AFB Feeds

Wangian : Elizabeth Arden 5th Avenue

08:30

Misi mencari perfume..mula2 ingat nak cari kat FaceShop Malaysia..sebab kebetulan aku dapat 30% diskaun untuk produk di FaceShop Malaysia sempena birthday aku bulan ni..and dapat free gift (Next entry aku story macamana aku boleh dapat yang ni yea)..dah usha pun kat FaceShop tapi harga perfume dia RM100 lebih..mr hubby cakap baik cari yang harga macam tu tapi branded sikit..and ada nama..bukan bermaksud nak berlagak pulak..cuma mr hubby is like memang macam tu..dia kalau nak beli apa-apa..if barang tu mahal, dia lagi suka beli yang ada brand & dah lama di pasaran..more confident nak beli..tak la cakap barang mahal mesti okey, elok..barang murah tak elok..tak semua yea..kitaorang tengok pada situasi..selalunya memang beli barang murah je..kalau ada bajet lebih sikit, baru la beli hat brand..gitewww...okey, sambung..sambung..

Cari punya cari..masuk kat booth minyak wangi yang banyak kat Aeon Mid Valley tu..dari satu brand ke satu brand..ternampak perfume brand Elizabeth Arden ni..ada promotion Green tea perfume..dapat body wash, perfume & beberapa barang lagi..sebelum beli, mesti la nak cium bau dia wangi ke tak kan?so, promoter bagi try green tea yang mula-mula aku nak tu..lepas tu, dia bagi pulak yang 5th avenue ni..siap spray sikit kat tangan aku..yang ni ada promotion jugak..dapat free lipstick brand Elizabeth Arden..tapi kalau tak nak, boleh pilih make up bag @ bag tangan..bag tangan nya aku tak berkenan sebab besar..dah tengok-tengok, tapi tak amik lagi..duk cari hat lain kalau ada yang lagi wangi..kan promoter tu dah spray sikit kat tangan aku..udah la aku asik cium je..tapi wangi la..memang dah berkenan..lepas tu memang duk jalan cari  perfume lain..tak terpikat..masuk kat The Garden, try cari Elizabeth Arden punya kaunter..kot dapat price murah sikit dari dalam Aeon Mid Valley..but tak baper sangat..harga kurang RM8 je dari Aeon Mid Valley punya tapi tak de free gift..kebetulan promoter nya tak de..yang layan kitaorang, promoter lain..dia tak sure dapat free gift ke tak?Kitaorang ke KLCC pulak, nak cari barang mr hubby..dah dapat barang mr hubby tu..Jenjalan dalam Isetan pulak..ada kaunter Elizabeth Arden..tanya price..sama macam kat Aeon Mid Valley tapi tak de free gift..dapat voucher RM20 je..pffftt..tak menarik..Gi balik ke Aeon Mid Valley, terus beli je kat situ..dari survey memang harga fix..yang bezanya dapat free gift atau tak je..Aku suka pun promoter yang kat Elizabeth Arden Aeon Mid Valley ni..sangat peramah..ikutkan boleh dapat make up bag ni je tapi dia bagi sample untuk skincare & mini maskara Elizabeth Arden..tQ Girl..


Aku suka beli perfume branded ni sebab selalunya mesti dapat free gift..hehe..walaupun kadang tu barang free tu boleh beli sendiri pun tapi yang best kat barang tu ada label brand..okey, motip!!lempang kang..hehe



Fifth Avenue ni boleh dikategorikan bauan floral. Campuran dari magnolia, lilac, mandarin, peach, nutmeg, sandalwood and vanilla..Lembut je bau dia..and wangian dia tahan lama..kan promoter tu ada spray sikit kat tangan aku..so wangian dia tahan lama sebab sampai rumah, ada lagi kat tangan aku..

Suka suka..memang kena jimat pakai ni, wei..harga dia, buat-buat tak perasan je time bayor tadi..ahaks!!

You Might Also Like

2 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.