Sapa kat pejabat, skema pakai tag nama ni selain dari pegawai..pegawai harus la pakai kan..aku tanya ni untuk yang sama level macam aku..aku pun tak pakai tag nama all the time..selalu aku pakai blazer, baru la nampak tag nama aku tu..

Kisah tag nama..Haritu ada mesyuarat bahagian..Mummy a.k.a bos kitaorang ada bangkitkan isu ni..masa dia tanya tu masing-masing pandang kat baju ada pakai tag tak?haha..memang sah2 la tak de..Kebetulan aku pun tak pakai blazer ni..tag nama aku kat blazer..selalu aku pakai blazer ni kalau kat ofis, aircond sejuk macam ala-ala oversea sangattt..Masa dia tanya tu majoriti tak pakai tag nama..Terus mummy tanya semua orang "ooo..orang kenal uoll yea..uoll ct nurhaliza ke, yuna ke"..semua gelak..haha

Aku rasa motif dia minta semua kakitangan dia pakai tag nama supaya orang luar yang datang berurusan ke pejabat, tahu nama staff..kadang-kadang staff dalaman tapi daripada bahagian lain pun kita tak tahu nama apa lagi orang luar yang datang berurusan dengan kita di pejabat.

Jadi kalau pakai tag nama ,senang orang yang datang & berurusan dengan kita tu, next time nak follow up beritahu "oooo..haritu saya datang, berurusan dengan Pn. Rohafiza"..Idok la, dorang cakap "ala..tak tau pulak nama orang tu..tapi orangnya badan besar2, pakai spek"..hah, ko..macamana nak cari siapakah orang yang dimaksudkan itu..Kalau ada 10 orang kat situ semua pakai spek..dah satu kerja pulak tanya sorang-sorang..

Jadi rumusannya kan senang kalau pakai tag nama..Itulah fungsi tag nama.. :D

3 Comments

  1. saya salah sorang staf y malas nak pakai tag nama:)

    ReplyDelete
  2. saya salah sorang staf y malas nak pakai tag nama:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita dear..malas nak pakai tag nama..hehe..

      Delete