beauty

Cosmo THE FACE SHOP Beauty Masterclass 2015

14:48

Wanita & kecantikan..tak dapat dipisahkan..

Jadiknya aku nak bagi offer menarik dengan korang yang berminat dengan kecantikan macam aku..hehe

Baru-baru ni aku dapat offer untuk joint  Cosmo THE FACE SHOP Beauty Masterclass 2015..bayaran cuma RM20/seorang..kalau bawa seorang lagi kawan RM30..waaaa..kalau kita amik mekap kelas kat luar mau main ratus2 yuran..ni bayaran, murah wei!!

Best!!aku memang tertarik nak joint tapiiiiii mr hubby ada plan lain pada tarikh bengkel ni nanti iaitu 12/12/2015 (Sabtu)..so, dengan ini aku offer kepada sesapa yang berminat kalau nak ganti tempat aku, boleh e-mail kat aku..nanti aku bagi arahan selanjutnya..bayaran kena buat sebelum 4hb Disember 2015..Tempat terhad kepada 40 orang peserta sahaja..So sapa cepat dia dapat yea!!

Apa yang best kat bengkel ni :~
 Sesiapa yang suka pasal mekap, kecantikan macam aku ni..memang boleh sangat la nak joint..Memacam dapat belajar..Solekan, penjagaaan badan, tips2 berkaitan kecantikan..Selain ada makeup tutorial & makeover..yang paling best dapat goodies bag bernilai lebih RM100..bestnyaaa..Sesapa yang joint bengkel ni nanti pastikan korang sampai awal tau sebab pihak Cosmo tak bagi bag goodies ni pada peserta yang datang lewat..Kelas start pukul 9.00pg..Makan tenghari disediakan..wahhh..jeles dengan korang yang attend ni nanti..Dah la buat kat The Terrace, The Royale Bintang The Curve Hotel, Mutiara Damasara, P. Jaya, Selangor..

Sesiapa berminat, e-mail aku kat fieza_amy81@yahoo.com

LifeStyle

Sapa pernah?

10:28


Sapa pernah?angkat tangan..hehe..kita geng, hokayyy..Dulu masa zaman cintan cintun, bila time gaduh..beria la tutup hp..tapi aku rasa baper saat je, tutup hp..lepas tu on balik..satu sebab takut bf call @ mesej..dua sebab takut kena marah dengan bf..haha..aku le tu..

Haritu saja tunjuk kat mr hubby, pernah buat tak macam ni jugak..mr hubby cakap pernah..tapi aku kan tak de perasaan..tak call/mesej pun mr hubby..mr hubby yang call/mesej aku dulu..Yes,Yes..menang!!

haha..sweet je rasa zaman cintan cintun..eh!!sekarang pun sweet tapi tak berani la time gaduh off handphone..takut kena MARAH, uolls..haha

Respect them

11:05

Terbaca pasal isu ni kat fb..

Just respect them..walaupun dorang public figure tapi tak bermaksud semua pun nak kongsi..jadi tak perlu la kita peminat nak bertelagah bagai..YES..kita sebagai peminat teruja nak tengok gambar anak yusry & lisa tapiii kita kena hormat keputusan mereka berdua tak nak berkongsi gambar anak di media sosial..give them space..Aku salah sorang follower ig both Lisa & Yusry, selalu stalk ig dorang kot2 ada gambar Yahaira..

Maybe dorang belum bersedia nak kongsi..tak pe la kalau dorang dah sedia nak kongsi, dorang kongsi juga nanti..kalau tak..tak perlu la kita nak cakap macam2..kalau rezeki jumpa depan2 & bergambar, tak perlu la nak kongsi di media sosial sebab ibu bapanya sendiri tak berkongsi..cukup la bergambar untuk simpanan kita je..tak semua artis suka menunjuk anak2 dorang..

ada je artis yang tak suka tunjuk gambar anak di media sosial macam ozlynn & johan..kalau ada pun nampak sipi2 je..Jadi kalau Lisa & Yusry nak ikut seperti jejak ozlynn & johan, biar la dorang..Respect privasi dorang.. 

