AFB Feeds

Shopping

Girls therapy

10:49

Scroll2 kat fb, ternampak ada orang share sales kat VINCCI..harga flat rate (macam parking plak..hehe)..All is RM15..aku baca komen, ada yang tanya betul ke tak..tengok dari komen2 balas,  macam betul..kalau betul..gud gud!!

 Untuk lebih kepastian sapa-sapa yang duk berdekatan, kerja kat sekitar Shah Alam @ korang ada planning nak ke sana minggu ni..boleh try check kat alamat di bawah ni..kalau betul, apa lagi..terapi minda katanya..SHOPPING!!

Aku check sumber asal yang dorang duk share, dari SINI 






SHOPPING TIME!!Pandai dorang buat sales kan..time-time orang dah dapat gaji..tapi gomen dapat gaji awal bulan ni..dalam akaun dah menipis..acane..

mampu tengok je la..hehe

LifeStyle

Senang nak cari

19:25

Sapa ada habit kalau masuk shopping mall, lepas parking mesti snap no.kat tiang yang kita parking keta..

Kalau sama..kita geng!!!!

Selalunya habit ni bila parking kat mall yang besor2 macam midvalley, low yat..sebab tangkap gambar tu, senang nak cari keta..tak de la melilau..parking tempat lain..cari tempat lain..haha..ni pernah jadik kat aku ngan mr hubby..sorang cakap parking kat sini..sorang cakap parking kat sinun..dah tu dua2 salah..sesat..

So ni solution supaya tak lupa..kalau naik lif, senang nak tekan tingkat baper parking keta..



Keyword

antara top carian

19:02

Keyword yang hit harini di blog suam2 ni..hehe..tak sangka advertorial pertama kat blog ni tersenarai dalam list keyword..dah banyak kali aku check kat nuffnang, entry advertorial aku tu antara yang top cariannya..tQ tQ advertiser yang sudi bagi job kat blog aku yang tak seberapa ni..

Aidiladha

Salam AidilAdha 1436H

12:13

* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selαmαt★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hαri Rαyα!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
     ••●❥✾SELAMAT✾❥●••
╰••●❥✾HARI RAYA✾❥●••╮ 
╰••●❥✾AIDILADHA✾❥●••╮ 
╰••●Maaf Zahir Dan BATIN●••╮

Daripada - Fieza Sani


 

Nahhh..belanja lemang homemade!!Lemang Pulut, Lemang Jagung & Lemang Tepung..

LifeStyle

Dapat bos suka membebel?Reaksi?

11:43

Kalau dapat bos yang suka membebel??

Apa reaction??tak suka..stress..menyampah..meluat..segala rasa ada..nak mintak cuti la..

haha..tu la reaksi aku memula kerja dengan bos yang sekarang ni..naik rimas sebab asik la membebel..orang lain punya salah aku jugak yang kena..kalau aku punya salah..lagi la aku kena kan??

tapi lepas dah lama bekerja dia ni..baru la boleh adapt dengan hobi utama dia iaitu membebel tu??hihi..sorry bos!!dia stress kadang-kadang dengan keja yang melambak, kejar dateline untuk hantar teks ucapan la, kata aluan la..melayan pegawai yang memacam perangai..

tambah pulak dia & suami dia PJJ (perkahwinan jarak jauh)..

kalau macam kita, yang dah kawen kalau stress @ ada masalah kat tempat keja..balik rumah mesti kita berciter dengan pasangan..macam bos aku ni, suami dia nun kat negara seberang..balik rumah, melayan mak mertua, buat kerja rumah (mungkin masak & etc)..takkan dia nak berciter dengan mak mertua dia pulak kan pasal keja-keja kat ofis..so, aku dah faham kenapa kat ofis aku yang kena dengar bebelan-bebelan dia tu..bila dengar apa yang dia cakap tu..logik la apa yang dia cakap tu..semua bersebab..dia nak trained pegawai-pegawai dia untuk kerja dengan lebih efisien & buat kerja dengan cepat..jangan suka bertangguh!!so aku, dah tau cara kerja dia macamana..aku lebih detail & kadang-kadang kena pikir macam dia pikir..maksud aku, sebelum dia tanya..aku kena tau dulu apa yang dia akan tanya..hah!!hebat tak hebat la kan..hehe..which is aku dulu, memang malas la kan nak pikir-pikir ni..tau buat je keja..tapi sejak jaga bos aku ni, kena ubah sikit cara..Bukan dengan aku je kena dengar bebelan dia tu..pegawai-pegawai lain kat sini pun sama..tapi aku nampak hasil dia..sebab dorang pun dah tau cara bos aku ni kerja macamana..jadik selalunya memang kerja on time la apa yang disuruh..sebab malas nak kena bebel dengan bos aku..hihi

dia baik sebenarnya..tapi kalau pagi-pagi mood dia tak baper nak okey sikit..kalau nak cakap dengan dia @ nak bagi apa2 kat dia..tunggu lewat-lewat sikit..tue cara dia yang aku boleh baca..

