AFB Feeds

Memanjakan diri di Shakura

08:30

Hari Jumaat lepas, aku terpilih untuk buat rawatan facial percuma di Shakura Mid Valley..Sebelum aku cerita lebih detail rawatan facial di Shakura ni, jom baca apa itu Shakura?

Pengenalan Shakura
Shakura merupakan formulasi dari Jepun yang menggunakan susu sebagai bahan utama khusus untuk mencegah atau memulihkan masalah pigmentasi yang selalunya dialami oleh wanita-wanita yang berumur 30-an dan ke atas..Hasil penyelidikan membuahkan hasil apabila pakar-pakar pigmentasi akhirnya memperkenalkan formula Shakura kepada wanita Jepun. Formula ini telah berjaya membantu beribu-ribu wanita menyelesaikan masalah pigmentasi mereka.Intipati susu atau lebih dikenali sebagai asid laktik merupakan komponen semula jadi yang meningkatkan pembaharuan sel dan membantu mengurangkan kulit membentuk pigmentasi..Dirumus khas dengan kombinasi sempurna Essence Susu dan Red Ruby Roselle, secara semula jadi yang diperkaya dengan Vitamin C dan asid amino, fungsi formula Shakura bermula dengan merawat kulit berpigmen dari dalam. Formula ini juga bertindak sebagai anti-oksida untuk meningkatkan tekstur kulit dan menggalakkan peredaran darah, menjadikan kulit licin, berseri dan bercahaya serta bebas daripada bintik pigmentasi..

Sumber Dari : shakura.com.my

Shakura mempunyai beberapa cawangan & yang aku pilih untuk buat rawatan di Mid Valley..Sebab dekat dengan rumah..

Gambar-gambar semasa rawatan, tak de la yea sebab tak de sapa nak snap kan gambor..lagi pun, ai is seksi uolls..semasa sesi rawatan, kena tukar baju lain..dia ala-ala berkemban gitu..

Kaunter pendaftaran..
Bilik Perbincangan..Sebelum memulakan rawatan, kita akan dibawa ke bilik ni dahulu..Beautician akan scan dulu apa masalah kulit kita..Macam aku haritu, masalah dari dalam dah mula nampak pigmentasi dah get ready je untuk keluar, kulit tak bermaya & pori terbuka selain bekas jerawat..Beautician Shakura cadangkan selain dari rawatan percuma untuk facial yang aku dapat ni, aku boleh sambung treatment di situ..Untuk masalah yang aku hadapi seperti diatas, total bayaran is RM5**..Memandangkan ongkos nya tak baper nak mandang..aku cuma buat rawatan percuma yang di offer pada aku ni je..huhu..Selepas rawatan, kita akan dibawa semula ke bilik ini..Beautician akan tunjuk gambar sebelum & selepas rawatan..Aku nak snap gambar yang dia tunjuk tu tapi tak dapat kebenaran..katanya untuk kegunaan pihak Shakura sahaja..tak pe la..orang tak bagi yea dak..
Bilik rawatan..Sebelum & semasa rawatan, beautician akan ambil gambar kita..Selepas habis sesi rawatan dorang akan tunjuk hasilnya macam yang aku explain kat gambar atas ni..Rawatan yang aku buat hari tu facial seperti biasa dan tambahan pemakaian produk berasaskan susu (formula Shakura)..Semasa proses pemakaian enzim susu ni, akan rasa pedih2 sikit untuk menyingkirkan sisa kotoran yang menyebabkan kulit muka kita bermasalah..
Produk Shakura..Sekiranya korang mengambil pakej rawatan di Shakura, harga yang ditawarkan termasuk dengan produk + treatment..Jenis treatment & harga bergantung kepada masalah yang dihadapi..
Hasil selepas rawatan sangat la puas hati..muka halus weiiii..tetiba rasa nak buat facial selalu..haha..nasib la tak baper nak ber'duit sangat..kalau tak, memang sambung buat treatment kat Shakura ni..Untuk korang yang mampu & mementingkan kecantikan, boleh la cuba rawatan di Shakura ni..Dia merawat sebelum pigmentasi korang memunculkan diri..macam aku..Aku pun dah ada sikit-sikit pigmentasi cuma tak keluar je lagi..bak kata beautician tu 'get ready untuk keluar je'..Mencegah lebih baik dari merawat..

You Might Also Like

2 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.