domain

Official www.fiezasani.xyz

09:00

Officially chintahati81.blogspot dah tukar ke www.fiezasani.xyz

Walaupun dah tukar nama baru, kalau nak search guna nama lama >> Chintahati81, pun boleh tak de masalah cuma klik pada link & terus redirect ke www.fiezasani.xyz..Contoh macam 2 gambar kat bawah tu, aku try google guna nama chintahati81 & klik je kat link tu, terus masuk ke www.fiezasani.xyz..


Cewahhh..konfiden je ada orang google..haha..tak kisah la..fefeling glams..haha..

Nama belakang dot xyz tu , masa mula-mula mr hubby bitau, gelak aku dengar..hehe..tapi advantage..senang nak ingat..orang lain semua dot com..aku dot xyz..ghasak..hehe..Ni domain baru so kalau tak pernah dengar, tau la kan kenapa..mr hubby yang tukarkan sebab FREE..tengah offer..Mungkin nak promosikan jadi untuk permulaan FREE..Lagipun memandangkan domain ni masih baru jadi possibility untuk dapat nama yang korang nak lagi tinggi..contoh macam aku guna ni fiezasani..sekali try je, terus berjaya..

Kalau sesapa yang bercadang nak tukar domain ke atau nak berdot xyz cam aku ni, klik je gambar kat bawah ni..so far aku guna domain baru ni, okey..tak de masalah..

 http://www.hostinger.my/
  
 ni contoh, aku google guna nama lama blog "chintahati81"..Klik je kat link chintahati81.blogspot.com



Terus masuk ke domain baru www.fiezasani.xyz
 

 

Give Away

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

09:44

Joint GA lagi..hehe..semalam ramai blogger joint GA Cik Uzu ni..jadi nak joint jugak la..macam menarik..Mana tau kot-kot bertuah.. ;)


[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015

Give Away

Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

08:02

Mood joint GA pulak harini..Lagipun tengah kekeringan idea nak tulis apa..Jadi moh la kita joint GA pulak..valid sehingga 30/10/2015..

Detail & syarat-syarat sila rujuk di bawah :~


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Give Away yang ditunggu tunggu oleh cik en dan sponsar sponsar cik en akan bermula pada 1/10/2015 sehingga 30/10/2015
Hadiah bernilai lebih dari RM 1000 boleh dimenangi dengan penyertaan 18 sponsar untuk 28 orang peserta yang bertuah. Mungkin anda salah seorangnnya. Jadi apa tunggu lagi, mari mencuba dengan join Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 ini dengan syarat yang sangat mudah.
Kalau sertai Insyallah rezeki itu ada, Kalau tidak sertai sudah tentu rezekinya tiada
Ini syarat yang perlu untuk menjadikan rezeki itu jadi kenyataan


1. Buat satu entry bertajuk " Giveaway Nurfuzie Dot Com #1"

2. Follow dan like semua sponsar dibawah ini dan copy html dan paste di HTML entri korang:

Follow Blog
Nurfuzie , Julia Jamaludin , Lisa Hlovate , Along , MrsYatie , KhalidKyle , Shad , Nona , Farah , Athirah Diyana , Ejulz , Addin , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Emy Amelia , Irrayyan , Sporting Mummy , SayidahNapisah

Follow Instagram
Nurfuzie , Lisa Hlovate , Along , Shad , KhalidKyle , Athirah Diyana , Ejulz , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Nona , Emy Amelia , Marsha farprettybylh

Follow Twitter


Follow Google+


Masukkan Dalam Bloglist
Farah , MrsYatie , Addin , Irrayyan , SayidahNapisah

Fanpage


Nurfuzie.com
Along Maisuri
Shad
Ejulz
Farprettybylh
Kawaidesu Concept
Sayidah Napisah
Emy Amelia
Carehappytips
Jeragat LESS? Seronok 

Follow
Cahaya Farah
Irrayan

3. Publish dan letakkan link entri tersebut di komen entri Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 sahaja

Tarikh Give away ini bermula 1/10/2015 sehingga 30/10/2015.


