Hari Isnin baru ni, aku & mr hubby gi ke PNB HQ kat sebelah Tabung Haji..Aku nak aktifkan balik buku ASB aku yang balance dah RM0.00..pffft..my mistake sebab pi kosongkan buku tu..Masa tu ingatkan walaupun balance kosong tapi akaun aktif..so buat tak kisah je la..Baru-baru ni masa bulan puasa, aku nak masuk sikit dalam akaun ASB aku ni balik untuk aktifkan semula..sebelum tu, aku check dulu sebab nak tau still aktif atau tak..pi check kat pejabat pos, staff tu suh pi ke HQ PNB sebab dorang tak boleh nak check..tak tau la memang tak boleh nak check atau staff kat pejabat pos tu malas sebab masa tu orang ramai kat pejabat pos..tak puas hati tanya dengan adik ipar aku sebab dia keja ngan pos jugak..dia cakap kalau lebih dari setahun & tak de balance dalam akaun, akaun dah tak aktif..pakej kena bebel dengan dia sekali sebab dia pernah bitau kat aku dulu tapi aku tak amik port (sebenarnya tak ingat pun dia ada cakap..hehe)..tak puas hati lagi, mintak tolong mak aku pulak..suh try masukkan jugak kat Maybank tempat mak aku keja..tapi....mak aku pun cakap yang sama..staff Maybank inform, akaun aku dah tak aktif..kalau nak aktifkan balik ASB, kena gi ke HQ dia jugak..so memandangkan aku ada akaun ASN..hat tu memang still aktif..duit yang aku nak masukkan kat ASB tu, aku masukkan kat ASN dulu..kang aku duk bawak merata, tetiba tershopping kat SOGO..aku kan boleh!!tetiba je termasuk lalu tershopping kat SOGO..

berbalik pada story gi ke PNB tu..sampai situ dalam pukul 1pm..mr hubby nak update buku ASB dia..aku plak nak aktifkan buku ASB balik..aku dah siap isi borang untuk masukkan duit..staff situ check, aku punya akaun dah tutup sebab tak de balance langsung..pffttt..kena buat akaun baru..mr hubby nak update buku, kat kaunter amik no.giliran tu je..setel..so aku kena berurusan kat kaunter lain, jadik kena la tunggu no. giliran & isi borang untuk buka akaun baru..masa aku duk isi borang baru no.2054, time dalam 1.15pm..no.giliran aku 2080..dah setel isi, tunggu la no.giliran..aku ingatkan sekejapan je sebab HQ kan..harus la efisien..kat situ bukan ada buat transaksi lain macam kat pejabat pos @ bank2..memang specialist buat ASB, ASN & yang seangkatan dengannya..memula dalam 1/2 jam ke 45 minit tu boleh maintain lagi..senyum2..main handphone..sampai pukul 2.15pm no.giliran tak naik-naik..bila tengok kat kaunter, sorang customer sampai dekat 20 minit..apa ke halnya???terus tak de mood nak main fb, ig semua..tapi hapdate jugak la kat ig pasal ni..kitaorang tengok dari 14 kaunter, 5 je bukak..tu pun dalam 2 lebey camtu, ada 1 kaunter tutup, rehat..pffttt..aptb!!!bukan tak nampak orang ramai nunggu..mr hubby dah bebel2..sambil-sambil tu, duk cari borang nak complaint..mr hubby tunggu sampai 2.45pm, no. aku still tak panggil..memang laju je mr hubby gi amik borang aduan..

ingatkan aku & mr hubby je bengang..ada 2 orang kakak belakang kitaorang pun bising..faham..baru lepas cuti raya..tapi staff2 yang keja kat kaunter tu, nengok muka senior-senior kowt..takkan la lembs buat keja..konfuse jap!!



aduan mr hubby..

No.giliran aku dipanggil, dalam 2.55 camtu..nasib staff yang kat kaunter aku berurusan tu friendly..muka tak ketat..sejuk sikit hati ahkak..

3 Comments

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Selalu jadi macam ni.. Kadang2 sakit hati.. huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Assalam fieza,
    oooo
    boleh kluor duit sampai jadi rm0.00 yer????

    ReplyDelete