AFB Feeds

Shopping Barang Dapo Online

08:00

Percubaan shopping barang dapo secara online kat TESCO Online..

Menarik..Mr hubby punya idea beli barang dapo secara online kat TESCO..Tapi apa pun kena register dulu as member TESCO..baru la korang boleh shopping online kat web TESCO ni.

Okey jugak beli online ni..sebab

~ tak merepek beli barang yang tak penting
~ aku duk umah flat so kalau beli barang banyak-banyak, confirm2 sakit tangan time nak mengangkut barang-barang yang dah beli melambak kat TESCO tu naik ke rumah..selalunya aku ngan mr hubby memang lupa diri bila time membeli tu..semua nak amik..lupa duk umah flat..ingatkan duk umah teres..heeee
~ boleh la bajet baper yang kita nak beli..jimattt..
~ jimat duit minyak, parking (walaupun kebanyakan TESCO parking free je).. 

yang tak best pulak beli online ni
~ tak boleh pegang barang-barang..contoh macam softener..tak tau yang mana wangi..jadik main amik je la..kalau gi TESCO terus, boleh pilih hat mana yang wangi..
~ barang-barang yang kita order secara online tu, tak semuanya ada..
~ kitaorang tak beli bahan-bahan mentah macam ayam, ikan, daging sebab tak tau fresh @ elok ke tak yang nak di hantar..

Senarai barang-barang yang kita order, akan diberitahu melalui e-mail..Nanti masa orang TESCO hantar barang kat kita, kita check dulu samaada semua barang ada ke tak?kalau tak ada, boleh inform balik so dia akan tolak baper amount yang kita patut bayar..Macam aku haritu, ada 2 barang tak de dalam senarai yang di order so tolak jumlah yang kita kena bayar..Opss..lupa lak nak inform tarikh & waktu untuk delivery barang-barang kita ni, kita boleh pilih..Aku haritu, order hari Ahad tapi delivery hari Ahad penuh..jadik pilih hari Isnin, waktu penghantaran antara pukul 6pm-8pm lepas waktu kerja..

Senang kan..so lepas ni rasanya memang kitaorang beli barang dapo secara online je la..


E-Mail yang diterima, senarai barang-barang yang telah di order..

You Might Also Like

2 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.