SENARAI PESERTA

**Tapi twitter tak boleh nak follow sebab tak de**

blog under construction

Sedang Di UbahSuai

19:35

Jangan terkejut masuk ke blog aku, dah bertukar rupa..Masih dalam proses ubahsuai lagi..Maklum la buat sendiri jadinya mungkin amik masa sikit nak siap..Nak bermain dengan coding2..Berpinau biji mata..

Napa tak tempah je?

Cadangnya gitu la nak tempah tapiiii mari la mencabar diri try buat sendiri..Template yang baru ni okey dah pada aku cuma nak adjust sikit2..Aku memang dah lama nak cari template yang macam ni..
Kebetulan tadi bw, terjumpa..hehe..

Nantikan hasilnya!!

Selepas di baiki

09:14

Hasil selepas di baiki sikit make up pallete aku yang memang dah pecah masa dapat dari Lazada..
Caranya, tampal sikit dengan pelekat hitam kat tutup depan tu so tak ada la nampak sangat pecah dia..pelekat sama warna dengan bekas pallete tu..cermin tak boleh buat apa..memang pecah semua..
Blusher yang aku ingatkan tak ada satu sebelum ni..agaknya dia terselit..aku tak perasan sebab masa buka pallete ni nak repair, tetiba terkeluar satu..aku ingatkan ada yang tertanggal lagi..rupanya yang hat 1 tu..okey, setel..letak balik kat tempat dia yang kosong..
Dah rasmi guna pun..huntung!!hehe..mekap pallete dapat..voucher ganti pun dapat.."bukan salah aku kan..sapa suruh dorang yang handle mekap aku ni masa proses delivery, main campak2 je"..

Nasib baik Lazada baik hati, bagi voucher ganti tau..


entry berkaitan


  

Hasil mekap..hehe..Idok la pandai sangat..boleh la conteng sikit2..asal ada kaler-kaler sikit..

I LOVE MAKE UP!! I LOVE BEAUTY!!

LifeStyle

Ping Entry Ke Semua FB Group

08:53

Haritu masa teman mr hubby o.t..tak tau nak buat apa dalam keta..BW..terjumpa pulak berkenaan ping entry ke group facebook..eh..suka suka..so nak share dengan korang pulak yang mungkin tak tahu..sebab aku pun baru tahu boleh share entry kita dengan 1 klik je kat semua group dalam facebook..

Untuk apa ping entry ni..
Fungsi dia untuk menaikkan trafik blog korang selain dari share info mengenai entry korang dengan ahli-ahli dalam group tu..kalau bukan semua, mungkin ada la beberapa orang yang datang menyinggah ke blog korang untuk baca apa yang korang kongsikan..jadi menguntungkan kedua-dua pihak..korang dapat naikkan trafik blog..pengunjung dapat info dari apa yang dikongsikan..


info dari sini
ping entri ke semua facebook group

1st - Login ke FACEBOOK DEVELOPER

2 - Klik URL to send dibawah SEND BUTTON CONFIGURATIOR



3 - Letak  link entry yang korang nak kongsikan..tekan butang SEND


4 - Lepas klik butang SEND, keluar kotak macam kat bawah ni..taip la group-group FB yang korang nak share berkenaan entry korang tu..macam aku ada 5 group..Di bahagian mesej, terpulang korang nak tulis @ biarkan je kosong.. Dah siap, tekan butang SEND yang kat bawah kotak tu..SIAP!!!!


Kalau nak check, menjadi ke tidak step kat atas yang dah buat ni..cuba la check di group yang korang dah share tadi tu..Kat bawah ni contoh yang aku dah buat atas ni tadi..Keluar di group..maksudnya JADI :D  

Yeay..lepas ni senang boleh share entry kat semua group sekaligus..kalau tak lotih nak buat satu-satu..dapat pulak kat ofis aku ni, line internet ikut mood..kadang okey, kadang tak..tu aku cakap ikut mood..


Info ni mungkin berguna untuk newbie macam aku...yang otai-otai blogger, dah terror rasanya.. ;) tak payah nak promote pun dorang dah ada pembaca setia yang follow blog..update je, terus berderu-deru orang masuk..hehe..itu la kuasa seorang blogger otai..

TTC

Nasib baik dapat sepasang?Motif?

