ni sebab pelakon2 semua menjadi bawa watak masing2..tak de la macam over ke hapa..cuma watak mak Nurin tu je, aku rasa over sikit..rimas nengok masa Nurin & Harraz terperangkap kat kg dan kena bermalam kat sana..Mak nurin over benor risau anak dara dia tak balik2..call tak dapat pulak tu..Faham2 kita dalam realiti pun sama tapi reaksi mak dia masa scene tu, hoverrrr..Watak Mawar sebagai Elfira pun menjadi..gedik..sesuai sangat bawak watak macam tu..Beria nak kan harraz padahal kalau ikut logik di realiti, kalau lelaki dah mengelak2 macam tu kita pun boleh faham sendiri maksudnya lelaki tu tak suka kat kita..heh..tapi ni kan drama..kalau tak de watak elfira ni, tak best jugak..tak de cabaran orang kata..takkan cerita dari mula sampai habis, elok je..


Ni sinopsis dari Novel..Sumber dari PENULISAN2U

Prolog

SENYAP antara mereka. Nurin juga lebih selesa mendiamkan diri. Sejujurnya dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Sebab pertemuan ini terjadi bukan sebab keinginannya. Semuanya sebab Puan Sri anggun di depannya sekarang ini yang mengheretnya ke mari.

Ada apa pulalah Puan Sri ni nak jumpa dia? Rasanya ini kali pertama mereka berdua berjumpa.

“Ehemmm…” Nurin berdehem. Sebenarnya sebab dia rasa kurang selesa dengan pandangan Puan Sri Rosell yang pandang dia macam singa puasa sebulan. Tapi, sebab dia hormatkan Puan Sri Rosell yang lebih tua daripadanya, dia diamkan sahaja.

“Emmm… Ada apa Puan Sri nak jumpa saya?” Akhirnya Nurin bersuara. Dibiarkan lama lagi, tak pasal-pasal jadi filem bisu untuk tontonan umum. Lagipun, kalau lama lagi, siapa nak bertanggungjawab kalau Rimau Lamborgh yang tak pernah kenyang di atas sana mengamuk? Tak pasal-pasal kena tuduh ponteng lagi. Tak tahan rasanya telinga nak tahan suara yang tak pernah nak perlahan itu.

“Kamu ya Nurin Areesa?” Serius Puan Sri Rosell memandang Nurin.

Nurin cuma angguk. Hai… Tadikan dah tanya? Kalau aku ni bukan Nurin, tak adalah aku ikut dia sampai ke kafe mewah ni. Meskipun Nurin bekerja di Harraz Holdings, tapi inilah kali pertama dia jejakkan kaki di kafe ini. Sebab kafe ini hanya untuk ahli keluarga, VIP dan ahli lembaga pengarah syarikat ini.

Terima kasihlah, Puan Sri. Kalau bukan sebab Puan Sri, kempunan la saya nak rasa makanan kat kafe ni. Hanya mampu pandang pintu masuk aje la, desis Nurin dalam hati.

“Hmmm… Boleh tahan cantik kamu. Patutlah Tan Sri suka,” kata Puan Sri Rosell lagi. Wajahnya masih sama. Serius merenung Nurin.

Hai… Lain macam pula bunyi suara Puan Sri depan aku ni. Nurin rasa kurang senang. Jangan-jangan dia ingat aku dengan Tan Sri ada apa-apa tak? Kalau dia ingat aku ni perempuan simpanan Tan Sri, macam mana? Nak buka gelanggang WWE ke? Adoi… Tak sanggup aku nak lawan dengan orang sebaya umi ni.

Puan Sri ni sama aje la macam anaknya. Suka tuduh aku dengan Tan Sri ada apa-apa. Makbul karang, menangis Puan Sri, omel Nurin, tapi dalam hati.

“Errr… Puan Sri! Saya dengan Tan Sri tak ada apa-apa. Dia cuma kawan ayah saya, Puan Sri. Puan Sri jangan salah faham pula.” Nurin cepat-cepat jelaskan perkara sebenar sebelum dia kena libas dengan beg tangan Gucci Puan Sri Rosell itu.

