JJCM di Melaka #AsamPedasClaypot

08:30

Cuti 4 hari minggu lepas, aku & mr hubby gi cuti2 jap ke Melaka..ajak adik aku & wife dia joint sekali..bukan nak jenjalan pun..lebih kepada nak survey je..sebab bulan 1 nanti, aku, mr hubby & family mr hubby nak bercuti ke sana..So kat Melaka nanti kitaorang nak buat satu game..which is hadiah utama menarik okey..so kena la buat game sikit kan..hehe..tak pe tu nanti aku story, k..ni nak cerita dah kebetulan ada kat Melaka..kitaorang mencari tempat makan yang best kat sini..

Kalau dah nama nya Melaka, apa lagi kan..harus la terkenal dengan Asam Pedas..Walaupun aku tak la minat sangat tapi kalau ada aku makan je..aku tak cerewet pun..but mr hubby cerewet sikit..dia tak makan asam pedas ni..tapi dah ada kat sini..meh la try pekena Asam Pedas Claypot ni..hasil review kat google ramai cakap sedap..

Ni signboard dia..Dari hotel kitaorang menginap nak ke sini tak la jauh sangat..tapi masa ni cuti sekolah + cuti berganda (cuti maulidur rasul + krismas), jadik jalan..harap maklum..2 jam nak sampai ke sini tau..masa nak balik tu, dalam 15 minit je dah sampai balik kat hotel..adoiyaiii..kat jalan utama area Dataran Pahlawan, jammed melekat..dah tu mr hubby tersalah jalan pulak so kena pusing balik ke jalan jammed melekat ni balik..pakej aku siap tertidur 2-3x baru sampai kat sini..pfffftt..
Nampakkk..orang memang ramai..siap masa kitaorang dah dapat meja,belakang kitaorang ada lagi orang tengah beratur cari meja kosong..
Dah order..masa ni dah pukul 12 t/m..keluar dari bilik hotel dalam 9.30 camtu..
Asam Pedas Ikan Pari
Asam Pedas Ikan Tenggiri
Nasi (telur masin + sambal + sayur)..Set asam pedas memang sekali dengan nasi macam ni..

Total Makan 4 orang

3 set asam pedas (termasuk nasi) + 1 nasi putih
1 nasi lemak
2 teh o
2 teh ais
3 ais kosong

RM51.40

Harga kat claypot untuk 1 set asam pedas, tak pasti berapa sebab tak de letak harga..tapi kitaorang agak dalam RM10-RM12 ikut jenis ikan..Sebab esoknya sebelum gerak balik KL, kitaorang ada singgah makan kat satu food court area Dataran Pahlawan, Melaka..adik aku amik set asam pedas ikan pari RM12..jadi rasanya harga set asam pedas kat claypot yang malam sebelum tu, mungkin harga lebih kurang je..Kat Melaka ni, merata asam pedas nya..pilih je nak yang mana..Tapi dari selera tekak kitaorang..rasanya yang kat Claypot ni lagi sedap..umpphh..tak pasti la kalau ada tempat lain kat melaka ni yang lagi sedap..sebab yang kitaorang makan kat sini & foodcourt je..Kalau ada tempat lain area Melaka ni yang sedap asam pedasnya, share la info kat ruangan komen..katanya sharing is caring..Nanti bulan 1, kitaorang nak cuti ke sini lagi.. ;)



You Might Also Like

0 Comment