10:04

Anak kurniaan tuhan..Semua pasangan yang berkahwin nak anak sendiri..ada zuriat sendiri..tapiiii..ada yang dapat rezeki anak awal..ada yang lambat..Ikut rezeki masing-masing..Yang mana dapat rezeki anak awal, bersyukur la..awak semua tidak perlu menunggu lama untuk mendapat zuriat sendiri..Pada yang dapat anak awal tu, jangan la pula lupa diri (tak semua..ada sesetengah orang)..Anak tu pinjaman dari Allah..didik la anak tu untuk menjadi anak yang baik, berjaya, mendengar kata, elok budi pekerti..bukan bermaksud awak dapat anak awal untuk awak mendabik dada sebab suami awak dah berjaya buntingkan awak..

Kalau bercakap dengan orang yang belum ada rezeki anak lagi, tolong la berlapik..Jangan main sedap mulut je..Orang-orang yang berada dalam situasi seperti aku yang belum mempunyai anak lagi ni, sangat sensitif..Tak minta orang yang tidak berada dalam situasi aku ni untuk faham tapi tolong hormat..Sebelum mulut berkata -kata yang boleh menyakitkan hati orang seperti aku ni, fikir dulu sebelum membuka mulut tu..Cuba letakkan diri berada di tempat aku..

apa motif bila cakap 'Nasib baik dapat sepasang?'

Yea..aku tahu aku tak sesubur ko..on je terus lekat..suami ko hebat!!

ko best friend aku, aku ingat ko faham situasi aku tapi aku lupa yang ko kan subur..ko takkan faham situasi aku..dari aku ikhlas nak tolong terus tak jadi nak tolong..hati aku sakit bila ko cakap ayat tu..serius tak faham, apa motif ko cakap macamtu..oo..mungkin nak ingatkan aku kot yang aku tak sesubur macam ko..tQ Fren..

Untuk yang dapat rezeki anak awal, tolong jangan HINA, PANDANG RENDAH pada kami yang belum dapat rezeki anak lagi..Anak tu kurniaan Allah..Allah uji hambanya mengikut kemampuan..Mungkin harini Allah uji kami dengan ujian ni..Berkat kesabaran, usaha & doa, insyaallah, Allah akan makbulkan doa2 kami yang masih berTTC ini untuk mendapat zuriat sendiri..Mana tahu masa itu nanti giliran kamu pula untuk diuji..Sabar ke kamu?Aku tak mendoakan..Tapi ingat yea bola itu bulat..Sekarang kami dibawah..kamu diatas..Bola sentiasa berpusing..Sampai masa, kami pula berada di atas, kamu dibawah..

 :D

Kisah Tag Nama

09:00


 
Sapa kat pejabat, skema pakai tag nama ni selain dari pegawai..pegawai harus la pakai kan..aku tanya ni untuk yang sama level macam aku..aku pun tak pakai tag nama all the time..selalu aku pakai blazer, baru la nampak tag nama aku tu..

Kisah tag nama..Haritu ada mesyuarat bahagian..Mummy a.k.a bos kitaorang ada bangkitkan isu ni..masa dia tanya tu masing-masing pandang kat baju ada pakai tag tak?haha..memang sah2 la tak de..Kebetulan aku pun tak pakai blazer ni..tag nama aku kat blazer..selalu aku pakai blazer ni kalau kat ofis, aircond sejuk macam ala-ala oversea sangattt..Masa dia tanya tu majoriti tak pakai tag nama..Terus mummy tanya semua orang "ooo..orang kenal uoll yea..uoll ct nurhaliza ke, yuna ke"..semua gelak..haha

Aku rasa motif dia minta semua kakitangan dia pakai tag nama supaya orang luar yang datang berurusan ke pejabat, tahu nama staff..kadang-kadang staff dalaman tapi daripada bahagian lain pun kita tak tahu nama apa lagi orang luar yang datang berurusan dengan kita di pejabat.

Jadi kalau pakai tag nama ,senang orang yang datang & berurusan dengan kita tu, next time nak follow up beritahu "oooo..haritu saya datang, berurusan dengan Pn. Rohafiza"..Idok la, dorang cakap "ala..tak tau pulak nama orang tu..tapi orangnya badan besar2, pakai spek"..hah, ko..macamana nak cari siapakah orang yang dimaksudkan itu..Kalau ada 10 orang kat situ semua pakai spek..dah satu kerja pulak tanya sorang-sorang..