Gambar ni aku share dari fb yang khabarnya ditangkap secara curi-curi..Aku letak watermark aku sbb gambar baby Yahaira, dah digelapkan..hormat privasi seperti yang diminta oleh parents Yahaira..gambar original dah tersebar di internet..

Kursus @Avillion Admiral Cove

13:48

Minggu lepas attend bengkel di PD..

Menginap di Avillion Admiral Cove, Port Dickson..Hotel 4 star..

Bilik, tempat kursus & makanan..Overall okey..Wifi cuma boleh akses di lobi..Yang bawa laptop, boleh dapatkan cable di reception..Internet 2mb je..boleh la dari tak de kan..hehe..Masa amik cable ni kena isi form & letak deposit RM10..Nanti masa check out, hotel akan pulangkan balik deposit..

Iron/iron board/hair dryer ada disediakan di bilik.. :)

Jom nak buat review pasal hotel ni..Saja share info..Mana tau kot2 ada yang nak bercuti kat sini..tambah2 dah start cuti sekolah ni..nak bawak family cuti2 Malaysia..Kolam renang harus la ada yea..Cantik..sebelah tempat kapal-kapal layar berlabuh..Ada la aku snap gambar yang nampak kapal2 layar ni..gambar kolam tak snap la plak..katanya berkursus..

Welcome to Avillion Admiral Cove..Nak cari lobi hotel ni, 2-3 kali memusing..tak pasti jalan masuk dia belah mana..Rupanya ada papan tanda tulis "LOBI"..tak perasan..
Dalam bilik air..as usual, part feveret..hehe

katil, sofa & meja study/diskus

sinki ada disediakan..tv flat skrin..channel astro..

view dari bilik aku..

 
1st day kursus..

Ni view sebelah bilik kursus..Nak berposing dekat2, musim hujan..Start hari ahad masa sampai ke sini, sampai la habis kursus, hujan benti hujan benti..ate nak pose camne..

2nd day kursus..ni bukti kot2 mummy a.k.a ratu bebel tanya betul ke tidak attend kursus kat PD..ni la buktinya..pandai tak :) Ni antara staff kat Bahagian aku, yang lain semua dah balik ke bilik memasing untuk check out..
Dah kenapa aku pose cenggitu?aku syak belum ready lagi ni tapi ofismate aku tangkap je gambar..candid le konon..tapi cun jugak yeak..rasa macam pose model je (perahsannn)..haha..
 

LifeStyle

CarWash Yang Best

12:19

1st time jumpa car wash yang best..Kebiasannya kita cuci keta, mesti tempat menunggu macam derrr....boring..baca surat khabar,  majalah-majalah lama sambil tengok pekerja cuci kereta kita..kadang rasa macam lamanya duduk kat situ sampai kereta siap dicuci..tapiiii baru ni, aku kagum sebab first time jumpa kedai cuci kereta area Jalan Klang Lama yang lain dari kebiasaan..pada pendapat aku kedai ni mementingkan keselesaan pelanggan..mula2 tak tahu pun situ ada tempat menunggu yang best..Aku andaikan mesti macam biasa, sofa buruk @ kerusi yang dah lusuh letak kat tepi.. Tapi memandangkan masa tu pulak panas, kitaorang masuk jugak ke dalam..Jadi la ada sofa ke kerusi lusuh ke..penat berdiri..Itu la andaian aku masa masuk kedai ni..tapiiii

Bila masuk ke dalam baru nampak ruang menunggu yang best seperti dalam gambar di bawah..ada aircond, sofa, toilet & tv..siaran astro lagi..kebetulan masa kitaorang tunggu tu, cerita M.I.Ghost Protocol..hmmm..menarik sangat..tak perasan dari panas terik masa mula-mula masuk, pandang lagi sekali kat luar..dah hujan..

Bagus betul carwash ni..pandai attract pelanggan..Bila buat macamni, pelanggan pun tertarik nak datang lagi dan lagi dan lagi..

Strategi perniagaan!!

Ruang menunggu yang selesa..pada aku, selesa..tak tau la pada orang lain..
Harga

tradisional

Permainan dulu-dulu

13:42

Permainan dulu2..yang mana korang pernah main?
Aku tak tahu semua nama2 permainan ni tapi ada antaranya yang pernah aku main masa kecik2 dulu..

