Nak share dengan korang masa gi Melaka haritu, kitaorang stay kat sini..last minit benornya..tak de pilihan lain..semua hotel dah penuh..jadik nak tak nak amik je la hotel ni..harga RM218.00 tapi masa check in, kena tambah RM20/seorang untuk adik & adik ipar aku..total untuk menginap 1 malam kat situ RM248.00 tanpa sarapan pagi & tiada kolam renang yea..biasalah kita kalau gi bercuti kat hotel, mesti nak tau ada kolam renang ke tak..so aku bitau ni, kat sini tak de yea..lagipun kedudukan dia dalam bangunan rumah kedai, tak sesuai kot..celah mana la nak bina kolam pulak..

Kalau ikut harga 1 malam kat Syaz Meridien ni, tak berbaloi rasanya..Dengan RM250 tu  boleh stay kat The Hatten kalau booked melalui agoda..Mr hubby cakap The Hatten tu memang terbaik la sebab masa company mr hubby buat game treasure hunt dari KL sampai ke Melaka, dorang menginap kat The Hatten ni..jadi memang mr hubby puas hati la kat situ..lagipun kedudukan dia kat tengah-tengah bandar..senang nak cari tempat makan atau jenjalan..

..Tapi apakan daya, masa nak booked yang kitaorang gi ke sini minggu lepas, full house..pasrah je la stay kat Syaz Meridien ni..

Best ke hotel ni?hmmmm..

Aku bagi  2/5 je..sebab :~

  • Karpet bilik macam tak cuci..kotor..bila baring atas karpet, gatal-gatal..
  • Telefon dalam bilik rosak..aku nak tanya apa-apa dekat reception, kena call guna hp aku..masa call tu aku beritahu yang telefon dalam bilik kitaorang rosak tapi tak de inisiatif dari pihak hotel untuk suruh technician/maintenance hotel datang check @ repair..
  • Kedudukan hotel ni agak jauh dari Dataran Pahlawan, Melaka..kitaorang dah try walking distance..weh..jauh..penat jalan kaki..Dataran Pahlawan ni centre..kat situ la tempat makan, beli souvenir, naik beca, naik menara tamingsari, a-famosa, shopping complex & etc..
  • Parking terbuka..Tak de parking khas untuk hotel..
  • Kedudukan hotel ni macam rumah kedai..sederet dengan hotel-hotel lain jadik parking kena berebut especially malam sebab semua guest hotel dah balik ke bilik memasing untuk berehat..tapi masa aku gi ke sini cuti sekolah + cuti berganda..tak pasti la kalau bukan cuti sekolah, parking okey je..tak penuh..
  • Masa booking, ada mention katanya hotel ni seaview..hmmm..seaview sangat..dont put high expectation, bukak je tingkap terus mengadap laut..pandang jauh sikit, nampak la seaview sangat tu..haha
Selain dari kat atas ni, overall okey la hotel ni..korang boleh check it out sendiri kat gambar bawah ni..
Yang tak de dalam gambar sebab aku lupa nak snap, teh/kopi/gula, cawan, gelas, sudu, cerek elektrik ada disediakan..tuala 2 helai, flat skrin tv, iron..dalam almari, penyangkut baju seperti biasa & peti keselamatan sekiranya korang nak tinggalkan barang berharga masa nak keluar..malas nak bawak..

Aku & mr hubby selalunya stay kat mana-mana hotel, tak pernah guna peti keselamatan ni..takut..memang kita tahu kombinasi nombor sebab kita yang set tapi mana le kita nak tau kan kot ada pulak yang lagi kreatip boleh bukak..

View hotel dari hadapan
Haih..mr hubby..masa ni penat sangat jalan kaki dari sini ke area Dataran Pahlawan..kaki mr hubby dah sakit..tue yang aku nak tangkap gambor pun, buat tak tahu je..jadik kita letak je la gambar bilik + mr hubby ni..
Bilik Air
Bilik Air
Ikut pada memasing okey ke tak hotel ni..Tapi kalau tanya aku okey ke hotel ni, so so je..

1 Comments