AFB Feeds

Dapat bos suka membebel?Reaksi?

11:43

Kalau dapat bos yang suka membebel??

Apa reaction??tak suka..stress..menyampah..meluat..segala rasa ada..nak mintak cuti la..

haha..tu la reaksi aku memula kerja dengan bos yang sekarang ni..naik rimas sebab asik la membebel..orang lain punya salah aku jugak yang kena..kalau aku punya salah..lagi la aku kena kan??

tapi lepas dah lama bekerja dia ni..baru la boleh adapt dengan hobi utama dia iaitu membebel tu??hihi..sorry bos!!dia stress kadang-kadang dengan keja yang melambak, kejar dateline untuk hantar teks ucapan la, kata aluan la..melayan pegawai yang memacam perangai..

tambah pulak dia & suami dia PJJ (perkahwinan jarak jauh)..

kalau macam kita, yang dah kawen kalau stress @ ada masalah kat tempat keja..balik rumah mesti kita berciter dengan pasangan..macam bos aku ni, suami dia nun kat negara seberang..balik rumah, melayan mak mertua, buat kerja rumah (mungkin masak & etc)..takkan dia nak berciter dengan mak mertua dia pulak kan pasal keja-keja kat ofis..so, aku dah faham kenapa kat ofis aku yang kena dengar bebelan-bebelan dia tu..bila dengar apa yang dia cakap tu..logik la apa yang dia cakap tu..semua bersebab..dia nak trained pegawai-pegawai dia untuk kerja dengan lebih efisien & buat kerja dengan cepat..jangan suka bertangguh!!so aku, dah tau cara kerja dia macamana..aku lebih detail & kadang-kadang kena pikir macam dia pikir..maksud aku, sebelum dia tanya..aku kena tau dulu apa yang dia akan tanya..hah!!hebat tak hebat la kan..hehe..which is aku dulu, memang malas la kan nak pikir-pikir ni..tau buat je keja..tapi sejak jaga bos aku ni, kena ubah sikit cara..Bukan dengan aku je kena dengar bebelan dia tu..pegawai-pegawai lain kat sini pun sama..tapi aku nampak hasil dia..sebab dorang pun dah tau cara bos aku ni kerja macamana..jadik selalunya memang kerja on time la apa yang disuruh..sebab malas nak kena bebel dengan bos aku..hihi

dia baik sebenarnya..tapi kalau pagi-pagi mood dia tak baper nak okey sikit..kalau nak cakap dengan dia @ nak bagi apa2 kat dia..tunggu lewat-lewat sikit..tue cara dia yang aku boleh baca..

dah kenapa aku citer pasal bos aku pulak ni..kisahnya semalam ofismate aku, wasap kat aku..dia cakap bos kitaorang suka membebel..aku reply balik..hobi utama bos kitaorang ni membebel..sekian..hehe

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.