AFB Feeds

Dapur FiezaSani ~ Cucur Jagung

14:32

Mencuba resipi hasil google..dah try pun..tepek resipi kat sini untuk future reference..
Terbukti sedap sebab licin cucur nya..

Bahan-bahan untuk Cucur Jagung Lembut
2 tongkol Jagung saiz sederhana ( Dihiris dan blend sebab mak I takde gigi. hihi)
2 biji Kentang ( dipotong dadu)
1 biji Bawang Besar ( saya kehabisan bawang besar, so ganti dengan 2 biji bawang kecil)
1 biji telur
2 cawan tepung
1 cawan air sejuk peti ais
Garam secukup rasa

Cara masak Cucur Jagung yang awesome
  • Masukkan hirisan Jagung, kentang, bawang, telur dan tepung di dalam mangkuk besar.
  • Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit. Gaul adunan supaya sebati. Tahap kecairan bancuhan tu tak perlu terlalu cair.
  • Kalau pekat sangat nanti keras. kalau cair jadi lembik. Kalau dah tercair, tambah je tepung sedikit ye.
  • Tambah garam mengikut rasa yang disukai. Rasa je sikit adunan tu masin ke tak.
  • Panaskan minyak.
  • Sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Api sederhana.  Kalau api kecik, nanti masuk minyak. cucur akan jadi terlalu berminyak.
  • Balik-balikkan cucur yang di dalam kuali. Goreng sehingga kekuningan.
Sumber Resipi Dari~mamamyraslove

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.