Anak kurniaan tuhan..Semua pasangan yang berkahwin nak anak sendiri..ada zuriat sendiri..tapiiii..ada yang dapat rezeki anak awal..ada yang lambat..Ikut rezeki masing-masing..Yang mana dapat rezeki anak awal, bersyukur la..awak semua tidak perlu menunggu lama untuk mendapat zuriat sendiri..Pada yang dapat anak awal tu, jangan la pula lupa diri (tak semua..ada sesetengah orang)..Anak tu pinjaman dari Allah..didik la anak tu untuk menjadi anak yang baik, berjaya, mendengar kata, elok budi pekerti..bukan bermaksud awak dapat anak awal untuk awak mendabik dada sebab suami awak dah berjaya buntingkan awak..

Kalau bercakap dengan orang yang belum ada rezeki anak lagi, tolong la berlapik..Jangan main sedap mulut je..Orang-orang yang berada dalam situasi seperti aku yang belum mempunyai anak lagi ni, sangat sensitif..Tak minta orang yang tidak berada dalam situasi aku ni untuk faham tapi tolong hormat..Sebelum mulut berkata -kata yang boleh menyakitkan hati orang seperti aku ni, fikir dulu sebelum membuka mulut tu..Cuba letakkan diri berada di tempat aku..

apa motif bila cakap 'Nasib baik dapat sepasang?'

Yea..aku tahu aku tak sesubur ko..on je terus lekat..suami ko hebat!!

ko best friend aku, aku ingat ko faham situasi aku tapi aku lupa yang ko kan subur..ko takkan faham situasi aku..dari aku ikhlas nak tolong terus tak jadi nak tolong..hati aku sakit bila ko cakap ayat tu..serius tak faham, apa motif ko cakap macamtu..oo..mungkin nak ingatkan aku kot yang aku tak sesubur macam ko..tQ Fren..

Untuk yang dapat rezeki anak awal, tolong jangan HINA, PANDANG RENDAH pada kami yang belum dapat rezeki anak lagi..Anak tu kurniaan Allah..Allah uji hambanya mengikut kemampuan..Mungkin harini Allah uji kami dengan ujian ni..Berkat kesabaran, usaha & doa, insyaallah, Allah akan makbulkan doa2 kami yang masih berTTC ini untuk mendapat zuriat sendiri..Mana tahu masa itu nanti giliran kamu pula untuk diuji..Sabar ke kamu?Aku tak mendoakan..Tapi ingat yea bola itu bulat..Sekarang kami dibawah..kamu diatas..Bola sentiasa berpusing..Sampai masa, kami pula berada di atas, kamu dibawah..

 :D

6 Comments

  1. kawan baik pn mmg tak faham..kawan2 lepak, kawan2 office pn tak akan faham...dalam group w/s, dieoarng sembang pasal anak itu ini, kita tk cakap ape pn....tapi bila kite reply, 'camne la rasanye ye...terus bederu tulis, jgn la terasa, sabarla, nti ada, jgn la cmni..bla bla bla...ta[i diorang tulis mcm..takde pn kita kata ape...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kita ni menjaga hati orang tapi orang tak jaga hati kita..

      Delete
  2. mulut orang mmg kite xleh nak kawal..
    akak bersabar ye..positif jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg positip je ni..cuma terasa sbb kawan yang kita anggap kawan baik, sindir2 mcm tu..

      Delete
  3. sesiapa pun..kalau yakin dan betul betul2 hayati erti rukun iman yang ke6 tu..PERCAYA QADA DAN QADAR..mereka TIDAK AKAN SESEKALI BERTANYA DAN MEMPERSOALKAN tentang banyak perkara pada orang lain.salah satunya mengenai rezeki ZURIAT..bahaya sebenarnya kerana dia..mereka atau sesiapa saja tanpa sedar seolah pertikai kekuasaan Allah..zuriat Allah punya..rahim kita Allah punya..semua Allah punya..bila asyik mempertikai dah jatuh hukum lain..yang asyik bertanya tu mungkin mereka lupa..hakikatnya dia juga tidak punya apa2..semua pinjaman Allah..mungkin dia dan suami dia subur..belum tentu anak2 dan bakal menantu dia akan datang subur jugakan..doa orang teraniaya sangat makbul..doa dari hati yang dilukakan sangat mustajab..

    *terus pandang hadapan..teruskan usaha doa dan tawakkal..*
    *dan sekiranya ada lagi yang cuba pertikaikan..cuba jelaskan "saya bersyukur dengan setiap apa yang Allah beri dan pinjamkan pada saya..jangan kerana belum dikurniakan zuriat..saya jadi kufur nikmat..lupa nikmat2 lain"

    ReplyDelete
  4. Fieza....bukan bestfriend je, bahkan adik beradik seibu sebapa dengan kita pun belum tentu faham dan dapat jaga hati kita especially bab zuriat. Itu bahagian kita...redha je la. Yani ni dh imun dah...dlm group whatsapp kawan opis kalau tetiba keluar isu anak ke apa ke...memang ambik pendekatan silent mode, x komen tak ulas apa2...yg penting jaga hati sendiri.

    ReplyDelete