AFB Feeds

Resipi Batang Buruk yang simple

15:31

Mood raya..lagi baper hari nak raya ni..dah banyak ke buat kuih raya..ke kuih tunjuk je..hihi..kalau ikut sifat pemalas aku ni, memang kuih tunjuk la..itu pun ada ter order jugak kuih tunjuk..kawan ofis jual..
2 minggu lepas, aku & mak buat kuih raya..dapat la 3 jenis..antara 3 jenis ni, aku nak share resipi kuih raya yang paling simple..cuma part nak gulung-gulung tu bercinta sikit..nasib haritu, abah aku tolong..legaaaa..resipi ni nak share kat sini untuk rujukan aku nanti..kalau sesapa yang rasa nak try, dipersilakan..ai tak kedekut..


Bahan-bahan :~

1) Serbuk Kacang Hijau
2) Gula yang telah dikisar
3) Kulit popia/samosa


No. 1 - Serbuk kacang hijau, gula yang telah dikisar 
No.2 - kulit popia tu potong beberapa bahagian (size terpulang nak macamana)..
**mak sedara aku guna kekreatifan dia sebab dia buat sensorang..kulit popia tu, dia potong dua..gulung..pas tu baru dia gunting kecik2..ikut size yang dia nak..

No.3 - kulit popia tadi dah potong ke beberapa bahagian, kuar kan setiap lapisan & gulung..part ni, abah aku tolong..aku gulungkan je..untuk gulung, aku amik bekas benang yang dah kosong..basuh dulu, lap bagi kering pas tu start la menggulung..untuk lekatkan bila dah gulung, aku guna air..dah siap semua, biar sampai keras..nak goreng esoknya pun boleh, lagi bagus sebab dia betul-betul dah keras..

No. 4 - Bila dah keras, baru start goreng semua kulit popia tadi..
**sediakan serbuk kacang hijau + gula dalam 1 bekas..gaul sampai sebati..gula tu agak-agak nak manis ke, tawar ke..terpulang pada citarasa memasing..

No.5 - Lepas dah goreng, boleh terus masuk dalam bekas yang dah diisi dengan kacang hijau + gula tadi & gaul sampai sebati..

No.6 - done..siap..simple je kan...

Tips : kalau nak kuarkan lapisan demi lapisan kulit popia ni & nak gulung, my advice jangan bukak kipas sebab nanti kulit popia ni cepat keras..which is bila dah keras, gulung pun jadik pecah2..kalau nak pasang kipas pun, kena sipi-sipi je lah kat korang..

You Might Also Like

8 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.