Budak2 sekarang agak2 kenal tak permainan2 ni?













Antara yang aku pernah main..No.2 , 3 , 6 & 12..Nama permainan yang paling aku ingat (teng2 - no.3)..




TTC

Krim Furmon #3

09:00

Kalau sesapa yang folo blog aku & penah terbaca pasal aku up entry berkaitan krim furmon..aku ada letak gambar kat bawah ni kat entry tu..Gambar ni aku amik dari google jadi aku tak kenal sapa kah orang yang menjualnya..Aku cuma cari kan info je & tepek kat blog aku ni..tapi baru2 ni, tuan punya no. telefon kat gambar ni ada tinggalkan komen kat entry di bawah ni..

entry berkaitan di SINI



Pada sesapa yang mencari krim furmon boleh cuba contact no. seperti yang tertera kat atas tu..

Nama tuan punya no. telefon kat gambar atas ni Kak Faz..kat bawah ni link blog kak faz, okey ;) Kalau nak tau lebih info lagi pasal krim furmon ni cuba la jenguk blog dia..Kalau nak lebih cepat jawab, terus je WhatsApp..

 Ni banner blog dia..boleh klik di gambar untuk ke blog Kak Faz Furmon..
 
Pada yang tertanya2 apa fungsi krim furmon ni..krim ni untuk kesuburan..aku ada up entry berkaitan krim ni beberapa kali kat sini..entry berkaitan seperti di bawah :~
 



mana-nak-beli-krim-furmon 
 

LifeStyle

Exam PSL N27

08:30

Percubaan kali pertama amik exam untuk kenaikan pangkat gred N27..Mencuba nasib je benornya..tu pun dah bajet, rasa macam kandas semua..hehe..tapi result keluar, eh2 macam tak percaya pulak..Walaupun baru 1 je lulus..haih, bangga..tak sangka sebab masa amik exam yang undang-undang tu..aku tak cukup 1 buku untuk buat rujukan..tapi tips dia walaupun tak cukup buku untuk rujuk, skip soalan yang memerlukan rujuk pada buku tu..jawab soalan lain yang ada buku untuk dirujuk..alhamdulillah..tips menjadi walaupun try & error je..

Tahun depan concentrate untuk 2 lagi paper yang kandas tu..hope berjaya..Semangat ni nak jadik E.O. (mood verangan)..haha

Untuk korang yang nak tengok result, boleh check it out kat sini >> www.kompetensi.jpa.gov.my


beauty

Misi mencari skincare yg serasi

12:07


Hobi bertukar skincare..bukan suka2 tapi cari yang serasi dengan kulit benornya + yang senang nak cari stok bila dah abis..Sebelum ni, aku pernah try produk Cosmoderm tapi set lain..Tapi kawan aku pulak tegur muka aku berjerawat..aku perasan tapi sedapkan hati, aku cakap biasa la dalam proses nak sesuai kowt..Tapi bila kawan dah tegur tu, sebenarnya dah tak senang duduk benornya..duk cari produk lain..

Entry berkaitan >> my-new-skincare


So aku try Ephyra ni pulak..Okey dah sabun ni dengan aku tapiiiii nak dapatkan stok agak susah pulak..Masa mula-mula ni aku beli kat 1 farmasi kat area Masjid Jamek..Tapi bila nak beli stok baru, adoiyai sekarang ni aku tak ghajin nak menapak ke Sogo tu..malas..kalau hari jumaat, time rehat lama..aku lepak kat tempat aku je..Kalau nak beli online, aku kena gi collect kat pejabat pos pulak memandangkan ofis aku tak terima barang peribadi hantar melalui Pos Laju..Jadiknya..misi mencari set skincare yang lain pulak..yang senang nak restock bila dah abis..


