Lama tak share resipi..hihi..konon..macam pandai naw masak..boleh la..nak kata terer tu idok la..masak untuk family makan, boleh di makan..kira sedap la tu..

Resipi ni aku dapat dari google as usual..tapi aku tak ingat blog apa..aku screen shot je resipi dia..

Nah..untuk korang yang nak try jugak..feveret mr hubby ni..aku tak suka sangat..sebab ada kacang..errrr..Jerawat..

Bahan-Bahan :~
1kg Mee kuning (Dicelor)
250g taugeh (buang ekor & celor)
bawang goreng (optional)
3 biji telur (direbus)
1 tangkai daun sup (hiris halus)
Cili merah, cili hijau (hiris nipis)
3 ketul tauhu (aku tukar, guna fish cake-hiris sederhana nipis)

Bahan-Bahan untuk kuah :~
1 senduk minyak masak
500g daging (hiris nipis)
500g keledek merah (anggaran 2 ketul tapi aku guna 5-6 ketul sebab kecik2 saiz dia)
2 sudu besar taucu (aku guna 1 peket kecil)
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2cm halia*
1 sudu besar udang kering yang direndam (aku guna udang kepal)
2 sudu besar serbuk kari daging
6 cawan air (aku guna air lebihan rebusan keledek)
1/2 cawan serbuk kacang tanah (goreng tanpa minyak & kisar halus)
2cm lengkuas (dititik)
1 biji tomato (potong dadu)
Garam & gula secukup rasa
Cili padi (hiris sederhana nipis) - untuk pedas

Cara untuk memasak kuah : ~
  1. Rebus keledek sehingga masak dan lenyek halus
  2. Kisar halus bahan bertanda (*)
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sebati.
  4. Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Kacau-kacau & masak hingga mendidih,  masukkan fish cake.
  5. Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang & tomato. Didihkan kuah sehingga menjadi pekat. Perasakan dengan gula & garam secukupnya.
Cara untuk menghidang :~
1. Masukkan mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mee. Hiaskan dengan telur rebus, cili, limau, taugeh. Untuk yang suka pedas, tambah cili padi juga.
 
Mee Rebus
 
Yang bawah ni ayam goreng kunyit..Haritu mak aku tak de idea nak masak apa..aku google, terjumpa cara buat ni..layan je la..simple resipinya..

Bahan-Bahan:

  • 300g ayam, bahagian dada
  • 4 batang kacang panjang, potong 2 inci (tak guna)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 biji bawang merah, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris nipis

Cara Penyediaan:

  1. Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau.
  3. Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang.

Tips:
Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras.

Sumber Dari : iresipi
 

0 Comments