Puan Sri Rosell yang dengar terus letuskan ketawa. Buatkan Nurin sedikit pelik. La… Gelak pula? Apa yang kelakar? Nurin tak faham. Ke dah reda dah kalau-kalau aku jadi madu dia?

Oit… Nurin! Nak sangat jadi madu Puan Sri ni? Haish… Minta simpang tiga, simpang empat, kalau ada simpang lima, simpang lima sikit la! Jadi mak tiri Rimau Lamborgh tu? Uish… Tak sanggup… Tak sanggup.
“Kenapa Puan Sri gelak?” soal Nurin.

“Kamu ni kelakarlah, Nurin. Patutlah Tan Sri suka sangat kat kamu.”

Erk? Dahi Nurin makin berlapis-lapis. Kalau letak di dalam talam, dah boleh jadi kuih dahi berlapis kut! Pelik… Pelik… Nurin sangat pelik dengan Puan Sri Rosell. Cara dia bercakap tadi, bukan main mesra bunyinya. Berbeza sungguh ayat terakhirnya sebelum ini dengan yang tadi meskipun ayatnya lebih kurang sama.

“Saya tak fahamlah, Puan Sri. Kenapa Puan Sri cakap macam tu? Kenapa Puan Sri nak jumpa saya? Saya ada kecilkan hati Puan Sri ke? Kalau ada, saya minta maaf banyak-banyak.”

Puan Sri Rosell cuma senyum. Kata-kata Nurin buatkan kasihnya makin jatuh kepada anak gadis itu. Patutlah beria-ia suaminya memuji Nurin. Nurin cantiklah. Saya berkenanlah. Saya sayang Nurinlah. Hmmm… Patutlah. Nurin memang macam yang suaminya cakap. Apabila jumpa berdepan macam ini, lagilah dia bersetuju dengan kata-kata suaminya itu.

“Nurin tak ada salah apa-apa dengan aunty. Inikan kali pertama kita jumpa.” Kali ini lembut Puan Sri Rosell berkata.

Nurin sedikit lega tapi masih tertanya-tanya. Apa niat sebenar Puan Sri Rosell mahu berjumpa dia?
“Habis tu, kenapa Puan Sri nak jumpa saya?”

“Panggil aunty aje, Nurin. Tak payah nak berPuan Sri-Puan Sri dengan aunty.”
Nurin cuma diam apabila ditegur sebegitu.

“Maaflah kalau aunty dah kacau waktu kerja Nurin. Tapi, aunty nak sangat-sangat jumpa Nurin. Uncle selalu puji Nurin. Buatkan aunty nak jumpa Nurin. Nak tengok macam mana Nurin sampai Uncle Mukhriz selalu puji Nurin.”
Nurin rasa lain macam. Pasal Tan Sri Mukhriz lagi ke?

“Aunty… Saya dengan Tan Sri…”

“Aunty tahu yang Nurin dengan Uncle Mukhriz bukannya ada apa-apa. Nurin jangan salah faham pula. Uncle Mukhriz selalu puji Nurin. Sukakan Nurin macam anaknya,” jelas Puan Sri Rosell.

Nurin malu sendiri. Amek kau, Nurin! Ingat kau tu cantik sangat ke nak jadi skandal terhangat di Malaysia? Uncle Mukhriz anggap kau macam anak aje la. Jangan nak perasan sangat, boleh?

Jadi, tak adalah pelik sangat sebab Nurin pun anggap Tan Sri Mukhriz macam bapanya juga. Tapi… kalau anggap anak tu, bukan ke macam anggap jadi isteri anak dia ke? Kalau isteri kepada anak dia tu, bukan ke macam isteri kepada…

Uih… Tak sanggup aku kalau jadi isteri Rimau Lamborgh tu. Meremang bulu roma. Mimpi pun dah ngeri, kalau jadi nyata memang tak sanggup nak hirup oksigen atas muka bumi ni kut! Ingatkan perangai tak boleh blah dia tu, rasa nak lempang-lempang aje mamat tu kat situ juga.

“Emmm… Nurin dah kerja dua bulan kat sini, kan? Macam mana? Okey tak?” soal Puan Sri Rosell lagi.
Soalan kali ini buatkan Nurin mengeluh. Sedih mengenangkan nasib hidup di syarikat pelik anak saudara ajaib ini. Kalau tersenarai dalam The Malaysia Book of Records, memang cun juga. Tak sanggup nak kenangkan kesengsaraan sejak hari pertama bekerja lagi.

