AFB Feeds

Public Toilet In Malaysia

08:30

Korang..sapa ada experience dengan public toilet..bagi komen sikit?

Aku?salah seorang pengguna tetap public toilet kalau gi mana2..So, aku tau public toilet macamana..tak la nak kata semua teruk..ada juga yang bersih..tapi nak dapat yang bersih tu, agak payah jugak..kira ikut nasib2 la..Tapi selalunya public toilet kat R & R okey sikit..sebab ada pekerja..Tapi tak semua juga toilet kat R & R ni bersih..ada juga yang tak baper nak bersih..depends..
 Yang aku lagi tak paham kadang tu ada public toilet kena bayor sebelum nak masuk tapi kenapa bila masuk toilet nya..mak aih..vengsannn..dengan bau nya..kuning2 kat toilet bowl..kadang bakul sampah penuh dengan sampah..aishhhh..jatuh imej Malaysia je kalau pelancong masuk ke public toilet kita..jadik yang kita bayor sebelum masuk toilet tu untuk apa yeak?pekerja kat situ cuma keja kutip duit je la..kebersihan toilet acane pulak?
Toilet kat stesen minyak pun nasib2 je kalau dapat yang bersih..tapi selalunya susah nak jumpa yang bersih..
Tapi apapun aku rasa sebagai pengguna kita kena mainkan peranan untuk jaga kebersihan kat public toilet..lepas guna toilet, sila la flush apa yang patut..kalau flush rosak (which is selalu berlaku..flush tak berfungsi dengan elok)..is okey..paip air kan ada kat situ..tak boleh jirus..kadang ada juga, disediakan baldi & timba air, so jirus la pada bahan buangan kita tu..takkan tu pun nak tunjuk kat orang..pffft..cuba bayangkan kalau kita masuk toilet sekali ternampak orang lain punya bahan buangan..of course, la 'ewwwww'..so sama konsepnya..jadi sesama kena mainkan peranan..memang la ada pekerja untuk bersihkan toilet, itu memang kerja dorang tapi kita yang guna toilet, sila la guna dengan berhemah..
Aku pernah gi ke satu kedai makan ni..Dah nak terkucil sangat uolls..tumpang la kat toilet kedai tu..sekali bila masuk..haih..macamana la yeak pekerja2 kat situ boleh guna toilet tu..ke dorang ada toilet lain yang bersih sikit dari tu..tapi untuk customer, bagi guna toilet yang sangat la 'bersih' itu..nasib aku rabun, masa nak masuk toilet, memang aku bukak kejap la cermin mata..tak sanggup nak tengok..Akceli bukan kedai makan tu je, yang aku tengok toiletnya sangat la 'bersih'..ada juga kedai makan kat tempat lain..toilet dorang..eh..tak jaga ke..tak de orang nak bersihkan ke..kalau tak de pekerja sebab sibuk sangat nak masak, amik order, basuh pinggan/cawan..yang tuan kedai ke/anak tuan kedai tak boleh ringankan tulang bersih toilet tu..tuan kedai/anak tuan kedai duk kat cashier je la, tunggu customer bayor..haih..duit customer nak..tapi kebersihan toilet 'ZERO'..weiii..penting hokay toilet tu..tengah2 makan tetiba korang nak terbuang air kecik ke air besor, bila masuk toilet tengok keadaan toilet masa tu, keluar balik nak sambung makan..dah tak lalu..tak ke membazir makanan tu..tokey kedai tetap untung je..kita makan habis ke tak habis ke, bayar tetap penuh.. 
Dari cerita aku ni, korang pun tahu kan public toilet kat Malaysia ni macamana?
Aku bukan nak puji, dah 3x aku gi ke Universal Studio Singapore, toilet dorang  terbaikkkk weii..nak guna pun senang hati..

So korang rasa public toilet kat Malaysia ni macamana?
EXCELLENCE / GOOD / NEUTRAL / BAD

You Might Also Like

2 comments

  1. Bagi saya BAD... huhuhu.. alah kak, bukan setakat Universal Studio Singapore je kak, shawal baru baru ni gi Thailand.. SUbhanallah, nak compare tandas awam diorang ngan tandas awam kita peh, tanda thailand lagi best.. dah keluar rasa nak masuk lagi je.. hehehe.. tu tipu.. ^^

    singgah + follow sini.. :)

    jemput join GA Shawal.. ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/02/daebakfebruary.html

    ReplyDelete


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.