Untuk korang yang sangat prihatin dengan penjagaan rambut, korang digalakkan untuk datang ke sini?yang ada masalah rambut nipis, botak, kelemumur, rambut beruban & etc etc etc..kalau korang mampu, k.fiezz sangat la galakkan..sebab apa?memang bagus..Treatment dia pun mengikut jenis masalah masing-masing..k.fiezz haritu, bila dah scan..seperti dijangka, ada masalah kelemumur yang teruk..total treatment dalam RM300-RM600..pftttt..vengsan..k.fiezz tolak secara baik walaupun dipujuk oleh consultant..Yea..k.fiezz pun dalam kategori bermasalah tapiiii ahkak tak mampu..jadi mampu nak redeem free saja..sekian..
  
Punca k.fiezz boleh datang ke sini..ni gambar bawah..k.fiezz terima satu sms dari pihak AEON..yang k.fiezz buat kotak tu..Sapa tak terpengaruh kan..FREEeee katanya..Lepas dah klik link tu & isi detail..pihak Jonsson Protein call, set kan appointment..Sabtu lepas, bersemangat k.fiezz gi ke sini..Masa mula je rasa bersemangat..sebab..baca lagi kat bawah..


Ni la Pusat Rawatan Rambut nya..terletak di Mid Valley (sebelah luar)..bangunan The Garden..
Masalah yang selalu dihadapi oleh kita..Bagus sangat ada tempat macam ni.. 
Sebelum memulakan rawatan, isi borang ni..Yang dia tulis tu, rawatan yang k.fiezz dapat free.. 

Selepas dah isi borang kat atas ni, kita akan di bawa ke bilik consultation..perunding dia akan scan dulu bahagian rambut kita sebelum memulakan rawatan. Gambar bawah ni, hasil scan yang k.fiezz punya..Kelemumur yang agak teruk jugak.. Kalau dibiarkan & tak dirawat, boleh jadik seperti gambar lagi satu yang kat bawah..Gud sangat info dia..k.fiezz yang tengok gambar kat bawah masa tu, adoi..seriau jap..Oleh sebab kan masalah kelemumur ni jugak, perunding tu nasihatkan k.fiezz untuk buat rawatan kelemumur dulu..Sebab kalau terus buat rawatan yang free macam k.fiezz dapat offer tu, tak sesuai..protein tak meresap sebab kelemumur tebal..k.fiezz?tolak dengan cara baik sebab rawatan dia harga macam k.fiezz dah mention awal-awal tadi..Lepas k.fiezz tolak ni la, bermula la adegan pujuk-memujuk sampai tahap nasib tak kena tipu kot + rasa annoying..Nanti k.fiezz sambung kat bawah ceritanya..

  
  Sebelum k.fiezz sambung cerita, ni bilik masa buat treatment..personal bilik kowt..kagum sekejap..patut la harga boleh tahan..Masa nak blow rambut k.fiezz,baru buat kat luar bilik..macam dalam salun biasa..dia ada jugak tapi ke dalam sikit..

 
Okey, sambung cerita yang tadi..Lepas k.fiezz tolak tak nak ambil rawatan kat situ, consultant ni tak tau la dia nak tipu ke hapa..dia pujuk untuk buat kredit kad Hong Leong..katanya kalau buat kredit kad Hong Leong ni, dapat free treatment untuk kelemumur (mungkin pihak Jonsson & Hong Leong ada kerjasama kowt)..tak kisah samaada permohonan tu berjaya atau tidak..dia sebut je kad kredit memang tak nak la..macam-macam alasan k.fiezz bagi..last2 dia bawak k.fiezz ke bank tu, which is berdepan je dengan Jonsson ni..Masa sampai kat situ, k.fiezz tanya dengan staff Hong Leong..betul ke kalau apply kredit kad kat situ, dapat free treament kat Jonsson..staff tu terus cakap 'installement lorr'..k.fiezz macamm..what the?terus k.fiezz cakap dengan staff Hong Leong, tak nak la..k.fiezz terus terang jugak dengan consultant ni, cakap k.fiezz tak nak..k.fiezz tanya ada kena sign apa2 tak sebab k.fiezz tak nak teruskan rawatan free tu..dia bawak k.fiezz balik ke situ..masa otw nak ke Jonsson Protein ni balik, consultant tue mention pasal buat kredit kad ni boleh bayar monthly a.k.a installement..k.fiezz dalam hati, derrrr..baru cakap..sebelum tu kata free..