dah kenapa aku citer pasal bos aku pulak ni..kisahnya semalam ofismate aku, wasap kat aku..dia cakap bos kitaorang suka membebel..aku reply balik..hobi utama bos kitaorang ni membebel..sekian..hehe

Shopping

Konsep Shopping Online!!

11:29

Bila shopping online!!

Aku nak story ni sebab ada isu di salah satu group yang aku joint kat fb..

Isunya, sorang penjual ni di tuduh penipu..mula-mula dia bagi screenshot pm antara dia dengan buyer dia yang sangat la divaaa ni..tapi screenshot tu blur..so ramai member termasuk admin mintak dia screenshot balik..aku pun tertarik jugak nak baca..baca punya baca bila dia bagi screenshot yang lebih clear..terus rasa berangin..si pembeli ni tau ke tak konsep beli secara online..apa fungsi penjual bagi no.tracking??what der??tolong la jangan rasa riak sangat..'oooo..aku dah bayar..kenapa pulak aku kena check no.tracking bagai..ko jual, ko la kena pastikan barang tu sampai kat aku.aku tau barang sampai je kat aku'..kalau macam ni la punya attitude, aku nasihatkan pergi la beli kat luar..jangan beli secara online..sebab ko tak paham konsep beli secara online??

aku tak back up penjual tu tapi for info untuk kita as pembeli..once kita dah buat payment & seller dah bagi tracking no..untuk apa tracking number tu??pergi check kat web POS LAJU!!bukan susah pun,klik2 je..and seller lepas dah bagi no.tracking, kena check jugak status barang-barang tu samaada dah sampai ke tak pada customer..kalau boleh jangan lepas tangan selagi barang tak sampai pada customer..

my style, harini penjual bagi no.tracking & dah post..esoknya terus aku check no.tracking kat web Pos Laju..sebabnya excited nak tau barang kita dah sampai mana?dan jugak nak tau samaada betul ke tak no.tracking yang penjual tu bagi..mana la tau kot2 kena tipu ke??tapi so far alhamdulillah..tak pernah lagi kena tipu.. 

Dalam isu yang aku story kat atas ni, si pembeli is very da DIVA???penjual mintak dia check tracking number yang dah diberi tapi pembeli ni boleh tanya balik 'Saya kena check??tak tau la nak cakap macam mana'?? korang ghasa ?? and ada salah sorang member group komen & katanya si pembeli ni ada up isu ni kat group lain which is pengomen ni member kat group tu jugak..tapi si pembeli ni tak bagi full details macam buyer ni buat..separuh je..well??

point aku nak story kat sini..tau tak konsep beli secara online tu macamana?

> SELLER promote barang di media sosial..

> POTENTIAL BUYER berminat & wassap/pm seller & tanya info mengenai barang
> Bila seller dah bagi info pasal barang semua & buyer berminat..SELLER akan bagi detail akaun untuk buat bayaran..

> BUYER transfer / bank in bayaran..bagi bukti slip bayaran pada SELLER..

> SELLER check dah terima ke bayaran dalam akaun..Lepas confirm diterima, packing barang..

> SELLER post out barang..kebanyakan seller akan guna POS LAJU..SELLER isi slip..post barang..No.tracking bagi pada BUYER..

> BUYER, check no.tracking keesokan hari selepas seller dah post barang (untuk check barang dah sampai mana & samaada no.tracking yang diberi tu betul atau tidak?)..