Nurin cuma senyum.
“Okey aje, aunty.” Pendek Nurin balas. Kalau masih hidup lagi sekarang ini, kira okeylah tu. Ya tak?
“Harraz macam mana?” Puan Sri Rosell melanjutkan soalannya.

Kali ini rasanya Nurin nak mengeluh panjang. Rasanya kalau ukur, mahu sama panjang dari Perlis ke Johor, redah Banjaran Titiwangsa. Nak tahu kenapa panjang dan berat keluhannya? Meh nak cerita!

Harraz… Ha… Semuanya sebab mamat nama Harraz itulah. Harraz Naufal nama pemilik syarikat gah ini. Namanya cantik. Maksudnya juga cantik. Mukanya juga cantik. Tapi, perangai, uih… Tak sanggup den nak cerita. Cerita panjang-panjang nanti, rasanya boleh kut bukukan jadi koleksi kisah-kisah tauladan.

Sejak kenal lelaki bernama Harraz ini, hidup Nurin tak pernah aman. Harraz alias Rimau Lamborgh. Orang samalah tu. Rimau Lamborgh, nickname yang memang Nurin reka khas untuk mamat itu. Semuanya terhasil sebab suara Harraz yang asyik nak mengaum dua puluh empat jam itu. Yang Nurin rasa sama aje bunyinya macam bunyi enjin Lamborghini merah kesayangan mamat itu yang mengaum. Apa macam? Cun, kan? Memang first class dan sesuai dengan Harraz yang memang first class itu.

Rasanya tak ada satu pun perangai mamat itu yang boleh buat hati senang. Nak dibuat calon suami pun memang dah pangkah besar-besar macam orang nak mengundi dalam pilihan raya itu.

Tapi, depan mak Harraz, mana mungkin Nurin kutuk macam-macam. Mahu kena libas betul-betul dengan Gucci tu? Sayang nyawa la weh…

“Emmmm… Macam tu aje la, aunty. Okey aje.” Itu aje yang mampu Nurin jawab.

“Girlfriends Harraz selalu datang sini ke?” selidik Puan Sri Rosell.

Nurin sengih. Macam tahu-tahu aje Puan Sri ni. Siap sss lagi lepas sebut girlfriends tu, memang dah tahulah tu yang anak dia memang pasang ramai perempuan. Alah… Anak dia. Mestilah dia tahu.

Hari-hari, Puan Sri. Bukan setakat datang. Jadi gelanggang WWE pun pernah, Puan Sri. Ni… Muka ni. Dah kena lempang dah dengan salah seorang girlfriend anak Puan Sri tu.

Huh… Ingatkan peristiwa yang baru terjadi itu, buatkan hati kembali panas. Percuma aje aku kena lempang. Berpusing macam gasing kut dua pusingan. Nasib baik tak berterabur gigi!

“Emmm… Boleh dikatakan hari-hari, aunty. Selalunya Encik Harraz bawa keluar makan.” Nurin jadi tukang repot.
Apabila ingat balik, menyesal pula dia. Kenapalah mulut ni celopar sangat? Kalau Harraz tahu, mati Nurin dikerjakan rasanya. Mulut puaka mamat itu boleh tahan. Dah puaka, faham-fahamlah. Boleh kena gangguan jiwa kalau tak kuat!

“Malam? Malam dia orang buat apa?” tanya Puan Sri Rosell lagi.

“Entah. Saya tak tahu, aunty. Saya bukannya PA Encik Harraz. Maafkan saya,” balas Nurin balik.

Manalah dia tahu aktiviti malam lelaki itu. Dan dia pun malas nak ambil tahu. Buat habis masa dan tambah dosa dia aje. Nurin rasa Puan Sri Rosell lebih maklum perangai anak bujang dia itu.