Jadi rumusannya kan senang kalau pakai tag nama..Itulah fungsi tag nama.. :D

Dapat Voucher Ganti

08:30

Alhamdulillah..kes Lazada yang aku ada up story pasal ni semalam..Selesai..Dapat voucher sebagai gantirugi..tQ Lazada :) muka ada senyum..Tengah usha nak beli apa dengan voucher tu..Betul juga customer service Lazada advice aku..Nak pulangkan balik barang, kena tanggung kos postage..tambah pulak semalam dah hari kelima penerimaan barang..harini sabtu (enam) & hari ahad (tujuh)..Prosedur dorang kena pulangkan balik barang dalam masa 7 hari dari tarikh terima..
Customer service tu beritahu pihak dorang bagi voucher sebagai gantirugi & make up pallete yang dah rosak tu aku boleh simpan..Mula-mula rasa nak buang je tapi mr hubby cakap, boleh guna tu sebab yang rosak cermin , pecah sikit kat belah depan & 1 blusher tak de..Fikir2 balik..betul jugak, yeak..nanti aku try check yang mana boleh repair..Buat aduan kat Lazada sebab nak tukar baru tapi dah tak boleh, nak buat macamana..dapat voucher gantirugi pun dah syukur alhamdulillah..

Entry berkaitan ~ oh no my makeup pallete


LifeStyle

Ganti Kad

08:30

Kad cimb yang baru..Bukan cimb keluarkan kad baru..Aku yang hilangkan kad sendiri..entah memana je la letak..
Yang punca boleh perasan hilang masa menyahut cabaran 7 hari instablog efgkbba task berkenaan wallet..

Suka sangat tukar-tukar beg..Penyudahnya hilang..Jenuh selongkar dalam laci..Hasil dari pemeriksaan mengejut tu, memang sah tak dapat di kesan, apa lagi sila la ke CIMB HQ (sebelah SOGO)..Kena bayar RM12..huhu..dah la sekarang ni memacam naik..tol la..barang la..pengajaran pada diri sendiri, jangan letak barang merata alam..sampai nak cari pun memang confirm tak dapat dikesan..

segmen

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com

18:00

Sesapa yang berminat nak joint

KLIK JE BANNER KAT BAWAH NI, K..

CEPATTTT!! hehe


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Lazada

Oh No!!My MakeUp Pallete

10:44

Order ni dari Lazada beberapa minggu lepas..Baru terima semalam..Masa order tu memang dah sedia maklum, lambat dapat..Jangkaan awal November..Sebabnya barang ni dari luar negara..Ambil masa untuk sampai ke Malaysia..

Is okey..iolls okey je..no rushing..Ni pun mr hubby yang rajin tolong belikan..Aku tak request pun..hehe..motip sangattt..padahal masa mr hubby beritahu nak beli, dalam hati melompat2..haha..Harga asal RM33.40..Selepas diskaun jadi RM17.08..Murah kan..Tu yang suka shopping kat Lazada ni..banyak benor diskaun..

Sebelum terima barang ni semalam, ada isu juga..Miscommunication..Yang aku boleh beritahu, aku tak tahu yang barang ni akan dihantar guna Pos Laju..Aku ingat kurier servis (Nationwide, Abx @ lain-lain) sebab sebelum ni mr hubby ada order barang di Lazada juga..
 Hantar guna Nationwide..

Minggu lepas (20/10/2015), aku terima sms & e-mail yang barang dah sampai..aihhh..macamana Lazada boleh update barang dah sampai..aku tak terima pun barangnya..Check punya check, barang memang dah sampai pada 19/10/2015. Masa pihak Lazada beri no. tracking (Pos Laju), baru tahu barang aku ni dihantar melalui Pos Laju..Aisehhh..Ada isu sebenarnya, office aku ni tak boleh terima barang peribadi melalui PosLaju..Kalau aku tahu awal-awal, memang aku bagi alamat Pos Laju KL Sentral untuk SELF COLLECTION..yang macam selalu aku buat..Masa call Lazada, baru tahu barang dari luar negara, penghantaran melalui POS LAJU..so take note yea korang..Kalau korang ada masalah nak guna alamat pejabat tapi tak boleh sebab ada arahan macam office aku ni..tak boleh terima barang peribadi melalui Pos Laju di pejabat..Jadi boleh cari alternatif lain..buat self collection atau letak alamat rumah..