> SELLER, do follow up also..sampai barang dah di terima oleh BUYER..Mana tahu ada problem di pihak POS LAJU ke??atau if barang dah di bawak keluar oleh Pos untuk dihantar tapi tak berjaya sebab kat alamat yang diberi oleh BUYER, tak de orang masa pos nak hantar @ buyer tersalah bagi alamat..so kita boleh inform pada BUYER semula..itu la fungsi no.tracking!!jadik kedua-dua pihak memainkan peranan!!
 
kalau yang jenis yang nak di layan like so VVVVVIP..aku nasihatkan tak payah la yea beli secara online..pergi beli kat butik yang branded..dari bukak pintu sampai lepas beli, jurujual tu assist..kalau boleh sampai ke kereta dia hantar!!

isu atas ni dah selesai pun..barang dah return semula pada penjual sebab pos laju hantar ke alamat pembeli ni, tak de orang untuk terima barang..bila call, tak dapat..so mungkin dah lama hold kat pos laju & tak dituntut oleh pembeli ni, barang di pulangkan semula ke penjual..penjual ni pun dah refund duit pembeli dia ni..kesian jugak kat pembeli ni, dia jual barang sebab dia nak pakai duit untuk bersalin..nak beli barang-barang baby katanya..masa dapat duit dari pembeli ni,dapat la jugak dia beli barang yang dia nak..tapi lepas tu kena pulangkan balik duit pembeli ni..

Dapur FiezaSani

Ayam Sambal Cili Padi

19:57


Cooking time !! New recipe to try :)

AYAM SAMBAL CILI PADI
sumber : K.Noor Saffone

Bahan2:
1/2 ekor ayam ~ dipotong
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

~ Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian digoreng hingga masak (jgn terlalu garing).
Angkat dan ketepikan.

Bahan utk sambal:
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
1/2 in kunyit hidup *
7 - 10 bj cii padi (jenis panjang)  *
1 biji cili merah *
1 labu bawang besar ~ dihiris
2 sudu kicap manis
3 sudu besar cili sos
1 sudu kecil sos ikan ~ optional
garam dan gula
minyak

Cara:
1) Kisar kasar/tumbuk bahan bertanda *.
2) Tinggalkan lebih kurang 4 - 5 sudu besar minyak lebihan goreng ayam dlm kuali dan panaskan.
3) Tumiskan bahan2 yg dikisar tadi hingga wangi.
4) Masukkan bawang besar, kicap manis, sos cili dan sos ikan. Kacau.
5) Masak seketika dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
6) Masukkan ayam dan kacau rata.
7) Masak hingga kuah pekat dan pecah minyak.
8) Bolehlah diangkat dah dihidangkan bersama nasi putih..

Komen from mr hubby ~ Sedap :D
Rumusan ~ Boleh repeat next time..

Lazada

Family Time!!

07:48

Family time!!

Masak sesama..cuci kereta sesama..rilex sesama, bina & baiki barang sesama, have fun sesama, menjahit sesama, makan sesama..pendek kata semua la nak buat sesama..sebab sekarang lifestyle kita kan sangat la bz..Weekday memasing sibuk dengan kerja, gi kelas yang mana masih belajar, yang biznes..dengan biznesnya..Jadik bila weekend @ time cuti bila semua ada kat rumah, ada la aktiviti yang nak di buat sesama..Seronok bila buat sesama
di samping kita mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan..

Bila semua pun kita buat sesama, menda yang susah pun jadik senang..selain daripada spend quality time with our family member :)
 
Oleh sebab gaya hidup kita sekarang yang sangat la sibuk duaplohempatjam & dalam masa yang sama family juga penting dalam kehidupan kita..Lazada memberikan diskaun sehingga 90% bagi semua barangan terpilih (klik pada gambar) untuk kita buat semua aktiviti sesama.. :)


V
V
V
V
V
V
V
V
V

http://ho.lazada.com.my/SHDDmp



Untuk pemegang kad HSBC, dapatkan tambahan 10% diskaun untuk barangan yang terpilih!!

Woop It

10:36

Ku pikirkan apa la menda alah ni..
 ni kat bawah flat aku..mula-mula aku & mak memang ingat public phone..tapi macam susah nak nampak public phone sekarang..yea ar dah sume ada handphone..takkan nak guna public phone pulak..tapi pikir positif, tak semua orang ada handphone @ kalau ada kecemasan..prepaid abis, public phone ada..so okey la..tapi bila lalu kat sini..jenuh tengok mana GAGANG dia!!!!

Hari tu, tak puas hati aku & mak gi tengok dekat-dekat..aku pun gatai tangan tekan button dia tu..ada instruction..aku ikut je instruction dia tu..hasil tekan punya tekan..derrrrr..

MESIN TOP UP ghupenya..adoiiii..buat malu je..hihi..

tak tau la kalau orang lain penah jumpa mesin ni..aku seriusly, first time nampak, okey!!

Lepas tu petang mr hubby dah balik keja tanya dia pulak, tunjuk gambar bawah ni..Saja nak tengok aku & mak ke yang peghak tak tau apa ke benda ni @ orang lain pun sama..mr hubby memula macam tak sure..pas tu dia duk zoom gambar kat handphone aku..tulisan yang kat skrin tu memang tak nampak tau..sekali betul daaa mr hubby teka..cis..sah aku yang peghak..hihi..