Aku try Skincare Cosmoderm balik..walaupun haritu dah try tapi jerawat halus2 duk naik pulak..tapi tak putus asa..Kali ni aku amik yang Tea Tree Oil..Dari pembacaan aku kat google, tea tree oil ni memang elok untuk kulit jerawat/bermasalah..Yang set sebelum ni aku amik, jurujual kat farmasi tu yang cadangkan..So kali ni , aku sendiri pilih hasil carian di google..Ada 2 item je aku amik untuk kali ni iaitu Tea Tree Oil Facial Cleanser + Tea Tree Oil Day/Night Moisturiser..Yang tea tree oil anti blemish tu, free..Harap2 yang ni serasi dengan aku..senang nak cari benornya..kat Guardian/Watson/Farmasi..
 

Cosmoderm Tea Tree Oil, pls be nice with me hokayyyy :D 

beauty

Aku keliru?

15:17

Semalam temankan mr hubby ada interview kat Bangsar Village II..Takkan aku nak folo mr hubby interview pulak kan..jadik amik kesempatan cuci mata sementara mr hubby interview tu..

Kisahnya nak cari pencuci muka..Tapi confuse nak pilih yang mana bila dah sampai kat Guardian tu..Sebelum tu dah baper hari, duk google cari pencuci muka mana yang bagus..dah aim nak yang mana..Alih-alih sampai kat Guardian, terus confuse..Ikutkan pilihan aku nak yang warna pink kat bawah tu..Memang dah confirm nak yang tu sebab tengok review semua cakap, okey..tapi sampai kat Guardian, nampak produk Cosmoderm..tetiba rasa nak try cosmoderm pulak..haih..lempang kang..Penyudahnya aku google kat situ jugak, cari apa fungsi pencuci tea tree oil cosmoderm ni dengan garnier sakura white..Sebelum decide nak amik Cosmoderm ni, aku siap keluar jap dari Guardian..Cari tempat duduk nak google dulu pasal dua produk ni..yang mana satu okey & nak pikir jap..

 Aku pilih cosmoderm ni sebab moisturiser dia 2 in 1..boleh guna untuk siang/malam..Macam Sakura white, kena beli asing2..Jadi untuk penjimatan, aku amik cosmoderm..


Tea tree oil sesuai untuk kulit berminyak & berjerawat..Sakura White pulak lebih kepada nak bagi cerah, hilangkan parut2 jerawat & dalam masa beberapa minggu pakai, akan nampak pipi pinkish2..ermm..aku tak nak pipi pinkish2 ni, masalah aku lebih kepada jerawat & berminyak..pikir punya pikir, aku pilih cosmoderm..aku amik Tea Tree Oil Facial Cleanser & Tea Tree Oil Day/Night Moisturiser..Kebetulan pulak masa beli pencuci muka cosmoderm tea tree oil ni, dapat free tea tree oil anti blemish..Untuk jerawat..Sesuai, kebetulan lak kat muka aku ni haritu duk gatal makan kuih kacang..berlumba-lumba jerawat naik..Aku alergik to kacang..bukan alergik apa..boleh je makan kacang tu tapiiiii lepas tu jerawat pun, lepas satu-satu naik..Tue yang gatal tangan nak picit..Susah hati tengok jerawat kat muka..


Harap-harap sesuai la produk cosmoderm ni dengan aku..

 

deepavali

Happy Deepavali

12:47

Happy Deepavali kepada semua yang menyambut perayaan ini terutama bos kesayangan aku kat ofis tu (Pn. P. Jayanthi) &  my readers yang menyambut perayaan Deepavali atau dipanggil juga pesta cahaya..

Selamat Bercuti untuk semua..ngeee..

Dato CT hamil?

18:33

Kecoh pasal Dato CT mengandung..Gara2 Dato CT muat naik segelas gambar susu kambing & kurma di instagram..For info, susu kambing + kurma ni sangat bagus untuk diamalkan..Untuk kesuburan..

Bila baca komen2 peminat pasal isu Dato CT mengandung ni ada pulak yang cakap riak bagai..haish..tak paham aku..eh..tau tak perasaan orang yang dah lama menunggu rezeki anak dari Allah, bila tahu pregnen..Allah..rasanya tak tergambar perasaan happy tu macamana..Aku yang haritu dapat satu berita gembira pun, serius excited..macam aku pulak yang pregnen..hehe..opss..termasuk topik lain pulak..Ada yang cakap masa konsert CT, Hetty Koes Endang & Ramli Sarip baru2 ni..Salah seorang peminat CT yang pergi ke konsert tu beritahu baju Dato CT membuatkan nampak CT sedikit berisi (macam pregnen)..

