AFB Feeds

Nose Blind

09:16

Sapa kat sini NOSEBLIND..

Apa maksud Nose Blind?okey, kat bawah aku explain apa yang aku faham mengenai Nose Blind ni?

Nose Blind maksudnya kita dah imun dengan bau sekeliling..contoh macam toilet kat umah kita..mungkin toilet kita berbau, tapi sebab kita dah biasa dengan bauan toilet kita tu jadik kita rasa normal tapiiiii kalau ada orang datang ke rumah nak tumpang toilet kita..tetamu kita yang first time nak guna toilet kita, mungkin akan terbau something yang tidak baper best untuk di bau oleh sebab toilet kita berbau..

Korang boleh tengok, contoh video klip Harith Iskandar kat bawah ni..


Selain dari bau toilet..mungkin juga bauan kurang enak ni ada di sekeliling kita macam stokin, tuala yang kita guna hari2, sarung bantal yang terlekat dengan air liur basi kita, cadar tilam yang jarang di basuh, baju yang kita pakai melekat dengan peluh, tong sampah & bilik kita yang berkuap (tak bukak tingkap untuk bagi angin masuk)..Kalau korang baca  ARTIKEL INI, merujuk kepada lelaki tapi aku rasa perempuan pun ada juga cuma tak seramai kaum lelaki..

Berbalik pada topik kat atas tadi, nose blind..aku dalam kategori Nose Blind..Sebab adik ipar aku pernah tegur aku & mr hubby..Adik ipar aku tumpang keta kitaorang..tak ingat nak gi mana?masuk2 dalam keta, adik ipar aku tegur bau wangi dalam keta..pewangi yang kitaorang letak dalam keta tapi kitaorang tak de bau apa pun..adik ipar aku cakap kitaorang nose blind..aku mula2 tak paham..adik ipar aku explain, baru la aku tahu istilah nose blind ni..Oo..tu la agaknya apsal la kitaorang selalu beli pewangi untuk keta, masa baru2 letak je ada bau wangi.lepas tu, tak de bau apa pun..bila beli next time, tukar bau kuat sikit..pun sama jugak..upenya kitaorang yang nose blind..

Jadiknya walaupun aku dalam kategori ni, dalam bilik tetap ku letak juga pewangi bilik..tapi masa sehari dua je la aku ada bau pewangi ni..lepas tu, aku rasa bau biasa je..dah imun dengan bau pewangi yang aku buh kat dalam bilik ni kot..tak kisah la kan..as long ku letak je..janji ada wangi2 sikit walaupun tak baper nak bau sangat ikut pada deria bau hidung aku ni..

Try yang lain pulak..selalu Lavender je..tukar ke Ocean Breeze..

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.