 So korang kalau yang tak tau apa benda ni..ni aku dah tulis kat sini..kalau ternampak mesin ni, dah tau apa fungsi dia yeak..

LifeStyle

Topik Suami Isteri

10:49


Topik suami isteri semalam, si isteri tanya pada suami ada niat nak pasang sorang lagi ke??suami jawab tak de..si isteri tanya balik 'yea ke'..jawapan cliche suami is 'nak jaga sorang pun pening..nak tambah sorang lagi'..hmm yea la tu..tanya tu dalam keadaan gelak-gelak..tak de stress apa pun..saja je tanya..punca topik kat atas ni sebab si suami cakap nak amik anak angkat..tapiiii..umor 17 tahun..pfttttt..tu bukan nak amik anak angkat..tu nak tambah sorang lagi!!sabar je la..tu yang si isteri tanya si suami ada niat nak tambah ke???tapi jawapan cliche macam di beritahu kat atas..Si isteri ia kan je la..
Si suami citer, pernah tengok sendiri situasi bila kawen lebih dari satu ni macamana..jadik si suami tak nak ikut macam tu..lagi pun kata si suami..pening..nanti bila balik kampung..kena bawak gilir-gilir pulak..tambah bajet katanya..yea la kalau bawak dua-dua, mau PERANG BESAR U SEE!!!!
Ada jugak jadik macam kat bawah ni..takut tukar kaler IJO je..

Dapur FiezaSani

Spaghetti Goreng Seafood & Sambal Tumis Ikan Bilis

11:58

Mood memasak dh mai dah..

Saja share resipi kat sini untuk rujukan aku & pada sesapa yang berminat nak cuba..

Pattern aku kalau cuba apa-apa resipi, first of all mesti simple & bahan-bahan senang nak cari.. 

Pagi semalam untuk breakfast, aku try masak Spaghetti Goreng Seafood..Resipi asal dari Sheila Rusly..

Resipi Spaghetti Goreng Seafood 

Bahan-Bahan : ~ 
 200gm spageti ~ direbus
2sb lada kisar
2 bj bawang putih - dicincang halus
2 genggam isi udang
2 genggam sotong - dibersihkan dan dipotong-potong
7 batang jejari ketam ~ dipotong-potong
3sb sos cili
2sb kicap manis
3sb sos tiram
sayur sawi secukupnya
taugeh secukupnya

Cara-Cara : ~
1. Panaskan minyak, tumis lada yang telah dikisar & bawang putih yang telah dicincang
2. Masukkan sos cili, sos tiram & kicap manis (gaul sebati)
3. Masukkan sawi dan bahan seafood -kacau rata
4, Masukkan spagheti dan taugeh, gaul sebati
5. Kalau rasa dah okey, angkat & sedia untuk dihidang..

  Lunch ~ Sambal Ikan Bilis..selain menu ni, ada menu lain tapi mak aku yang masak..hat ni resipi mak tapi aku yang masak..

 Resipi Sambal Tumis Ikan Bilis
  
Bahan-Bahan : ~  
Ikan Bilis (Terpulang nak banyak mana.Ikut selera memasing)
Sebiji bawang besar
Sebiji bawang putih
2 sudu cili kering yang telah dikisar
Sedikit air asam
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara-Cara : ~ 
1. Ikan bilis digoreng dahulu sehingga garing @ separuh garing (ikut citarasa masing-masing yea)..Ketepikan dahulu.
2. Tumis bawang besar, bawang putih & cili yang telah di kisar.
3. Tunggu sehingga naik minyak, masukkan pula air asam, garam & gula secukup rasa..Gaul hingga sebati.
4.  Setelah agak sebati, masukkan ikan bilis..Kacau-kacau seketika..Sekiranya rasa dah okey, siap..angkat untuk dihidangkan

Comel

09:37

Hobi baru sekarang bila ber instagram, suka tengok sedara, kawan2 @ artis post video anak2 dorang..comel je ghupe..memacam perangai..kadang2 sampai repeat video tu ntah baper kali..suka nau nengok..ni nak cakap hobi ke apa..hobi la kan....

agak2 bila turn aku pulak nak post video cam dorang tu kan..

Insyaallah coming soon..tunggu :D
 

Aamiin..

