AFB Feeds

Mee Sedap di KL Sentral

11:35

Nak time lunch ni kan..Saja je nak bagi korang terliur..hehe

Nak suggest kat korang yang suka masakan chinese style..Introduce Mee Tarik Warisan..Lokasi di Food Court KL Sentral..1 level dengan Mc Donald..Tempat ni adik ipar aku yang bagitau kat aku..sebab dia yang rajin ke KL Sentral...



Kebetulan minggu lepas, aku nak gi Pejabat Pos KL Sentral sebab nak collect barang..Dah kebetulan ada kat situ, terus la singgah kat food court ni..Sebelum tu aku wassap adik ipar aku tanya dulu apa nama menu yang dia duk cakap sedap kat situ..Lepas amik barang..terus singgah..tapau untuk lunch..

Masuk je kat food court, dah nampak signboard kedai ni & pekerja dia tengah buat mee ni..Mungkin tu faktor mee tarik ni sedap sangat & rasa dia lain dari mee yang biasa kita beli kat kedai..

Time nak makan tu, bila tengok dalam bekas..banyaknya mee dia..Larat ke nak habis..aku ni time lunch, suka amik portion makanan 1/2 je..tapi yang ni memang dah siap dalam bekas..makan je la slow2..tapiiii bila dah start makan..sedapnyaaaa!!kena dengan selera aku..Kebetulan aku memang suka makanan chinese style..which is aku & mr hubby berbeza part ni..mr hubby memang tak layan la makanan2 style chinese ni..

Kalau tengok gambar kat bawah ni..maksudnya? hehe



Menu kat sini..

Yang penting kalau makan kat sini, jangan lupa letak sambal dia..tu yang penambah selera + sedap selain sup & mee buatan sendiri dia..

Teringat-ingat mee tarik dia..semalam aku gi KL Sentral lagi sebab nak collect barang kat Pejabat Pos..Singgah beli mee tarik ni tapiiiii terlupa nak letak sambal dia pulak..Okey jugak rasa dia tanpa sambal tu tapi lagi best kalau ada.. ;)

You Might Also Like

6 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.