“Aunty bukannya apa, Nurin. Harraz tu perangai makin menjadi-jadi. Tambah-tambah lagi lepas dia duduk seorang. Lagilah dia bebas. Aunty dah penat dah nasihat dia. Tapi tak pernah nak dengar.” Puan Sri Rosell meluah rasa.
Dia mengeluh dalam-dalam. Apalah nasib dia punya anak macam Harraz itu? Dahlah Harraz itu satu-satu anaknya. Pewaris tunggal segala kekayaan suaminya. Termasuk Harraz Holdings ini.

“Salah aunty juga sebab terlalu manjakan dia. Terlalu ajar cara hidup barat. Kurang didikan agama. Last-last jadi macam ni la. Baru sekarang aunty menyesal. Tapi menyesal pun tak ada gunanya dah. Harraz pun dah besar panjang. Dah boleh jadi suami orang dah pun. Aunty rasa sangat berdosa apabila tengok maksiat demi maksiat yang Harraz lakukan. Dah berbuih dah mulut bagi nasihat. Tapi tak pernah jalan.”

“Tengok aje dalam syarikat ni. Aunty sendiri malu nak mengaku ni syarikat anak aunty. Macam-macam yang Harraz tetapkan dalam syarikat ni. Aunty bersyukur sangat-sangat sebab Nurin tak terikut-ikut syarat syarikat ni.”
Nurin senyum hambar. Kalau bukan sebab Tan Sri Mukhriz yang masuk campur, agaknya dah lama dah dia say goodbye kepada syarikat ini. Mengarut-ngarut syaratnya dan rasanya hanya ada pada syarikat ini. Tapi, sebab itulah dia dituduh macam-macam oleh Harraz. Ada ke Harraz cakap Tan Sri Mukhriz bela dia sebab ada hubungan istimewa? Gila betul! Agaknya memang dia nak aku ni jadi mak tiri dia?

“Bilalah perangai Harraz nak berubah? Especially perangai playboy dia tu? Sampai bila, Nurin?”

Nurin cuma diam. Tak tahu nak cakap apa. Sekarang ini rasanya macam dia seorang kaunselor dan Puan Sri Rosell ialah kliennya. Alangkah bagusnya kalau dia ada pengetahuan sikit sebanyak pasal psikologi? Boleh juga nak auta sesuatu untuk tenangkan hati Puan Sri Rosell.

Dan apabila Puan Sri Rosell tengah emosional macam ini, satu aje ayat tipikal yang boleh diucap Nurin.
“Sabar, aunty. Sabar.”

Puan Sri Rosell pandang Nurin lama-lama. Buatkan Nurin segan semacam.

“Nurin boleh tolong aunty?” pinta Puan Sri Rosell tiba-tiba.

“Tolong apa, aunty?”

“Nurin tahu sikap playboy Harraz, kan?”

Nurin angguk. Bukan dia aje kut. Warga Harraz Holdings, tak pun warga Malaysia dah tahu kut.
“Tundukkan Harraz.”

“Hah?”

Nurin terlopong. Apa dia? Tundukkan siapa?

Tundukkan playboy itu.”
 

event

Gigi korang okey?

23:21

Sabtu lepas, aku dapat jemputan attend “Start Right Brush Right” Systema event di One Utama Shopping Mall (old wing)..Masa dapat jemputan ke sini, sejujurnya aku tak berapa kenal dengan jenama Systema (kesian kan..nampak benor tak suka ambil tahu..hehe)..Jadi peluang ke sini, dapat la aku sikit sebanyak maklumat mengenai Systema..

Untuk korang yang tak tahu macam aku, Systema merupakan jenama dari Jepun..

Antara aktiviti semasa event ini..check it out..
Selepas sesi pendaftaran, aku kena jawab soalan..Rujuk kepada jawapan aku tu, pihak urusetia bawa aku ke kaunter ni & tanya sama ada gigi aku sensitif ke tidak..dan yeaa..aku gigi sensitif..yang aku selalu perasan, gusi aku berdarah bila gosok gigi..mungkin cara gosok aku yang agak kasar..ada jugak kadang2, sampai terpelanting la berus gigi sebab berus kuat sangat dengan harapan segala sisa makanan celah gigi dapat di berus..hehe..Jadi di sini, pihak Systema akan cadangkan guna berus gigi yang mana?dan cara gosok gigi yang betul..