Untuk pengetahuan, barang aku order ni memang dah sampai di Bahagian Pentadbiran tapi staff situ tak call aku padahal ada je no.telefon aku kat consignment note tu..

Malas la nak mengadu lagipun barang dah diterima pun..tapiiiiii..bukak2 je packaging, frust!!Lepas aku amik ni dari Bahagian Pentadbiran pun, aku dah syak macam something wrong..ada bunyi2..

 Serpihan cermin ni yang keluar mula-mula lepas buka packaging..belah depan tu, dah pecah..
 
Bila buka bahagian dalam..cermin seperti yang di syak, pecah..blusher, satu kosong kat tempat (rujuk gambar)..




Tindakan ~ terus call Lazada buat aduan..Nanti dorang akan e-mail minta gambar item yang rosak..Dah e-mail pun gambar kat atas ni pada pihak Lazada..tengah tunggu tindakan seterusnya..

Prosedur Lazada barang rosak, perlu di pulangkan semula 7 hari dari tarikh terima..Macam kes aku ni, walaupun barang aku terima semalam tapi rekod dorang 19/10/2015..Harini 23/10/2015 (hari kelima)..hari ketujuh (ahad)..Mungkin nak pos balik pun lambat..Jadi dari menanggung kos pos untuk pulangkan semula barang, customer service Lazada inform, mungkin pihak dorang akan bagi voucher sebagai ganti..Tak pasti lagi..Nanti apa-apa akan di update..

event

Jemputan MEDIA

10:33

KLIK GAMBAR UNTUK ZOOM

Dalam minggu lepas, aku ada terima e-mail (gambar di atas)..Jemputan MEDIA..hmmm..sedikit keliru disitu..kenapa jemput aku??aku bukan wartawan..Mula-mula aku abaikan je e-mail ni tapi lepas tu terfikir, masuk ni dah 2x aku dapat jemputan dari MaTiC..Jadiknya

disebabkan sifat ingin tahu aku ni, aku cuba call P.I.C..Nak tanya jemputan ni untuk siapa sebenarnya & kenapa e-mail pada aku?Bila dah bercakap dengan pihak MaTiC sendiri & orang yang e-mail ni balas e-mail aku, baru tahu pihak MaTiC ada jemput para blogger juga hadir ke majlis ni..Kisahhh..

 Dah tahu kisahnya, baru aku berani nak attend majlis ni..Lagipun tak pernah attend lagi event yang melibatkan blogger ni..Saja la nak tahu..Masuk ni pun dah 3x aku dapat jemputan ke event tapi aku tolak..yang mula-mula aku tak berani sebab tak pasti jemputan itu atas urusan apa?dari pihak MaTiC juga..Sebabnya P.I.C yang e-mail pada aku tak beritahu secara detail..Tetiba je dapat e-mail..So takkan nak main attend je..Yang lagi best aku ingat jemputan tu untuk bos aku..Yang ke-2 dari AABC , terpaksa tolak juga sebab mr hubby o.t..Tak ada orang nak hantar..haihh..tetiba rasa nak belajar drive balik..Yang ke-3, atas ni..Bersemangat aku nak attend..Siap cari OOTD yang rasa sesuai ke majlis ni..Sekali sampai je kat pejabat..Mummy a.k.a bos, ada la plak..huhu..terus tak jadik..harap maaf la pihak penganjur..

Hope in future pihak penganjur tak serik la invite aku yeak..hehe..Perahsann!!
                       

segmen

Segmen Blogwalking by Mirza Syazwina

09:39

Joint segmen harini..hehe..BW tadi ternampak segmen ni..tarikh untuk joint masih valid sehingga 25 Oktober 2015, 12.00 t/malam..

