AFB Feeds

Ping Entry Ke Semua FB Group

08:53

Haritu masa teman mr hubby o.t..tak tau nak buat apa dalam keta..BW..terjumpa pulak berkenaan ping entry ke group facebook..eh..suka suka..so nak share dengan korang pulak yang mungkin tak tahu..sebab aku pun baru tahu boleh share entry kita dengan 1 klik je kat semua group dalam facebook..

Untuk apa ping entry ni..
Fungsi dia untuk menaikkan trafik blog korang selain dari share info mengenai entry korang dengan ahli-ahli dalam group tu..kalau bukan semua, mungkin ada la beberapa orang yang datang menyinggah ke blog korang untuk baca apa yang korang kongsikan..jadi menguntungkan kedua-dua pihak..korang dapat naikkan trafik blog..pengunjung dapat info dari apa yang dikongsikan..


info dari sini
ping entri ke semua facebook group

1st - Login ke FACEBOOK DEVELOPER

2 - Klik URL to send dibawah SEND BUTTON CONFIGURATIOR



3 - Letak  link entry yang korang nak kongsikan..tekan butang SEND


4 - Lepas klik butang SEND, keluar kotak macam kat bawah ni..taip la group-group FB yang korang nak share berkenaan entry korang tu..macam aku ada 5 group..Di bahagian mesej, terpulang korang nak tulis @ biarkan je kosong.. Dah siap, tekan butang SEND yang kat bawah kotak tu..SIAP!!!!


Kalau nak check, menjadi ke tidak step kat atas yang dah buat ni..cuba la check di group yang korang dah share tadi tu..Kat bawah ni contoh yang aku dah buat atas ni tadi..Keluar di group..maksudnya JADI :D  

Yeay..lepas ni senang boleh share entry kat semua group sekaligus..kalau tak lotih nak buat satu-satu..dapat pulak kat ofis aku ni, line internet ikut mood..kadang okey, kadang tak..tu aku cakap ikut mood..


Info ni mungkin berguna untuk newbie macam aku...yang otai-otai blogger, dah terror rasanya.. ;) tak payah nak promote pun dorang dah ada pembaca setia yang follow blog..update je, terus berderu-deru orang masuk..hehe..itu la kuasa seorang blogger otai..

You Might Also Like

3 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.