Mencabar diri

11:59

Minggu lepas masa perhimpunan bulanan Kementerian, bahagian aku terlibat untuk buat satu majlis sekali..Officemate aku, mintak tolong cover tempat member kitaorang jugak yang cuti sakit masa hari majlis tu..officemate aku inform, kerjanya bagi souvenir..aku okey je la kan..

turun je ke dewan, officemate aku yang ajak ni, terus naik atas pentas..dah naik kat belakang pentas, officer aku yang in charge untuk majlis ni terus explain kitaorang kena buat apa..terus darah gemuruh aku naik sebab kena bertugas kat atas pentas..tugas aku, amik souvenir yang akan di beri kepada salah sorang VIP..Sebabnya, VIP ni akan dapat dua..takkan dia nak pegang dua-dua..jadik itu la tugas aku..walaupun tak lama pun atas pentas..nervous tau tak..masa amik souvenir dari VIP ni, aku tak tengok depan pun..darah gemuruh kooo!!!! 

Sebelum start majlis, salah sorang officer aku siap tanya, kenal tak VIP yang aku kena amik souvenir tu..aku cakap mana cam..aku cakap balik, mesti M.C. sebut nama..officer yang in charge untuk majlis ni inform, kalau aku tak sure nanti pandang dia..dia bagi signal nak kena berdiri kat mana masa amik souvenir tu dari VIP ni..tQ Julie..Masa nak amik tu, aku tak tau pun kena berdiri belah mana..terus pandang officer aku..dia guide berdiri kat mana masa amik..

Legaaaa berjalan lancar walaupun tugas aku tak lama pun atas pentas tu..lepas dah amik souvenir ni dari VIP tu, aku terus ke belakang pentas, tolong officemate aku ni pass2 kan souvenir yang lain untuk VIP yang lain pulak..aku berdiri belakang pentas je la..nebessss!!
Pengalaman baru..sebelum ni masa kat bahagian lama tak pernah terlibat dengan majlis @ program yang bahagian anjurkan..so okey jugak la terlibat dengan majlis ni walaupun aku darah gemuruh..mencabar diri..

Sebelum majlis bermula..posing dulu!!!!
Gambar atas, masa kat pejabat sebelum turun ke dewan..Gambar bawah, dah selesai program..legaaaa..macam besar je tugas aku padahal..hehe
Hat gambar atas, free style kata cameraman..tu memacam gaya tu..gambar bawah, dengan E.O. Salina..saja gedik nak bergambor duk kat kerusi VIP..
okey..terserlah ke'comel'an aku kan..baru sedar diri 'rendang'nyaaa aku..hehe
Cik Julie..officer in charge untuk majlis ni..

vacation

ShortVacay #2 @SwissGardenBeachResortDamaiLaut

18:52

Sambung story aktiviti yang kitaorang buat masa cuti2 kat SwissGardenDamaiLaut..
Percutian yang simple tapi tetap fun..Rilex..

Antara aktiviti yang kitaorang buat..cekidaut  : ~

Ni masa nak ke pantai..depan hotel je..tapi fenattt jugak la berjalan..

Jenjalan kat tepi pantai..

Lepaks tepi pantai..

Layan game ( mr hubby n adik dia..dua2 kaki game..sesuweii)..kitaorang yang ladies..main congkak..aku, berposing..

ni kat Bhg.Rekreasi..Jakuzi dia tue..tak tau la dorang bersih kan ke idok..macam berpasir je dalam dia..heeeee..Jakuzi, Sauna, Gym, tempat game, tempat untuk budak-budak ni semua kat sini..1 tempat..pembayaran aktiviti2 yang ada bayaran & pendaftaran, kat sini jugak..tingkat 1..

Aktiviti memanah pulakk..Bayaran untuk memanah, RM20 untuk sejam..adik ipar aku yang nak..kitaorang tumpang la sekaki..sejam kowt,.jenuh memanah..

dah penat memanah..terjun kolam..sebelum mandi kolam ni, adik ipar ngan biras aku buat aktiviti berbasikal..adik ipar aku ajak aku..hmmm..memang tak joint la..aku kan tak gheti bawak basikal!!!!aktiviti berbasikal ni FREE!!

Berenang pun tak gheti..abis buat apa lagi..selpie je lerrrr..

malam kat hotel..tak de menda nak buat..lepas makan malam layan ni pulak..hat ni kitaorang punya sendiri..selalunya kalau gi cuti-cuti, memang kitaorang suka bawak menda mainan macam ni..just for fun kalau tak de idea nak buat apa, lepas makan..layannnn ni pulak..

okey, 2 entry je shortvacay ke SwissGardenDamaiLaut..simple but enjoy..nama pun shortvacay..

citer lawak

Pendek is comel yoooo :D

16:00

Aku ternampak member post ni kat FB..sumber asal dari FB Imanimex..tergelak sensorang baca ayat-ayat dia..pendek is comel yooo..hehe
tak pe la orang nak kutuk kita pendek..tapi yang penting comel kannnn..haha..









