ShortVacay #1 @SwissGardenBeachResortDamaiLaut

08:00

Percutian yang tak dirancang..Al-kisah, mr hubby dapat voucher dari Public Bank untuk penginapan di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut di Perak..Ada 4 voucher..setiap satu voucher RM550..rate 1 bilik RM600 lebih untuk 1 hari..kitaorang amik 2 bilik, jadik kena tambah sikit RM..stay kat situ 3H 2M..

Percutian kat Swiss Garden ni overall, okey..Banyak aktiviti yang boleh dibuat memandangkan hotel ni agak jauh ke dalam..so nak keluar balik tu mungkin orang malas..Jadiknya pihak hotel ada menyediakan aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat selain dari mandi di kolam atau laut..Aktiviti-aktiviti yang disediakan ni, ada yang free & ada yang kena bayar..jadik terpulang pada memasing..

Hotel ni ada private pantai cuma aku rasa macam tak sesuai je nak mandi sebab air dia agak keruh..heeee..tapi ada je kitaorang tengok orang lain mandi-manda tapi tak ramai sangat..aku tak kutuk tau, cuma ni pada pendapat aku je..n ada disediakan kerusi kat tepi pantai untuk korang yang nak rileks2..masa lepak kat tepi pantai ni, ada jugak ternampak kuda..n untuk yang minat aktiviti ATV..pun ada..aku dah naik masa gi kat Krabi haritu so tak pe la..memang penakut la kan..aku bukan jenis adventure..Next entry aku share aktiviti yang kitaorang buat kat sini..

Kitaorang dapat bilik kat tingkat 2..amik 2 bilik memandangkan kitaorang ber 7..bilik dia okey je..tapi kannn aku rasa macam tak berbaloi je dengan harga dia..heeee..sebab kecik & tak de apa yang menarik pun..tapi mungkin macam mr hubby cakap, situ kan tempat orang main golf..jadik tu yang mahal kowt..opss lupa lak..satu lagi yang aku tak baper berkenan sangat kat sini..banyak lalatttt..pintu bilik balkoni kitaorang ada plak ruang sikit belah atas dia, berlumba-lumba lalat masuk..naik rimas aku tengok banyak sangat lalat..then, toilet dia tak friendly user sebab tak de paip..paip dia jenis pancut kot montot tu..haih..tak sume orang suka pattern toilet macam tu..

Untuk yang berminat nak bercuti kat sini, okey je pada aku..tapi aku nasihatkan bawak la stok makanan macam maggie, roti & lain-lain kalau malas nak keluar balik cari makan..sebab for info, hotel ni agak jauh ke dalam..nak keluar balik tu, memang bercinta je rasa..macam haritu, lepas check in mak mertua aku tak nak keluar balik sebab jauh..so aku, mr hubby, adik-adik ipar & biras aku yang keluar balik cari makanan memandangkan kitaorang sampai time lunch..laparrrr..tak makan..keluar balik, kitaorang gi ke Aeon je..makan kat foodcourt situ & beli stok makanan sekali (roti, maggie, hotdog, sardin, bawang, limau,  sos, mayonis)..hehe..dah macam nak masak je kan..bawang, limau, sardin & roti tu untuk buat sandwich..hot dog, kitaorang rebus guna cerek elektrik kat bilik je..heeee..kena kreatip..
ada je kedai serbaneka dalam hotel tu tapi kan aku rasa harga dia mahal la..aku beli air tin, RM4.30..adik ipar & biras aku air ribena RM4.80..air mineral yang kecik je RM3.90..erm...tak tau la pada orang lain..pada aku & adik ipar aku, agak mahal la..

okey, meh la aku share gambar-gambar kat sini..walaupun dari story aku kat atas macam tak best je hotel ni kan..heee..tak de la kata tak best langsung..ada yang best & tak bestnya..

Voucher dari Public Bank yang mr hubby dapat..
 
view dari tempat register..cantikkkk..sejuk je mata memandang..
 
cantik..otw nak ke bilik
katil, kitaorang request king size..
 
drinking water, gula, creamer, nescafe, tea..drinking water kat sini kedekut sikit..kitaorang ada la mintak lebih, tapi limited 2 botol je sehari..ada peties tapi yang 1 bilik kitaorang stay tu, tak sejuk langsung..

mama & mr huby
 
view dari balkoni (belakang)
Aktiviti untuk budak-budak..
Aktiviti untuk dewasa..
Tuan blog & mr hubby..masa register untuk check in..
okey, sambung part 2..entry aktiviti pulak..heee..

You Might Also Like

2 Comment