Dapur FiezaSani - Resipi Mudah Popia Goreng

15:11


Resipi Mudah Popia Goreng 

Resipi mudah popia goreng..Resipi ni main belasah je bukan exactly popia yang beli kat pasar malam..Explain dulu, takut ada yang tersalah sangka plak ingat resipi popia macam beli kat pasar malam @ kat kedai..

Punca terbuat ni sebab nak habiskan mix vege yang dah berbulan dalam peties..expired bulan ni..mr hubby takut buang gitu je sebab aku kan laju je kalau part membuang barang yang dah expired ni..Jadi dari membazir, masuk ke tong sampah..baik la kita masak..kenyang pun kenyang..

Dari segi rasa dia boleh tahan jugak..sedap..walaupun resipi main belasah je..





Ni resipi dia untuk rujukan aku & pada sesiapa yang berminat nak cuba..Menu minum petang @ breakfast..sedap..

Bahan-Bahan:~
  • Bawang merah (potong-potong)
  • Cili kering yang dah diblend (2 sudu) - Nak bagi rasa pedas
  • 1 peket mix vegetable
  • 1 peket kulit popia
  • Sosej (10 ketui) - Rebus dulu
  • Ayam cincang (tak de dalam gambar..lupa nak snap)
  • Garam sikit

Cara-cara:~
  • Tumis bawang, cili kering yang telah di blend, ayam cincang..Masukkan garam sikit.
  • Setelah agak masak, masukkan 1 peket mix vege..kacau-kacau sekejap..Boleh diangkat & biar sejuk seketika supaya senang nak gulung..
  • Sosej - Rebus dulu..Selepas itu, boleh di potong kecik.
  •  Dah siap langkah 1-3 ni, boleh la start menggulung..aku buat ni, dengan mak..mak keluarkan kulit popia..aku part menggulung..buh inti (bahan2 yang dah ditumis tadi + sosej yang dah di potong kecik2)..Ikut suka la nak letak banyak mana..sendiri makan yea dak..
  • Dah habis menggulung, boleh la start untuk goreng..Goreng bagi sampai warna kekuning-kuningan..Dah Siap, Ngapp..apa lagi..
  • Untuk cicah, aku guna sos cili je..senang..

You Might Also Like

5 Comment

  1. sedap ni..sy selalu buat tambah keju kat dalam...sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..tak terpikir pulak letak keju..boleh ar next time, kalau add on letak keju pulak..

      Delete
  2. tengok entry fieza ni, baru teringat aritu ada beli crab stick nak buat popiah ketam....belum buat2 lagi...sibuk berholiday dan kursus sampai seminggu x de kat rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..apa lagi, weekend nnti boleh ar ber 'popiah ketam..kang kalau simpan dalam peties crab stick tu, expired..

      Delete
  3. Salam singgah pagi di sini....sedapnya popia goreng ni...selalu buat untuk minum petang tau buat sarapan pagi...hihi

    ReplyDelete