LifeStyle

Serikkkk

22:18

Harini aku attend Konvensyen Usahanita Binaan di PWTC, Kuala Lumpur..
Aku share gambor2 je la ngan korang..Info2 KUBINA ni aku tak boleh nak share sebabbbbb..grrrr
aku tak boleh nak concentrate masa talk sebab dapat partner kat sebelah tak berenti2 bercakap..haih!! Rimas ko tau tak..Aku nak dengar jugak apa yang di cakapkan oleh tetamu jemputan macam Tan Sri Rafidah Aziz..tapi memang tak boleh nak concentrate bila member ni asik nak bercakap..memang rasa hangin je tadi..Sampai tadi aku dah tak larat nak layan, aku lari2 keluar..telefon member la, telefon mr hubby la..weiii..rimas ko tau tak orang asik membebel2 kat sebelah..please respect others..
Ofismate aku yang duduk kat kerusi depan aku, citer ada sorang makcik duk sebelah dia, sampai 2x mengadu..kitaorang bising..mana tak bising..member aku kat sebelah ni asik pot pet pot pet pot pet..aku tak larat la orang asik membebel2 ni..ada jugak aku borak ngan member2 lain kat situ tapi ada gak limit..lepas2 ni kalau aku kena 1 kursus dengan dia ni..memang aku elak la duk sebelah dia..serikkkk!!!!

Posing dulu b4 start program..masa ni orang tak ramai lagi..

Antara booth yang ada kat Konvensyen

Ofismate aku..

Tan Sri Rafidah Aziz tengah bagi talk..aku dapat dengar sikit2 je..Tan Sri punya talk best..

Sikit info yang aku berjaya snap

Souvenir yang dapat tadi..

LifeStyle

Rebate Festive

14:56

Sesapa yang time balik raya haritu, boleh start tebus rebat tol bagi yang menggunakan kad T&G..Penebusan rebat ni mulai dari 14 Ogos 2015 sampai November 2015 untuk yang menggunakan lebuhraya PLUS pada tarikh-tarikh seperti yang ditulis dibawah ni..

Penebusan hanya boleh di buat di pejabat PLUS..bukan kat tol yang untuk tambah nilai..Masa kitaorang gi bercuti ke SwissGardenDamaiLaut minggu lepas..Kitaorang nak tebus rebat T&G ni kat tol tambah nilai..tapiiii jurutol tu inform kena gi ke pejabat PLUS..kat situ tak boyeh (macam ayat anak buah kitaorang, Arip)..heeee

Sokay, masa lalu pejabat PLUS Tapah, singgah kat situ untuk tebus rebat yang ditawarkan..kitaorang dapat rebat RM9.. :D



LifeStyle

Kelam kabut + Malas

13:53

Minggu depan bos masuk keja balik selepas sebulan aku hooray2..haha..bos aku berkursus untuk pengesahan jawatan dia sekarang..sebulan jugak la dia berkursus..patutnya minggu ni dia dah masuk keja balik tapi dia sambung pulak cuti..next week Isnin baru masuk keja..Wahhhh..kemain suka aku time dia tak de..Sesapa yang rajin masuk ke blog aku ni, pasan kowt..hari-hari aku update blog..bos tak da kan..lalalala la aku..tapi ada yang tak best jugak bos aku ni tak de..serabut melayan karenah 2 orang timbalan dia..ada 2 orang tapi rasa macam dua2 tak berfungsi..yang sorang tu, bos aku dah mintak tanggung kerja dia sepanjang dia tak de kat ofis..okey la timbalan yang ni..ada jugak tolong walaupun nampak kalau ada certain mesyuarat, dia macam mengelak..ada la jugak menolong..
yang sorang lagi tu, memang aku berangin je ngan dia..terang-terang tolak kerja..atas alasan dia tak tahu..abis tu fungsi dia sebagai timbalan bos tu untuk apa..lagi pun dia timbalan hokay..timbalan bos..mana boleh cakap tak tau..dah tu gaji dia yang banyak tu, meh bagi kat orang lain la..yang buat kerja dia..yang hadir mesyuarat untuk pihak dia..which is sepatutnya dia yang kena ganti bos aku..aku tak tau la dia saja cari pasal @ dia ingat aku tak berani nak ngadu ngan bos aku pasal dia..rasa2 aku memang akan cakap kat bos aku pasal timbalan dia yang sorang ni..sebelum ni aku selalu tolong dia..lepas dia dah buat hal ngan aku haritu, memang tak la aku nak tolong..dengan staff2 dia aku marah sebab back up dia..kalau bos dorang tu betul tak pe la jugak..ni..hmmmmm..okey malas nak story pasal timbalan bos yang sorang ni..buat aku marah je kalau citer..
Memandangkan bos aku next week Isnin, akan masuk kerja balik..kelam kabut aku update folder surat2 KIV dalam bilik dia..akcelinya sebelum dia start kursus haritu, dia dah suh aku update..tapi besa la aku..suka buat kerja kelam kabut + malas..heeee..lagipun sebulan kan dia tak de..so kita hooray2..harini pagi2 terus amik folder yang dia suruh aku update tu..nasib dah siap..pffttt..legaaaa..