Komen Dato CT berkenaan isu ni, kalau ada berita baik dia akan war warkan..jadi sila tunggu yea..Insyaallah..kita sama2 doakan ada berita baik dari Dato CT & Dato K..


Pada pendapat aku..pendapat aku je tau..jawapan CT bagi ni macam dia dah pregnen tapi dia x nak hebohkan lagi..Ni pada pendapat aku je sbb sebelum2 ni ada jugak beberapa kali gosip pasal isu CT hamil tapi CT terus nafikan & minta doakan saja..Cuma jawapan kali ni sedikit berbeza..Tapi tak pe, kita tunggu tuan punya badan yang buat pengesahan..Kalau betul pun CT pregnen, mungkin CT nak ikut cara Lisa Surihani tak nak heboh2kan dulu ..Gud2..


Antara komen2 kat fb pasal isu CT pregnen, yang ni aku rasa win..hehe

Apapun ni pendapat aku je yea..Aku faham mesti CT happy kalau dah pregnen..Sebab kalau aku sendiri pun, hepi weiii..tak tergambar..tapi kalau aku la pregnen, aku ikut macam jejak Lisa Surihani..Lepas 1st trimester baru buat announcement kat blog..haha..wah..lempang kang..ko pikir ko retis..hehe

What type of Girl are you?

11:30

Selamat berhujung minggu!!

Mesti ramai yang sambung cuti esok..aku pun..kita geng..mr hubby keja..saja fefeling jadik housewife hari bekerja..hehe

Aku ternampak gambar ni kat facebook semalam..Macam menarik pulak nak share kat sini..

No wonder i'm always positive & happy walaupun tengah serabut..i love ballerina shoes, flat shoes..Kaki tak sakit & bila berjalan rasa selesa je..

Korang pulak yang mana?

Telah mula beroperasi

11:02

Stesen LRT depan rumah dah mula beroperasi mulai 31hb Oktober yang lepas..Stesen yang dah dibuka (Kinrara | Alam Sutera | Muhibbah | Awan Besar)....Tambang percuma selama sebulan dari Kinrara ke Sri Petaling..Bagi yang nak ke KL, pertukaran naik Star LRT di Sri Petaling..Platform untuk tukar tren ni sebelah2 je..

Hari Sabtu lepas, aku & mr hubby saja mencuba naik lrt ni..Start dari Muhibbah ke Kinrara lepas tu ke Sri Petaling..Dari Sri Petaling patah balik ke Muhibbah..hehe..tak de keja kan..haha..saja je..Dah stesen depan rumah je pun..Tapi aku punya dressing, hover aku rasa..maxi dress bagai..padahal orang lain pakai t-shirt dengan seluar jeans je..hehe.. kisahnya aku nak try cardigan baru (entry berkaitan disini)..
Hari Ahad, mak dengan abah aku pulak nak try naik jugak lrt ni..aku temankan..sebab mak aku kalau berdua dengan abah aku je tak konfiden..
So overall okey la naik tren baru ni..macam naik lrt yang sediaada..sama je..Cuma yang best stesen betul2 depan rumah..terbaikkk uolls..

Gelagat husben & wifey naik LRT..macam first time naik LRT je..

Apa lagi, meh posing sikit..stesen baru, tren baru..ni di Stesen Kinrara..

Hari ahad temankan mak & abah aku pulak naik lrt baru ni..

advertorial

Rawatan alternatif untuk Buasir

09:06

Buasir..apa tu yeak..bahasa ringkas & senang nak faham, saluran untuk pembuangan air besar terkeluar..hmmm..faham tak!!ala mesti tau punya kan..


Buasir
Gambar Ehsan Mr.GOOGLE

Sedar tak sedar ramai sebenarnya yang menghidap penyakit ni tapi malu nak mengaku sebab takut diketawakan..hmm..yelah orang yang gelak tu tak kena kan kat diri sendiri..kena kat batang hidung sendiri baru tau..

