AFB Feeds

Pilihan tekak

12:09

Yang mana pilihan tekak??


 @



Al-kisahnya semalam, ada jiran ajak datang ke rumah..katanya ada buat makan2 sikit..orang dah ajak datang makan kan..rezeki jangan ditolak..

Tengok menu yang ada Nasi Dagang (reaksi aku 'errrrr'), Roti Jala & Kuih..Jiran aku ni beria suh makan nasi dagang dia..aku dalam hati 'alamak'..bukan tak suka tau..bukan anti kenegerian pulak..tapiiiii..kalau di beri pilihan antara Nasi Dagang & Nasi Kerabu..aku akan pilih Nasi Kerabu..tapi yang ada semalam, Nasi Dagang & Roti Jala..jadiknya aku pilih Roti Jala..jiran aku duk cakap 'ooo..tak reti makan nasi dagang ke?'..aku senyum je..nak jaga hati..tapi lepas tu ada la beberapa kali dia duk repeat cakap tak reti makan nasi dagang..aku ngaku je la, aku tak baper gemor nasi dagang..kalau nasi kerabu aku suka..tapi nasi kerabu kan renyah sikit, tu jiran aku masak nasi dagang je..

dulu-dulu pun aku tak makan nasi kerabu ni sebab aku cam pelik nasi dia kaler biru..tapi sejak bila ntah, aku makan..pas tu aku rasa sedap..kena dengan selera aku..yang nasi dagang ni pulak, memang dah banyak kali aku try makan & cuba suka..tapiiiii tak kena dengan selera..masa kat ofis lama aku dulu, officer & staff ramai dari Kelantan..kadang ada yang belanja makan 1 ofis..menu utamanya Nasi Dagang..

aku tak anti tau..aku makan je makanan lain dari pantai timur ni cuma nasi dagang ni je tak baper kena dengan selera..tapi tak da la pulak aku eksen tak makan langsung nasi dagang ni..kalau ada, aku makan jugak tapi amik sikit je..macam semalam aku amik sikit je abah aku punya..

You Might Also Like

4 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.