AFB Feeds

Corat Coret 2015 #Anak Angkat

08:00

Sepanjang tahun 2015 apa yang berlaku dalam life kitaorang suami isteri..nothing much..keja..alhamdulillah stabil..dari segi kewangan..erm..standard la, ada pasang surut..tapi alhamdulillah masih okey..

Selain dari tu, as kalau korang pembaca setia blog aku..cewah..ada ke?tak kisah..kalau ada..tau kan aku TTC..masih mengharap anugerah yang satu itu dari Allah..sabar itu indah..

Straight to da point..kisah yang ini, aku tak pernah tulis kat sini..sebab malas nak bising-bising..lagipun menda tak confirm..Sebenarnya dalam tahun 2015 ni, aku & mr hubby dapat tawaran untuk bela anak angkat melalui mama mr hubby..mama pun dapat info dari group wassap dia..dari mama, aku dapat contact no pensyarah yang war-warkan pasal berita cari ibu bapa angkat untuk baby ni..Aku call pensyarah ni, nak tanya tapi masa aku call tu dah ada orang lain yang dah booked baby ni..sokay..aku wassap dengan pensyarah ni, aku cakap kalau ada info untuk anak angkat yang lain, beritahu la kat aku..dia cakap okey..Esoknya, pensyarah ni bagi satu no..katanya orang yang booked baby ni, tak jadi amik..dia bagi aku satu nombor ni, katanya orang tu person in charge kat tempat itu..pensyarah ni bagi kat aku sebab dalam banyak-banyak yang call tanya pasal baby tu, aku sorang je tanya baby untuk aku sendiri bela..yang lain semua untuk adik, kawan, sedara..so dia nampak aku serius..jadik dia bagi no.person in charge ni..

Aku..harus la excited!!sapa tak excited..walaupun bukan anak dari rahim aku..tapi rasa excited sangat bila orang offer..orang tengah yang pensyarah ni bagi no tu, namanya "kak ina"..masa aku call kak ina ni baru tahu baby tu belum keluar lagi..mak nya dijangka bersalin pertengahan bulan November 2015..Okey, tak pe tunggu la..masa tu baru bulan Oktober..Tapi sedikit aku pelik, kalau aku mesej @ call kak ina..tak pernah berjawab..cuma masa mula-mula aku call dia je, dia jawab call aku & dia bagitau kalau mak baby tu dah masuk labour room, dia akan contact aku..

masa baby dah nak dekat keluar, aku tanya la kak ina ni melalui mesej, nak apa2 dokumen ke untuk pendaftaran..no reply langsung..aku macam, dah kenapa..malas aku nak berharap..tup tup dalam pertengahan November yang sepatutnya baby ni dijangka keluar, kak ina ni call aku pagi-pagi dalam pukul 5.30 macam tu nak beritahu baby dah nak keluar..aku mula-mula sapa la call..no tak kenal..tengok2 kak ina..okey, dah dia contact aku balik..wahhhh..excited la kan..macam jadi je ni..dalam tengahari hari yang sama..saja call kak ina ni balik..tanya perkembangan..tu pun jenuh call/mesej..tak berjawab..pfftttt..entah kali ke baper call baru kak ina tu jawab..katanya baby dah selamat keluar tapi kena masuk inkubator sebab masa proses bersalin, ada problem lemas ke hapa..macam tu la..dia pun tak sure sebab masa tu dia kat rumah..aku mintak jugak gambar baby..dia cakap nanti dia bagi..okey,tunggu la..petang hari yang sama, aku call / mesej sebab nak tanya pasal dokumen, lepas tu mak baby nak bagi nama ke anak dia tu..kalau mak nya tak nak bagi nama, kitaorang nak bagi nama..apa lagi yeak..ada la beberapa kali lepas tu, aku call/mesej..langsung sepi..krik krik krik..

Lepas beberapa minggu baby tu dah keluar..saja tanya khabar baby tu dah keluar ke?ada lagi la aku mesej/call kak ina ni..tapi krik krik krik..so aku decide, malas nak contact kak ina ni lagi..kalau dia nak bagi, dia call la aku..bukan dia tak de no.aku..

Marah!!tak marah..kecewa!!sikit la sebab dah bagi harapan pada kitaorang..mentang la kitaorang ni dalam kategori susah nak dapat baby..orang buat main-main je dengan kitaorang..hmmm..nasib..tak pe la, tu namanya tak de rezeki..

Aku frust dengan attitude kak ina ni langsung tak nak beritahu apa2 kat aku..at least, kalau tak jadi sebab mak nya sendiri nak jaga ke?inform aku..aku tak berharap..bila kak ina ni senyap seribu bahasa..aku buat andaian sendiri, memang tak jadi..is okey..macam aku cakap tadi, tu namanya tak de rezeki..

Mungkin Allah nak bagi rezeki kitaorang sendiri..sapa tau kan..

You Might Also Like

80 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.