 Bos dah start ada minggu depan, aku akan jadik bz balik la..

Tanggapan orang

15:07

Tanggapan orang bila tak de anak lagi..mesti banyak duit..yelah..
mana orang tak pikir camtu..tak de komitmen dari segi kewangan untuk beli pampers, susu, upah pengasuh/nursery & lain-lain..tambah pulak macam aku & mr hubby..kitaorang dua2 kerja..orang duk pikir mesti banyaknyaaa duit..tengok pulak selalu gi bercuti bagai..pftttt..sempitnya fikiran orang..orang-orang tu lupa kowt, walaupun kitaorang tak de komitmen dari segi anak lagi..tapi kitaorang ada komitmen lain..nak bayar duit rumah (sebab kitaorang dah beli rumah), bayar kereta, bil-bil, beli barang dapor, kredit kad..hah..tengok kredit kad mesti ingat 'eh, banyak duit la tu kan..pakai kredit kad'..pfttt..kredit kad tu memang la kalau dengar macam gah je ghupe dia tapi guna kredit kad serupa berhutang jugak derrrr..ujung bulan nak kena bayar gak baper yang dah guna..tapi orang-orang yang bercakap tue tak pikir camtu ..dorang pikir orang yang tak de anak ni lagi, mesti banyak duit..

tapi malas la nak cakap kan..memasing punya pikiran..kalau dah cakap kitaorang banyak duit..moga-moga masin la mulut yang bercakap tu..aku & mr hubby nak kata mengeluh dari segi kewangan ke, tak de rasanya..alhamdulillah..tak de la susah sangat..tapi ada time-time tu, sesak jugak..tapi kita buat rilex je..malas nak heboh2 kat orang, tak de duit ke hapa..

Sekarang aku malas nak update sangat gambar-gambar aku & mr hubby gi bercuti kat fb..aku update kat ig je tapi aku tak share kat FB pun..sebab nanti orang cakap kitaorang ni asik bercuti je..mesti banyak duit..ada jugak kenkadang terlepas sekeping dua gambar aku update kat fb kalau gi bercuti..kalau dulu, aku siap buat 1 album lagi kat fb lepas dah gi bercuti ke mana-mana..niat cuma nak berkongsi je..tapi sekarang dah malas..sebab nanti orang ingat kitaorang ni banyak duit sangat..sikit-sikit gi bercuti..padahal tak tau, kalau kitaorang gi bercuti tu guna duit mana yang ada je..lepas je balik dari bercuti, mesti kitaorang akan bajet2 sebab dah guna masa bercuti..tue la selalunya konsep yang aku & mr hubby guna untuk gi bercuti ke mana-mana..

bercuti ni pun nak kata aktiviti wajib kitaorang pun iya jugak tapi bergantung pada bajet yang ada..Kalau cukup, on..kalau tak cukup, senyap2 je la..kitaorang tak de pun plan sampai nak bercuti kat obersee nun yang belah2 negara omputih tu..banyaknya dalam Malaysia je..yang pernah kitaorang gi bercuti luar negara kat Singapore & Thailand..negara jiran..bercuti ni pun nak release tension, penat bekerja..sesekali otak, badan nak rilex2 jugak..bukan bermaksud kitaorang bercuti ke mana-mana, kitaorang banyak nooo duitnya..tapi kalau dah orang anggap atau cakap macam tu, moga-moga masin la mulut2 yang bercakap tu..


vacation

ShortVacay #1 @SwissGardenBeachResortDamaiLaut

08:00

Percutian yang tak dirancang..Al-kisah, mr hubby dapat voucher dari Public Bank untuk penginapan di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut di Perak..Ada 4 voucher..setiap satu voucher RM550..rate 1 bilik RM600 lebih untuk 1 hari..kitaorang amik 2 bilik, jadik kena tambah sikit RM..stay kat situ 3H 2M..

