AFB Feeds

Terasa

10:02


Hari tu kat fb, ada terbaca pasal ni..ni kuar kat metro plak..hmmm..tak mo komen lebih2 tapi boleh dijadikan iktibar..tak salahkan pasangan ni..pahammmm..mana2 pasangan yang dah berkahwin, bila tau si isteri hamil..mesti excited..sekarang zaman teknologi..fb, ig, twitter..kalau boleh semua nak update..nak bagitau semua orang betapa gembiranya kita akan dapat baby..kadang sampai terlupa, dalam senarai kawan-kawan kita kat media sosial tu ada  yang tak de anak lagi, yang kawen lagi lama dari kita..kita plak bunting pelamin @ baru 2-3 bulan kawen dah lekat..tapi kita punya excited tu lagi lebih..ada tu baru buat test upt, air kencing kat upt tu tak kering pun lagi, terus snap gambar haplod kat fb sebab happy dabel line..punya excited..dah positip, bila gi klinik tu start la scan ke, gi routine check-up ke..gambar scan nampak baby tu satu kemestian update kat fb..kisah atau buat2 tak kisah, kawan-kawan yang belum ada anak ni, bila tengok member update macam tu terasa..tapi nak kaverline, kita komen, ucap tahniah..tapi sebenarnya terasa cuma tak nak nampak sangat..aku tau perasaan tu sebab aku kan dalam kategori yang belum ada anak so aku paham sangatttt perasan terasa tu macamana..bila tengok kat fb, member2 update 'welcome baby A..mummy & daddy happy sangat'..contoh nya la..kitaorang yang belum ada baby lagi ni terasa sangat diri ni macam kurang..tak complete as wanita..tapi bila kawan-kawan share tu, kita like @ say congrats..


Kisah ni as a reminder to me, mana tau tetiba rezeki, aku pregnant (Aamiin), tak nak over sangat update sume kat fb, ig..Suka tengok cara Lisa & Yusry KRU..Tak nampak both of them update gambar gi check up ke, scan baby ke..even gambar Lisa dah berisi sbb preggy pun tak de..Raya ni, baru ada gambar Lisa full tengah preggy..Kalau tak gambar separuh2 je..Bagusnyaaa..tak show off..may be dorang nak jaga hati kenalan @ sedara- mara dorang yang masih belum ada rezeki zuriat..Orang2 tua ada cakap, kalau dah pregnant tu jangan excited sangat..kalau nak beli barang2 baby pun, digalakkan kandungan dah masuk 3rd trimester( 7 bulan ke atas)..

You Might Also Like

4 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.