Terlajak kata

14:44

Pagi tadi, bff aku masa zaman muda remaja dulu call..sejak dia kawen, aku dah tak baper contact dengan dia sangat..segan sebab masa tu dia dah kawen..aku still single (masa tu la)..husband dia pun aku kenal..masa mula-mula dorang kawen dulu, penah la aku tido kat umah diaorang..sibuk je..orang nak honeymoon berdua..aku bzbody..haha..akceli masa tu macam tak boleh tima kenyataan, my bff dah kawen..aku, masa tu boiprend pun tak de tau..heeee..so berbalik story pada bff aku ni..lepas dia dah kawen & dah ada anak..and aku pun dah kawen..kitaorang continue keep in touch tapi tak kerap sangat..selalunya bff aku ni la call sebab luah perasaan pasal HUSBAND dia tu..dia surirumah..kadang ada time dia nak luah perasaan..dia tak tau nak cari sapa..so aku la dia call..aku okey je..kadang tu dia mintak pandangan, nasihat..so as a friend..aku advice apa yang aku tau..

tadi bff aku ni call and inform, husband dia lafazkan ayat 'TU'..tak nak mention..paham sendiri je la..aku macam tak caya je..siap tanya ngan bff aku ni, betul ke?dia cakap kat aku  bulan puasa, takkan dia nak tipu..dia nak tanya opinion aku, lepas husband dia dah lafaz petang, malam hari yang sama husband dia ajak baik semula..patut ke tak dia accept..aku macam der..nak je cakap tak payah sebab dia selalu citer pasal husband dia tu..kadang buat aku geram je dengar..sian kat kawan aku ni..dia tak keja..tak de pendapatan..memang bergantung sepenuhnya pada husband dia tu..so, dia takut nak face to reality kalau dia pilih tak nak rujuk semula..dia kena start dari mula balik..cari keja, cari tempat tinggal & bla bla..aku cakap kat dia ada baik & buruk untuk setiap pilihan dia tu..if dia pilih untuk berbaik semula, dia kena hadap perkara yang sama setiap hari..and if dia pilih tak nak berbaik, untuk mula-mula ni memang agak payah sikit untuk dia start semula..sejak kawen, dia tak pernah keja sebab husband dia tu tak bagi..grrrrr..geram je aku dengar..pangai husband dia pulak, kalau nak citer memang eiiii..geram je aku..cukup semua..tapi tak baik pulak nak citer keburukan orang..tambah-tambah di bulan Ramdan ni kannnn..

Jadik aku rasa kita as pompuan walaupun dah kawen, still kena keja..pegang duit sendiri..walaupun ramai kowt yang lepas dah kawen termasuk aku, mengimpikan untuk duk umah  goyang-goyang kaki..aku pun ada feeling macam tu..hehe..tapi memang tak la..aku keja gomen..ingat mak aku kasi benti..ngan mr hubby ku tu lagi..memang tak la..

aku tak cakap la lelaki (suami) ni jahat sangat..tapi peringatan pada diri kita..yelah, time okey tak de apa..okey la..kalau tetiba en.suami ni beralih arah..hah!!tak ke haru..lelaki..u know..tak semua la lelaki tu jahat tapi ada segelintir tu tak paham aku..dah ada isteri, ada anak (berderet lagi) tapi tetap cari kat luar..sebenarnya dorang cari apa yeak???kalau yang belum ada anak..confirm la en.suami cari alasan nak anak plak (okey, tetiba terasa kat diri sendiri..mintak-mintak tak la yea..semoga aku & hubby dapat anak sendiri nanti..Aamiin)..na mo share-share ni..tak rela rasanya..walaupun tak semua lelaki yang bergelar suami ni jahat tapi sebab sorang dua yang buat hal macamni, peringatan untuk kita..At least bila kita bekerja, kita boleh support untuk diri sendiri & anak (if ada anak)..

Dalam kes kawan aku ni, aku nasihat dengan bagi pilihan & apa kesan setiap pilihan yang dia amik..hope dia pilih yang betul..huhu..harini, dorang nak pi failkan kes kat mahkamah..terlajak kata..semalam husband dia siap panggil ustaz datang umah untuk tanya pendapat..jatuh ke lafaz yang dia sebut tu..ustaz tu cakap jatuh walaupun husband dia bitau, tak sengaja..aku nak call kawan aku tu, hp dia katanya lepas je husband dia lafazkan ayat tu, handphone dia, husband dia amik..tadi dia call aku guna handphone anak dia..kalau ikutkan kena duk asing la kan..sebab dah lafaz..huhu..tue la terlajak kata..

You Might Also Like

5 Comment

  1. MasyaAllah..moga sahabat CH tabah dan terus pandang kehadapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ dear..me too hope my fwen buat pilihan yang tepat n move on..

      Delete
  2. Me baca pun geram fiza.. nasib laa kan kite ni org perempuan... ape2 tindak tanduk suami kene redha je la..lagi masalah kalo kite org perempuan ni tak de duit...utk survive..nak2 ade anak, kalo anak sowg, takpela..leh tahan lagi, yg ade anak2 ni... segala2nya duit kan.. siap kene tarik hp tu.. Ya Allah sedihnya la...hidup kalo dah berstatus J ni...TQ share citer ni fieza..same2 pringat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tue la kalau nak citer detail lagi geram..bff saya slalu citer pun pasal hasben dia tu, saya yang dengar..eiiii..geram je..dari dulu duk nasihat bff saya ni, try cari keja..anak-anak dia pun dah besar sikit..tapi tue la, bff saya ni macam takut nak bdepan dengan dunia luar..untuk dia, dunia dia, anak-anak je..bermacam alasan bila saya nasihat..so, tak tau la nak kata apa sebab tuan punya badan sendiri takut nak keluar dari kepompong..tak tau la apa story dia sekarang..nak call dia pun, tak dapat..no.dia dah tak akfif..call no. anak dia, pun tak berjawab..

      story ni as reminder for us, kaum perempuan..

      Delete
  3. Assalam fieza,
    hati manusia
    mudah berubah
    sentiasa kena beringat2 kan3

    ReplyDelete