Percutian kat Swiss Garden ni overall, okey..Banyak aktiviti yang boleh dibuat memandangkan hotel ni agak jauh ke dalam..so nak keluar balik tu mungkin orang malas..Jadiknya pihak hotel ada menyediakan aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat selain dari mandi di kolam atau laut..Aktiviti-aktiviti yang disediakan ni, ada yang free & ada yang kena bayar..jadik terpulang pada memasing..

Hotel ni ada private pantai cuma aku rasa macam tak sesuai je nak mandi sebab air dia agak keruh..heeee..tapi ada je kitaorang tengok orang lain mandi-manda tapi tak ramai sangat..aku tak kutuk tau, cuma ni pada pendapat aku je..n ada disediakan kerusi kat tepi pantai untuk korang yang nak rileks2..masa lepak kat tepi pantai ni, ada jugak ternampak kuda..n untuk yang minat aktiviti ATV..pun ada..aku dah naik masa gi kat Krabi haritu so tak pe la..memang penakut la kan..aku bukan jenis adventure..Next entry aku share aktiviti yang kitaorang buat kat sini..

Kitaorang dapat bilik kat tingkat 2..amik 2 bilik memandangkan kitaorang ber 7..bilik dia okey je..tapi kannn aku rasa macam tak berbaloi je dengan harga dia..heeee..sebab kecik & tak de apa yang menarik pun..tapi mungkin macam mr hubby cakap, situ kan tempat orang main golf..jadik tu yang mahal kowt..opss lupa lak..satu lagi yang aku tak baper berkenan sangat kat sini..banyak lalatttt..pintu bilik balkoni kitaorang ada plak ruang sikit belah atas dia, berlumba-lumba lalat masuk..naik rimas aku tengok banyak sangat lalat..then, toilet dia tak friendly user sebab tak de paip..paip dia jenis pancut kot montot tu..haih..tak sume orang suka pattern toilet macam tu..

Untuk yang berminat nak bercuti kat sini, okey je pada aku..tapi aku nasihatkan bawak la stok makanan macam maggie, roti & lain-lain kalau malas nak keluar balik cari makan..sebab for info, hotel ni agak jauh ke dalam..nak keluar balik tu, memang bercinta je rasa..macam haritu, lepas check in mak mertua aku tak nak keluar balik sebab jauh..so aku, mr hubby, adik-adik ipar & biras aku yang keluar balik cari makanan memandangkan kitaorang sampai time lunch..laparrrr..tak makan..keluar balik, kitaorang gi ke Aeon je..makan kat foodcourt situ & beli stok makanan sekali (roti, maggie, hotdog, sardin, bawang, limau,  sos, mayonis)..hehe..dah macam nak masak je kan..bawang, limau, sardin & roti tu untuk buat sandwich..hot dog, kitaorang rebus guna cerek elektrik kat bilik je..heeee..kena kreatip..
ada je kedai serbaneka dalam hotel tu tapi kan aku rasa harga dia mahal la..aku beli air tin, RM4.30..adik ipar & biras aku air ribena RM4.80..air mineral yang kecik je RM3.90..erm...tak tau la pada orang lain..pada aku & adik ipar aku, agak mahal la..

okey, meh la aku share gambar-gambar kat sini..walaupun dari story aku kat atas macam tak best je hotel ni kan..heee..tak de la kata tak best langsung..ada yang best & tak bestnya..

Voucher dari Public Bank yang mr hubby dapat..
 
view dari tempat register..cantikkkk..sejuk je mata memandang..
 
cantik..otw nak ke bilik
katil, kitaorang request king size..
 
drinking water, gula, creamer, nescafe, tea..drinking water kat sini kedekut sikit..kitaorang ada la mintak lebih, tapi limited 2 botol je sehari..ada peties tapi yang 1 bilik kitaorang stay tu, tak sejuk langsung..

mama & mr huby
 
view dari balkoni (belakang)
Aktiviti untuk budak-budak..
Aktiviti untuk dewasa..
Tuan blog & mr hubby..masa register untuk check in..
okey, sambung part 2..entry aktiviti pulak..heee..

Flickr Images

ShopLink Asia

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.