Rezeki..Rezeki..

08:30

Rezeki..Menang jam..hihi..Masuk contest kat COSMOPOLITAN ni..Main suka2 je benornya..
Semalam dapat sms, suruh redeem hadiah kat pejabat Blu Inc..Aku masa tengok sms tu, ingatkan apa la SOLEUS..sebab dalam sms tulis REDEEM SOLEUS ...... Blur sekejap..
Pas tu baru teringat, contest aku joint kat Cosmopolitan kowt..Sekali bila check betul..Senarai nama pemenang tak keluar lagi tapi dah dapat sms tu, kira betul la..sebab ada mention, pemenang2 akan diberitahu melalui sms / e-mail..

Semalam pi redeem hadiah kat pejabat Blu.Inc..Nasib bos aku cuti lagi..Hari ni baru dia masuk koje..


Jam tangan Soleus

Jam ni direka khusus untuk atlet..kat bawah ni info yang aku google berkenaan jam soleus..Kalau ikutkan bahasa original dalam bahasa indonesia..tapi aku dah translate ke bahasa melayu..

 
Jam tangan Soleus ni datangnya dari Texas, Amerika Syarikat. Direka khusus untuk atlet. Produk jam tangan Soleus dilengkapi dengan inovasi teknologi seperti GPS, penghitung kadar degupan jantung. Produk ini menawarkan jam tangan yang sederhana, mudah digunakan, dan menarik untuk kesenangan dan kesihatan.Dikategorikan dalam 2 jenis produk iaitu dengan GPS dan dengan HRM (Heart Rate Monitor). Jam tangan GPS membantu anda untuk memantau jarak yang ditempuh, lokasi, kecepatan, jumlah kalori yang terbakar. Jam tangan HRM membantu memonitor kadar degupan jantung, kecepatan, jarak yang ditempuh, kalori yang telah dibakar.

Yang hadiah aku dapat ni jenis HRM..

Nampaknya mr hubby la yang pakai..kebetulan pulak jam tangan mr hubby yang lama dah rosak..macam tahu2 je.."Okey la sayang, walaupun ada pink2 sikit"..hehe

You Might Also Like

2 Comment

  1. Allaaaaaa...baru nak beli dari Fieza, itupun kalau Fieza ada niat nak let go...huhuhuuhh.....memang tengah cari jam untuk sukan macam ni..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Tahniah! rezeki yang tidak disangka-sangka ;-)

    ReplyDelete