AFB Feeds

Restoran Thai Kung

16:30


Hari sabtu lepas, kitaorang berbuka di Restoran Thai Kung, Ayer @8, Putrajaya. Sebelum datang sini, kitaorang dah siap2 booked melalui phone..Kitaorang pilih set 1, RM109.00 (exclude gst)..

Pagi sabtu sebelum decide ke sini, kitaorang duk google dulu cari tempat makan sedap kat area Putrajaya..baca review2 kat blog..so, hasil review dapat info katanya makanan kat sini sedap ..okey..jom order..Restoran ni memang tak de bufet Ramadhan..Kalau nak order time bulan puasa, call je dulu..nanti dorang akan bitau set-set yang ada melalui telefon sajo..

Menu dalam gambar ni ~ Ikan siakap masak 3 rasa, daging masak merah, kangkung goreng tepung

Tom Yam Kung, Ayam masak Gajus

Set 1 (yang kitaorang order)

Nasi Putih (4 orang)
Tom Yam Kung (Udang sahaja)
Kangkung Goreng Tepung
Ayam masak Gajus
Ikan Siakap masak 3 rasa
Daging masak merah
Sambal Belacan + Ulam
Tembikai (1 jug)..air ada 2 pilihan Oren/Tembikai

Selain dari tu, kat sini ada jugak pencuci mulut - pulut mangga, kuih-muih..gambor idok la aku amik sebab aluuu..masa tu dah ramai orang kowt..

Kitaorang sampai dalam kul 7.00..terlambat sebab aku gi menyoppink..hehe
Sampai2 tu, terus gi ke kaunter, bitau nama & baper orang..nanti dorang akan check dalam buku reservation..Lepas tu, dorang bitau no.meja kita..

Bila tengok atas meja set yang kitaorang order dah siap..1st impression kat situ, cepat!!

Makanan kat situ sedap tapi bak kata mr hubby ku, not so 'WOW' ..Kangkung Goreng Tepung tu sangatlah berminyakkk..aku makan, asik nak batuk je lepas makan sebab berminyak sangatt..Ikan siakap, kalau goreng garing sikit, mesti best (ni mr hubby yang komen)..yang menu lain tu, okey la sedap..boleh la boleh la..ada rasa..Sebelum berbuka kitaorang cadang nak add on tambah telur dadar..mr hubby baca review kat blog, specialty kat situ sebab kalau tengok ghupe dia lain sikit..tak tau la dorang tambah apa tapi bila pi tanya kat kaunter, nak order boleh tapi lambat sikit..tak tau la baper lama dia punya lambat..kitaorang order air kosong 1 jug sampai habis makan, tak sampai..masa bayar, ada sorang abg yang bayar lepas aku, aku dengar dia bitau kat cashier, sotong hat dia order tak sampai..okey, fioneeee..paham, bulan puasa..orang ramai..tak menang tangan..

Jadik kalau nak makan kat sini time bulan posa, sila la buat tempahan siap-siap..nak tambah apa, nak menu apa..bitau masa order..so, sampai-sampai je kat restoran, sume dah siap..

You Might Also Like

1 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.