Sampai kat situ k.fiezz terus masuk kat bilik consultation..lama jugak la tunggu..bila consultant masuk bawak borang yang dah isi masa mula-mula tadi, ingat terus sign je..sekali kena pujuk cara lain pulak..dia tukar 2x treatment mask protein yang dapat free tu dengan 1x treatment dandruff..k.fiezz..terpengaruh la kannn..Masa dia buat tu, memang tak berapa nak sungguh sangat la, muka dia pun k.fiezz malas nak tengok sebab tau reaksi muka macamana..buat sakit hati je kalau tengok muka annoying..

Lepas dah buat treatment dandruff tu, lagi sekali k.fiezz di bawak ke bilik consultation..muka consultant yang layan k.fiezz tu, haih macam hapa je masa tunggu kawan dia ambil something sebelum dia tunjuk hasil sebelum dan selepas..

Hasil sebelum dan selepas..yaaaa..k.fiezz akui memang nampak keberkesananya..tapi k.fiezz tetap tak nak ambil treatment kat situ sebab rasa tak mampu..tapi dorang ni tak paham2 kan..yang kali ke-2 ni kawan dia pulak yang pujuk..k.fiezz cakap sama macam cakap dengan kawan dia yang sebelum tu..lepas tak berjaya pujuk k.fiezz untuk kali ke-2, consultant ni pujuk suruh beli produk dia yang berharga RM300 lebih..ko ghasa?memang k.fiezz tak nak la..dah memang k.fiezz tak mampu nak maintain weiiii kalau beli..agak2 le..Lepas setel kering & blow rambut k.fiezz..k.fiezz pun tak de tanya apa2, terus keluar..haih..payah giler nak keluar dari situ..elok dah keluar, k.fiezz dah masuk Mid Valley, pihak dorang call lagi sekali..k.fiezz tak sign form yang k.fiezz dah redeem free treatment tu dan ambil Free 3 pc starter kit (shampoo, conditioner & essence)...Masa nak sign ni pun, kali ke-3 k.fiezz di pujuk..k.fiezz cakap sama jugak la macam yang k.fiezz cakap kat consultant 2 orang sebelum tu..So..

Kalau korang yang betul2 berminat nak redeem treatment kat sini + pakej untuk sambung treatment sehingga masalah korang selesai, k.fiezz galakkan..k.fiezz tak nafikan memang bagus kat sini..tapiiiii kalau saja-saja nak redeem free treatment + nak dapatkan free produk dorang tu..erm, tak payah la..korang nilaikan la sendiri dari yang k.fiezz dah cerita kat atas ni..Yup..memang tu strategi business dorang..tapi cara consultant dia tu yang memaksa..k.fiezz sangat tak suka..bila kita tak nak, muka dorang macam hapa je..yeaa..k.fiezz rasa macam hampir kena tipu pulak masa consultant tu cakap, apply kredit kad hong leong dapat free dandruff treatment..Nasib k.fiezz ikut gi Bank & tanya sendiri kat staff bank tu..Kalau tak, tambah satu lagi senarai list kena bayar hutang kredit kad H/L pulak..

k.fiezz ada ternampak iklan Jonsson Protein ni dorang tengah buat promosi free treatment untuk CNY..hah..kalau yang serius nak buat treatment kat sini, boleh la ambil peluang..tapi hati-hati yea..my very own experience..

============================================================================

Atas ni pengalaman k.fiezz masa buat rawatan rambut kelemumur di salun yang k.fiezz mention di tajuk. Memandangkan kos yang agak mahal melainkan kalau korang mampu, boleh je nak ke sini..tapi kalau rasa bajet tu kurang, meh cuba produk dari TOPPIK MALAYSIA ni untuk mengatasi atau cover masalah rambut nipis korang. 

Rambut anda baru-baru ini asyik gugur? Ingin rambut tebal secepat mungkin?
TOPPIK boleh menunaikan impian anda
 dalam masa 30 saat JE !


www.fiezasani.xyz



Kami faham bahawa apabila anda kehilangan rambut anda, anda kehilangan lebih daripada sekadar rambut anda. Anda kehilangan penampilan semula jadi anda. Ketika ini berlaku, anda mungkin rasa hilang keyakinan. Ia tidak mudah untuk menikmati kehidupan apabila anda risau akan masalah keguguran rambut ini.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengatasi halangan ini dan dapatkan semula keyakinan anda dengan TOPPIK! Anda boleh mendapatkan rambut yang lebih tebal, untuk penampilan yang lebih muda dalam hanya 30 saat. Ia mungkin seolah-olah seperti sihir, tetapi semuanya berkat teknologi Nano dengan bahan-bahan organik untuk menghasilkan penyelesaian yang sempurna untuk menutup rambut nipis anda. Ini tidak memerlukan pembedahan, dadah atau bahan kimia sama sekali.