Banyak faktor yang menyebabkan buasir ni antaranya cirit-birit, meneran, sembelit, batuk yang kuat, duduk lama dalam bilik air semasa membuang air besar, wanita mengandung & pelbagai lagi faktor lain..untuk wanita mengandung, digalakkan minum air banyak untuk mengelakkan sembelit yang boleh menyebabkan buasir..

Gejala-gejala penyakit ni rasa perit , sakit, gatal atau pedih kat sekitar dubur. Mungkin juga ada yang mengalami simptom seperti keluar pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar..

Rawatan untuk penyakit ini adalah mendapatkan rawatan di hospital/klinik &  alternatif lain dengan mencari penawar/produk kesihatan khusus untuk penyakit ini..

Untuk yang tercari-cari produk kesihatan khusus untuk buasir yang mana agak susah untuk di cari di pasaran..

NomoreRhoids merupakan minuman kesihatan khusus untuk buasir/sembelit..

Jika mendapatkan rawatan di hospital, pesakit akan diberi ubat dan ubat tersebut perlu dimasukkan melalui dubur tapi dengan NomoreRhoids, pesakit hanya perlu minum setiap peket kecil di dalam NomoreRhoids ini..Merawat dari dalaman adalah yang terbaik..

Bagi yang tertanya kandungan NomoreRhoids..Produk ini adalah daripada adunan herba terpilih, ekstrak madu lebah, Ekstrak Susu Lembu, Ekstrak Gula Batu..

Produk ini adalah berasaskan bahan tradisional dan untuk menjamin keselamatan pengguna pihak pengeluar telah membuat kajian makmal di Kbio Corp (Kedah Bioresources Corporation). Pihak Kbio Corp telah mengesahkan produk tradisional ini selamat utk digunakan. 

Sijil produk keluaran CRBI Enterprise yang disahkan tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan pengguna.
 Untuk maklumat lanjut & detail mengenai produk ini, korang boleh klik link dibawah ini
@ hubungi En.Nizam di 014-2466553

Jangan lupa dapatkan produk ini sementara PROMOSI masih ada..

PROMOSI
1 UNIT RM80.00 (SM)
2 UNIT RM150.00 (SM)

1 UNIT RM90.00 (SS)
2 UNIT RM160.00 (SS)

Free delivery

Cepatttt!!Nak sihat tak?Jangan biarkan ia berlarutan dan menjadi semakin parah..

Lazada

Redeem Voucher Ganti

10:04

Lazada
 Dah dapat barang aku redeem voucher ganti dari LAZADA..

Entry Berkaitan Dapat Voucher Ganti
  
Aku beli Cardigan dengan voucher ganti tu..Masa duk cari nak beli apa, jenuh pikir apa benda la aku nak beli ni..Dalam duk cari nak beli apa, nak beli apa, terus teringat aku nak beli cardigan la sebab dulu aku ada 1 cardigan hitam, yang aku suka sangat tapi terjatuh rasanya..tak perasan..So ganti beli cardigan ni..Amik warna hitam jugak sebab senang nak matching dengan baju kaler apa pun..

Dah rasmi pakai pun masa naik LRT free haritu (Ni entry lain aku story yeak)..
 
 

Tadaaa..Rasa hover pulak pakai dress bagai, padahal naik lrt je pun..hihi..Kisahnya nak try cardigan ni selesa ke idok..Memandangkan aku & mr hubby jarang keluar nak gi jenjalan so try la pakai walaupun naik lrt je pun..depan umah pulak tu..haha..Pedulikkk..

Dapur FiezaSani

Dapur FiezaSani - Resipi Mudah Popia Goreng

15:11


Resipi Mudah Popia Goreng 

Resipi mudah popia goreng..Resipi ni main belasah je bukan exactly popia yang beli kat pasar malam..Explain dulu, takut ada yang tersalah sangka plak ingat resipi popia macam beli kat pasar malam @ kat kedai..