Gigi korang okey?
Berus gigi Sytema mengikut jenis masing-masing..
Gigi korang okey?
Selepas sesi penerangan seperti di atas, pihak systema akan memberi cadangan berus gigi yang sesuai..Pertama kali kena gosok gigi kat shopping mall, lepas tu ada orang tangkap gambar..kita aluuuu la!!hehe  Tapi masa ni, aku lupa nak minta tolong jurugambar tu ambilkan gambar aku tengah gosok gigi..
 

Selepas dicadangkan oleh pihak Systema, aku diberi Systema 3D Clean..

3D Bulu Berus yang Multifungsi








 Jadi pilihan berus gigi korang yang sekarang betul ke?pasti?hehe..

Jom tengok jenis-jenis berus gigi Systema..

Gigi korang okey?
  Berus gigi mengikut jenis..Pemilihan berus gigi yang betul penting untuk memastikan apabila kita gosok gigi, segala sisa makanan dapat dibersihkan tanpa meninggalkan ia di gigi yang menyebakan PLAK iaitu bakteria yang terbentuk di atas permukaan gigi yang boleh memusnahkan enamel gigi dan akhirnya membentuk kaviti. Punca kepada gigi berlubang, gigi reput dan nafas berbau..Dengan berus gigi Systema, bulu berus yang bersaiz 0.02mm mampu menembusi ke bahagian yang sukar di capai..

Dengan Systema juga kita tidak perlu menggosok gigi terlalu kuat kerana bulunya yang lembut & mampu mencapai ke bahagian yang sukar untuk di gosok.Pemegangnya juga mudah untuk dipegang serta lembut..

Berus gigi Systema juga mempunyai pembersih lidah yang berfungsi untuk menanggalkan bakteria yang menyebabkan nafas berbau..

Semasa event ini juga, aku berpeluang untuk memeriksa gigi..mula2 aku tak nak tau sebab aku ada gigi berlubang..takut kena cabut gigi..huhu..tapi selepas dipujuk & diberi penerangan bahawa di booth ni untuk memeriksa keadaan gigi kita..kebiasaan kalau kita ke klinik gigi, kita akan baring atas kerusi & dr saja yang nampak apa masalah dalam gigi kita..kali ni, dr scan dan kita boleh nampak juga keadaan gigi kita macamana..aku punya..huhu..yang berlubang tu..adoiiii..masuk-masuk aku dah beritahu gigi aku belah atas berlubang..masa scan tu nampak gigi berlubang tu..lepas scan, aku tanya dr samaada tampal atau cabut je gigi tu..dr nasihatkan samada buat rawatan akar atau cabut..huhu..dan dr minta aku buat scalling jugak..okey, nampak tak maksudnya apa?rasa nak buat scalling tu tapi yang kena cabut gigi tu..seriauuuu..


 
Di bilik pemeriksaan..duduk macam ni je..dr akan scan & kita boleh tengok juga di skrin komputer..yang borang tu, dr akan beritahu pada penolong dia, gigi mana yang bermasalah..nanti borang tu dia bagi pada kita..lepas tu sila la buat pemeriksaan lanjut di klinik2 gigi berdekatan.. 

  Ada juga aktiviti untuk kanak-kanak

 
  Peneman ke sini..mr hubby & Iman

Kena interview..kongsi pengalaman selepas menggunakan berus gigi Systema (yang kena gosok gigi masa sampai tadi..kongsikan pengalaman)..mungkin akan digunakan untuk iklan di tv/media sosial..haha..mungkin la..kalau korang ternampak tu,buat2 tak perasan je la yeak..ntah amenda la aku merepek..ahaks!!

Hasil dari menggunakan berus gigi Systema di event ni, gusi aku tak berdarah bila gosok gigi & sisa makanan serta celahan gigi dapat dibersihkan..Pencuci lidah dia pun aku suka..lembut..tak kasar seperti berus gigi biasa yang aku gunakan sebelum ini..Rasa yakin lepas gunakan Systema!!dan yeaaa, balik dari event ni terus tukar berus gigi SYSTEMA!!!

Jadi korang, pilih berus gigi yang betul..

  Untuk maklumat lanjut, boleh layari 

Facebook : KeepSmilingMY

Note ~ Tukar berus gigi sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan.. 

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.