www.fiezasani.xyz


TOPPIK Hair Building Fibers

Fiber-fiber ini adalah serat organik yang dikenakan tenaga elektrostatik. Ini bermakna apabila TOPPIK Hair Building Fibers ditaburkan pada kawasan rambut yang jarang, serat akan secara magnetik melekat pada setiap helai rambut, untuk mendapatkan rambut yang tebal dengan segera. Fiber-fiber ini diperbuat daripada keratin organik tulen untuk melekat pada rambut anda dan menebalkan rambut. TOPPIK Hair Building Fibers boleh digunakan pada semua jenis dan tekstur rambut kerana ia serasi dengan sesiapa sahaja.

Tanpa sebarang bahan kimia atau bahan tambahan yang berbahaya yang terdapat dalam TOPPIK Hair Building Fibers, serat-seratnya tidak akan menyebabkan reaksi alahan; ianya selamat digunakan setiap hari. Oleh itu, tidak akan muncul kekeringan atau kegatalan pada kulit kepala setelah menggunakan serat ini. Pada asasnya, TOPPIK Hair Building Fibers tidak berisiko kerana serat-serat ini tidak akan menyumbat liang atau menyebabkan sebarang kesan sampingan yang berbahaya. 

TOPPIK Hair Building Fibers bukan hanya memberi anda hasil yang luar biasa dalam penampilan anda, ia tahan lama kerana serat-serat tersebut tahan angin, hujan dan peluh. Ianya mudah untuk ditanggalkan dengan hanya cucian rambut dengan syampu. Jadi, TOPPIK Hair Building Fibers boleh digunakan untuk sebarang acara, malah aktiviti luar. Marilah lihat sendiri hasil yang mengagumkan di  http://toppikmalaysia.com/products/toppik-fibers/testimony/


www.fiezasani.xyz





Lawatilah laman web kami di https://toppikmalaysia.com Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tambahan, sila kunjungi halaman FAQ Toppik Malaysia di http://toppikmalaysia.com/faq

Toppik Hair Building Fibers web rasmi & sosial media.

Laman web rasmi: toppikmalaysia.com
Facebook/Instagram/Youtube: @toppikmalaysia
  

7 Comments

  1. memang banyak bisnes strategy gini.. free tu 'kata dasar' je, tapi on top of that kena membeli jugak kekdahnya.. bisnes mesti depa nak untung, ye tak? huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dear..setuju sangat..free tu untuk attract orang je..bila kita dah register, terus terperangkap..kalau betul2 nak buat treatment, okey la berbaloi..

      Delete
  2. Pergh... Nasib la x termakan kata2.. Bahaya tu.. Humm

    Assalam jemput join GA saya...

    https://www.biskutsemperit.my/2016/02/giveaway-cash-rm30-feb-2016-by-ahbar.html

    ReplyDelete
  3. as salam. terima kasih atas perkongsian pengalaman ini. abam kie perlu berhati2 dgn ajakan consultant yg licik mcm ni...abam kie follows this blog. no 294. tq

    ReplyDelete
  4. haah dapat juga, tapi c berani nak pergi, banyak terbaca pengalaman rakan yg lain... dahlah saya ni x tahan rayuan huuuu

    ReplyDelete
  5. ermm ..baru mgu lepas saye pegi ..saye punye total treatment nak grow hair dan dandruff smpai 5k lebih, pastu tny ada kredit kad x?saya mcm kenape perlu tny ade kredit kad ke tak ...mmg betol sis ..punye susah nak kelua situ kalau da masok ..mcm hapa tah.. mmg HARD SELL sgat dorg nie smpai annoying,smpai ckp bgy student price..saya ckp kalau saya nak saya call you..tpi dorang sruh saya letak deposit,saya still cakap tgu saya fikir,last2 die ckp ok ..kelua jew dri situ muke sume cam lahanat, consultant tdi baling pen dkt meja..mak aih ..sgat kurang hajar stuff dorang ..Sumpah tak jejak lagi tempat cam Neraka tuh sis ..TQ

    ReplyDelete
  6. Good in for bru nk pikir pikir nk Buat Rawatan ram but tpi bila baca mcm tawae hari pla DA consultant Dia mcm ape kn? Tak pe lar I guna jer produk vasia tu murah n bekesan juga biar ambik masa? DLM kotak siap tonik rambut n syampu Dia sekali? Senang dpt Kat stokis sah b belesan byk jual? Produk dherbs dto alif yg produk lebat rambut Dia pun OK, OK tq infor .

    ReplyDelete