Dapur FiezaSani - Ayam Bakar

00:41

Percubaan menu diet atkins for mr hubby..katanya nak diet..Sebagai isteri kena la bagi galakkan..Bila duk google pasal menu diet atkins ni, dari yang aku faham..diet atkins ni ada beberapa fasa..untuk fasa 1 & 2 , x dibenarkan makan nasi, roti & yang seangkatan dengannya..dalam erti kata lain tak dibenarkan mengambil karbohidrat..pftttt..aku macam nak try jugak tapiiii boleh ke tak makan nasi..aiyooo..tkut fengsan je..untuk fasa 3 & 4 baru dibenarkan ambil karbohidrat tapi ikut kuantiti yang dibenarkan..okey, x pe la..kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh la google pasal diet atkins ni..banyak info..larat dengan tak larat je nak baca..
Diet atkins ni boleh je nak makan ayam, ikan tapi kena kukus, bakar, grill & etc..so untuk percubaan ni, aku try ayam bakar..resipi ni hasil google..kalau sesapa nak try, boleh check it out kat bawah..

Bahan2 : ~

1/2 ekor ayam
3-5 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1 sudu besar mayonis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kcil garam


Cara Masak:- 

**Potong ayam ikut saiz yang kita nak..
**Bawang putih di tumbuk lumat
campur kan dengan bahan2 lain dan kemudian lumurkan pada ayam..
**Perap ayam dalam 30 minit hingga 1 jam..
**Kemudian bakar..
**Bakar pada suhu 160 selama 30 minit..



Komen Mr Hubby : Sedap..

You Might Also Like

4 Comment

  1. Fieza...inshaAllah boleh je. Yani ni x buat diet Atkins tapi dah 5 minggu tak sentuh nasi...yani buat diet low carb high fiber. Ambik sumber protein utk rasa kenyang waktu lunch. Breakfast dan dinner tak ambik nasi juga...

    ReplyDelete
  2. Assalam..wow! menarik ayam ni.. leh try... tq for da shared!

    ReplyDelete
  3. Pernah cuba buat diet Atkins nie tapi tahan sehari je pastu badan menggigil.. terus makan nasi balik.. hehehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya.....lapar lah pulak..rabia memang suka makan ayam

    ReplyDelete