AFB Feeds

Perlu ke berkongsi di media sosial?

13:08

Beberapa hari lepas blogger terkenal Abg Ben Ashaari dijemput ke satu rancangan wawancara kat TV 1..topik nya Kongsi Aib Di Laman Sosial..Ada beberapa orang blogger yang share berkenaan ni di blog masing-masing..

Aku nak share jugak sebab aku tak nak cakap pasal orang lain tapi diri sendiri..Aku pernah buat dulu..Alahai..bila ingat balik tak matangnya aku..Aku sebenarnya memang tak suka nak update status kat fb..Memang bukan cara aku sikit2 nak update kat media sosial..

Tapi masa aku update isu tu sebenarnya aku tengah marah ya amatttt dengan seseorang..bukan kat fb..kat blog ni pun aku tulis jugak..pfffttt..fieza fieza..tak matangnya masa tu!!!!Aku memang tak suka update apa2 status kat fb..Disebabkan status aku tu, kecoh sekejap..Supaya kes tak jadi lagi panjang, status yang aku dah tulis tu, aku hide dari wall fb..Nampak tak kesan dari berkongsi / luah perasaan di media sosial ni..Bila perasaan marah mengawal diri, tak sedar luah perasaan kat fb..ayat pulak mak aihhh..malas nak cakap..seeloknya masa tu, aku kena bertenang..haih..tapi tue la duk nampak salah orang je..salah sendiri tak nampak..Belajar dari kesilapan dulu,  sekarang aku memang tak suka nak update apa2 status yang menyakitkan hati orang @ mengaibkan orang..Kalau difikir2kan balik kalau kita bercakap yang boleh aibkan orang tanpa sedar kita bukak aib kita sendiri..Satu jari tunjuk kat orang, 4 jari tunjuk pada kita balik..Aku pernah terbaca kat fb..

Sekarang ni aku more positive..Malas nak jadik macam budak2, semua nak update kat fb/ig..Kalau ada yang komen pula, aku rasa yang jadik batu api lagi banyak dari yang menasihat..Jadi apa ke point update kat media sosial?adakah nak tunjuk kita hebat?kita bagus?kita sempurna?

Moral of the story - sebelum kita nak share @ update apa2 di media sosial kita, fikir2 dulu sebelum jari tu laju menaip..Yang penting niat nak update tu untuk apa?Fikir2kan..

You Might Also Like

5 comments

  1. Betul...berhati2 sebelum meluah sesuatu..yang lepas biarkan berlalu..terus pandang hadapan..tiada insan sempurna..

    ReplyDelete
  2. jom kongsikan yang baik-baik....singgah dari blog efa othman

    ReplyDelete
  3. Same goes to me...dlu memang rase tak matang sgt2222...kelakar pon ade bile kenang n flash back perangai dlu2. Hahahaha...

    Da dewasa ni bila pk blk. Tak perlu kongsi semua. Sbb rase muak juga nak mengapdet doplopatjam....hehehehe

    ReplyDelete
  4. ada benda boleh share, ada benda tak boleh. yg penting penulisan nak kena jaga

    ReplyDelete
  5. aina pon tak suka kongsi di FB atau mana2 media social kecuali blog. blog je tempat luah perasaan memandangkan org tak kenal kita. tapi itulah, nak kongsi apa2 kena fikir dulu kan

    ReplyDelete

Flickr Images

ShopLink Asia

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.