Punca terbuat ni sebab nak habiskan mix vege yang dah berbulan dalam peties..expired bulan ni..mr hubby takut buang gitu je sebab aku kan laju je kalau part membuang barang yang dah expired ni..Jadi dari membazir, masuk ke tong sampah..baik la kita masak..kenyang pun kenyang..

Dari segi rasa dia boleh tahan jugak..sedap..walaupun resipi main belasah je..





Ni resipi dia untuk rujukan aku & pada sesiapa yang berminat nak cuba..Menu minum petang @ breakfast..sedap..

Bahan-Bahan:~
  • Bawang merah (potong-potong)
  • Cili kering yang dah diblend (2 sudu) - Nak bagi rasa pedas
  • 1 peket mix vegetable
  • 1 peket kulit popia
  • Sosej (10 ketui) - Rebus dulu
  • Ayam cincang (tak de dalam gambar..lupa nak snap)
  • Garam sikit

Cara-cara:~
  • Tumis bawang, cili kering yang telah di blend, ayam cincang..Masukkan garam sikit.
  • Setelah agak masak, masukkan 1 peket mix vege..kacau-kacau sekejap..Boleh diangkat & biar sejuk seketika supaya senang nak gulung..
  • Sosej - Rebus dulu..Selepas itu, boleh di potong kecik.
  •  Dah siap langkah 1-3 ni, boleh la start menggulung..aku buat ni, dengan mak..mak keluarkan kulit popia..aku part menggulung..buh inti (bahan2 yang dah ditumis tadi + sosej yang dah di potong kecik2)..Ikut suka la nak letak banyak mana..sendiri makan yea dak..
  • Dah habis menggulung, boleh la start untuk goreng..Goreng bagi sampai warna kekuning-kuningan..Dah Siap, Ngapp..apa lagi..
  • Untuk cicah, aku guna sos cili je..senang..

blog under construction

New Look

08:00

Wajah baru blog Chintahati81..opsss..nama & domain dah tukar..yg nama N domain ni dah citer dalam entry semalam..Entry ni pasal wajah baru blog aku ni..wahhh..ayat..wajah sgttt..okey, back to the topic..

Hasil D.I.Y mengedit blog dengan bantuan mr hubby, ini la hasilnya..kembang kempis hidung sbb berjaya buat sendiri..

Aku cuma upload template blog baru ni je, yang part coding, adjust size semua mintak mr hubby yang buat..nasib dapat suami keja I.T..Lepas dh upload template haritu aku ada try edit sikit kat coding..nak buang mana2 yang tak perlu tapi buat kat office slow nya lahai line internet..balik rumah, saja tunjuk kat mr hubby template baru ni..konon nak eksen sebab buat sendiri..pas tu tunjuk dengan mr hubby sekali, nak buang part tertentu..terus mr hubby yang edit..hehe

Hasilnya seperti yang korang nampak sekarang..Aku memang dah lama cari pattern template yang macam aku guna sekarang ni..Nak tempah, dah tanya price haritu..Okey, boleh tahan rega dia..tapi patut pun caj mahal sebab nak edit coding bagai..pfffttt..Aku pun try & error je ni..nasib baik jadi..Itu pun mr hubby tolong..Siap mr hubby tanya, nak buat apa lagi kat blog aku..Loncat2 rasanya mr hubby tanya gitu..hehe..tQ sayang, support wife awak yang minat berblogging ni..

Part header pulak..rezeki..masa BW ternampak ada sorang adik blogger (SHAD) offer mencari 50 orang terawal untuk design header blog FREE..Tue la benefit dari BW ni..Terus laju-laju e-mail Shad detail yang dia dah tulis siap-siap kat entry dia tu..Nasib baik belum penuh kuota..Sekejapan je Shad ni buat..aku e-mail dalam t/hari @ petang..malam, dah dapat header..Pantas..

Kalau korang yang berminat nak tukar header, cuba2 la klik link kat bawah ni kalau masih belum penuh lagi offer adik SHAD ni..no worry orangnya peramah.. 

free design header blog by shad 


Berjaya jugak edit sendiri blog..dengan pertolongan mr hubby of course..

tQ SHAD for the header..simple N nice..