AFB Feeds

Untuk penggemar-penggemar Ais Krim

08:30


Sapa suka ais krim..eh!! sapa pulak yang tak suka kan..Tambah pulak ais krim sihat..hah!!ais krim sihat..kenapa aku cakap ais krim sihat..Nanti aku cerita lebih detail, k..Berita baik untuk penggemar2 ais krim..Cawangan Honey Creme telah di buka di Desa Sri Hartamas, KL..yeay!!Selepas Taiwan, Singapura, Hong Kong, China dan Indonesia..

 Apa keistimewaan Honey Creme?



Honey Cream dicipta dengan bahan-bahan organik premium dari seluruh dunia termasuk susu organik dan krim terbaik dari Korea. Ais krim lembut Honey Cream boleh menjadi pilihan yang lebih sihat dengan bahan tambahan berkhasiat seperti madu asli, bijirin campuran organik, coklat gelap yang baik untuk kesihatan jantung atau pilihan mudah lagi enak iaitu bertih jagung atau gula kapas..
 

Lokasi :~
20, Jalan 27/20A Desa Sri Hartamas, 50480 KL

Waktu Operasi :~
Isnin hingga Khamis 12pm – 10pm
Jumaat hingga Ahad 12pm – 11pm
Dibuka setiap hari

Follow Honey Crème di:
Instagram: Honey Crème Hartamas


Pekerja-pekerja Honey Creme Desa Sri Hartamas, KL..

Dari Kiri ke Kanan : Kenny Chee (Founder of Honey Crème Hartamas), Michael Ong (Founder of Honey Crème Hartamas), Yumi Wong (Malaysian actress) & Angela Chee (Founder of Honey Crème Hartamas)


Raw Honey Comb sourced from prestige premium bee farm globally


Apa yang ada di Honey Creme?

Memacam ada uolls, pilih je..tapi yang wajib di cuba & lain dari yang lain adalah 
Pernah makan ais krim bersama madu asli tak?hah!kat sini, yang ni adalah menu wajib untuk dicuba okey..seperti yang kita tahu madu adalah sangat bagus kerana khasiatnya yang diiktiraf sebagai tonik kesihatan semenjak zaman dahulu..tambahan pula
madu asli yang ditambah memberikan kemanisan semula jadi, tanpa perlu menggunakan pemanis gula tiruan..jadi yang ni adalah wajib dicuba..HoneyComb..





HoneyComb..Wajib dicuba di Honey Creme ;)

Korang boleh pilih sama ada cup atau cone


Harga (rujuk pada gambar kat atas ni, k)..


Pilihan aku haritu, Caramel Popcorn Honey Creme..yummy..sedap weh..atas bawah pop corn..first time makan ais kirm dengan pop corn..series, sangat sedap..tak manis sangat..just nice..kan dah habaq ais krim kesihatan..




Honey Creme Organic Mixed Grain (Campuran bijirin organik ini yang terdiri daripada beberapa jenis bijirin berkhasiat (kacang soya, beras perang, bijan hitam, flaks, kacang hitam, oat, rye, beras pulut hitam, mutiara barli) memberikan aroma unik pelbagai lapisan dengan rasa enak karamel) 


Honey Creme Organic Cotton Candy..Tidak seperti gula kapas yang kebiasaannya ditambah pewarna, versi warna putih lembut Honey Crème tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan atau perisa..mengimbau memori manis zaman kanak-kanak..Masa aku attend event ni haritu, ramai yang bawak anak-anak, pilih cotton candy ni.. 

Banyak lagi pilihan, korang boleh check it out sendiri di cawangan Honey Creme Desa Sri Hartamas ni..alamat di atas..

Ni antara gambar-gambar yang aku snap masa kat event pembukaan Cawangan Honey Creme ni

1st event yang aku attend as blogger ;)



Cone colourful uolls..
 

Lepas ni gi memana event kena bawak monopod nampak gayanya..ni pun aku mintak tolong orang amik kan..mr hubby tak follow masuk dalam kedai ni..dia tunggu dalam kereta je..


Dapnyaaa..nyum nyum..1st time kan makan ais krim + pop corn..memang layan la weiii..




You Might Also Like

3 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.