Cara Kiraan Hari Subur

11:27

Ni aku share cara kiraan hari subur dari group kat FB..ingatkan aku nak try sbb macam senang je nak ikut..sebelum tu banyak kali jugak la aku repeat baca nak bagi paham..

Cara kiraan ni untuk yang regular cycle period..huhu..baru ingat nak try..tapi memandangkan Cik P aku jenis tak baper nak regular, aku share je kat sini..jangan kedekut ilmu..heee

Cara kiraan ni untuk memudahkan kita mengesan waktu subur..semoga membuahkan hasil..yang penting usaha..  :)

Cara yang betul dalam pengiraan hari subur (ovulation)

1. Pastikan kita catat tarikh haid selama 6 bulan sekurang-kurangnya

2. Kira average cycle day dengan cara kira cycle day setiap bulan (hari pertama haid sehingga sehari sebelum haid seterusnya) selama 6 cycle dan tambah kesemua jumlah tersebut dan bahagi kepada 6

Contoh :-
1st cycle - 27 hari
2nd cycle - 30 hari
3rd cycle - 29 hari
4th cycle - 30 hari
5th cycle - 27 hari
6th cycle - 31 hari
Average cycle day = 174/6 = 29 hari

3. Ovulation day adalah N-day di mana formula untuk N-day adalah :-
Average cycle day - 14
Contoh (ambil kiraan di atas) :-
29 - 14 = 15 (cycle day ke-15 ; bahasa mudah hari ke-15 haid)
BUKAN hari ke-14 haid (CD14) ya! Ramai yang silap di sini

4. Pada yang ada OPK, boleh mula test dari 5 hari sebelum N-day (atau 3 hari sebelum N-day pada yang mempunyai cycle day yang regular) sehingga (N+3)-day

5. Pada yang tiada OPK, bolehlah bersama suami pada (N-3)-day sehingga (N+3)-day (selang sehari ye sebab kalau hari-hari nanti sperm tak berkualiti dan penat yang boleh menimbulkan stress)

6. Namun ini hanyalah kiraan yang dikaji manusia. Segalanya dengan keizinan Allah. Jika Allah mengizinkan tanpa haid boleh ovulate, kun fayakun. Begitu juga andai ovulation day menjadi seawal CD10 atau selewat CD20, semuanya dengan izin Allah

7. Boleh juga gunakan teknik suhu basal tubuh (BBT) untuk periksa waktu subur kita
 

Sekadar peringatan bersama. Andai kita nak test UPT, pastikan :-
1. Guna urine pertama di pagi hari dengan cara kencing sedikit dan tahan. Kemudian baru tadah urine untuk diuji
2. Guna sekurang-kurangnya 2 jenis UPT yang BERLAINAN jenis dan jenama agar keputusan yang diperolehi lebih meyakinkan dan tidak ragu-ragu. Mana tahu dapat alat yang dah rosak (factory error) atau dah expired tanpa kita sedari

You Might Also Like

2 Comment

  1. dari dulu x paham2 nak kira :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita..tapi cara kiraan yang saya share ni untuk yang regular period je..huhu

      Delete