Jadi meh la kita ramai-ramai joint..Sesapa yang berminat, klik je kat gambar bawah ni ;)
Bukan sebarang segmen, pada yang bertuah ada hadiah misteri..

Selamat berSegmen :D

Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina

 Mana tau bertuah, dapat hadiah misteri itu..hiiii

Dapur FiezaSani

Dapur FiezaSani ~ Chicken Chop Homemade

11:06

Ni citer minggu lepas..Belajar buat CHICKEN CHOP HOMEMADE..Resipi & cikgu yang mengajar ni, adik ipar aku..

Proses nak menyediakan chicken chop ni agak renyah sikit..Jadi harap bersabar yea untuk sesapa yang berminat nak cuba..tapi hasil tak mengecewakan..mr hubby, 3 / 4 ketul sekali makan..tu maksudnya SEDAP!! ;)


Bahan-Bahan untuk perap ayam ni :

1) Peha ayam (diasingkan dari tulang & ambil isi sahaja)
2) Beberapa biji bawang putih [dikisar]
3) Halia  [dikisar] 
4)  Kicap manis
5) Sos tiram
6) Lada sulah
7) Garam

**Campurkan kesemua bahan di atas dan perap selama beberapa jam..Lagi elok perap semalaman untuk bagi semua bahan-bahan tadi meresap dalam ayam**

Selepas di perap, sediakan bahan-bahan sebelum digoreng..Setiap bahan, letak dalam bekas berasingan seperti gambar di atas..Gigih jadik model tau..heeee

1) Tepung goreng segera + tepung gandum (sedikit)..Kacau2 biar sebati
2) Serbuk Roti
3) Telur (2 biji @ lebih) bergantung pada kuantiti ayam..Pecahkan & kacau biar sebati

Salutkan ayam di dalam setiap bekas seperti gambar di atas..Mulai dari tepung goreng segera + tepung gandum, telur & serbuk roti..

**Telur & Serbuk Roti perlu sentiasa ditambah**
 
 Selepas siap proses diatas, sedia untuk digoreng

Sebelum buat proses di atas ni @ mengikut keselesaan masing-masing, boleh la sediakan kuah dahulu..

Bahan-Bahan untuk kuah : ~

Bawang Holand (dipotong dadu)
Minyak
2 sudu marjerin
1 senduk tepung gandum
Lada sulah
Kicap manis
Sos tiram
Sos lada hitam
Lada hitam (ditumbuk)
1 kiub ayam
Air (1/2 @ 1 jag)

Cara-cara untuk masak kuah :~

1) Panaskan minyak dahulu & kemudian masukkan marjerin..Kacau sehingga larut
2) Masukkan bawang holand yang telah dipotong dadu..Biar sehingga layu @ masak
3) Setelah itu,  masukkan pula tepung gandum..Selepas masukkan tepung gandum ni, terus kacau2 sehingga sebati  & masukkan air..Lenyekkan bawang separuh hancur
4) Selepas itu masukkan pula kiub ayam, kicap, sos lada hitam, lada hitam, lada sulah, sos tiram...
5) Biar sehingga mendidih & baru la di angkat

Untuk tambahan, boleh letak kentang goreng..
 

Tadaaaa!!Siap!! 

TTC

Mana nak beli Krim Furmon?

14:35

Antara popular post aku kat blog ni

v
v
v
v

KRIM FURMON

Aku pernah up post berkenaan krim ni..Boleh baca kat SINI & SINI

Ada juga yang pm kat fb tanya berkenaan kesan krim ni pada aku..berhasil ke tak?okey ke tak?Korang boleh baca kat link aku bagi atas tu experience masa aku gunakan krim ni..


 Untuk yang bertanya kat mana aku beli krim ni..Aku buat satu entry la yea..senang..mana tau nanti ada lagi yang bertanya soalan yang sama?Senang aku bagi je link ni kat korang..Atau korang boleh cari kata kekunci 'Krim Furmon" kat sidebar belah atas kanan blog ni..

Untuk info, ini bukan iklan berbayar..Tolong menolong sesama TTC  + tolong orang kita meniaga.. ;)


Dalam hadis Nabi ada mengatakan bahawa perniagaan adalah punca rezeki yang baik. 9/10 datangnya rezeki dari perniagaan 

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Okey, back to the topic..Aku beli krim ni dulu dari seorang seller tapi semalam sebab ada yang bertanya..aku try whatsapp balik dengan orang berkenaan tapi tak berjawab..Mungkin dah tukar nombor..Tak pe..ramai yang jual krim ni..Kebetulan haritu, aku ada terpandang satu iklan kat FB..Dalam iklan tu tak beritahu apa yang dia jual cuma tagline dia RAWAT RAHIM..Aku try whatsapp..Bila berbalas-balas whatsapp tu baru la tahu seller ni jual krim furmon..Memandangkan aku pernah guna furmon ni aku beritahu pada seller ni yang aku alergik..naik gatal-gatal masa guna krim ni..Seller ni ada promote satu lagi produk baru dia FERMIN..sama juga fungsi dengan FURMON..tapi yang ni khas untuk ada masalah gatal-gatal @ alergik bila guna FURMON..Untuk korang yang baru nak try FURMON atau yang dah pernah try FURMON tapi alergik macam aku, cuba la hubungi no. di bawah, k ;)

RAWAT RAHIM WANITA - 0173093062 / esya

Hope membantu korang yang tengah mencari kat mana nak beli krim furmon?

segmen

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H

11:56

Nak joint segmen..bizi pulak harini nak up entry..nak taip panjang2..

http://www.hasrulhassan.com/2015/10/segmen-bloglist-blogger-baru-1437h.html

Segmen ni anjuran blogger terkenal >> Hasrul Hassan..Terbuka untuk blogger-blogger baru..aku rasa aku dalam kategori blogger baru walaupun 4 tahun dah berblogging..lagipun sebelum ni aku tak expose sangat blog aku ni..so sekarang baru aku nak memperkenalkan blog aku pada orang luar..heeee..sebelum ni pemalu..sekarang dah kurang sikit malu nya..kononnnn..

Pada blogger-blogger baru yang berminat nak joint jugak, klik je banner kat atas, k ;)


review

Review Produk : Seri Inai Daun

11:11


Review produk yang aku guna..sharing is caring, dearies..

Hari Sabtu lepas, proses inaikan rambut..heee..mula2 nak guna daun punya..original kannn..tapi celah mana pulak la nak cari kat KL ni..Ada haritu adik sepupu & mak sedara aku balik ke Perak..Aku mintak tolong dorang bawakkan..tapiiiiii..yang sorang, daun inai tertinggal dalam train masa balik KL..lagi sorang terlupa..dah sampai KL baru ingat..hmmmm..sokay, sokay..no body perfect..

Solution lain..google..inisiatif mr hubby sebab aku citer dengan dia..hasil google, jumpa seller jual daun inai original yang dah di proses menjadik serbuk..Rujuk kat gambar bawah nama seller ni..boleh search kat fb & ig..

 Seller ni jual inai untuk jari & rambut..Mula2 aku nak beli inai untuk jari tapi bila aku tanya dengan seller ni boleh ke guna inai jari untuk rambut..Dia suggest inai rambut (pun ada dijual)..Nasib aku ringan mulut bertanya dengan dia..Terdapat dalam 2 jenis (serbuk & cecair)..Inai serbuk ada 2 size (50g & 100g), untuk permulaan aku amik yang 50g dulu..


Aku beli 50g (serbuk)..dalam ni, ada instruction untuk guna..so no worry, just follow je instruction ;)
 
Aku guna 1/2 peket & bancuh dengan air..biar selama 30minit sebelum guna untuk dapatkan warna yang sekata & cantik
Lepas dah sapu keseluruhan rambut, balut dengan shower cap..tapi yang ni aku biar dalam 30 minit je..sepatutnya 1-2 jam..Tak pe, ada 1/2 peket lagi..nanti aku sapu lagi..Hasil 30 minit yang aku sapu tu, warna perang tapi tak berapa pekat sangat sebab aku guna sekejap je..aisehhh...

Dah kenapa gedik aku nak inai rambut bagai..okey, malas nak explain..peningkatan usia..paham2 sudah,okey..heee..tapi sebenarnya aku rasa ni hasil dari aku suka rajin mengulang ke salun buat rambut yang memacam style..