AFB Feeds

Krabi - Day 4

15:14

Aktivity hari ke-4

Hong Island

Seperti biasa, lepas breakfast terus turun tunggu kat lobi..nanti van datang amik kat hotel..
Untuk ke Hong Island ni, naik bot dari tempat lain..

Hong Island ni, menjelajah ke Hong Island's Lagoon | Pakbia Island | Lading Island | Hong Island's Bay

Personal opinion aku antara Phi Phi Island & Hong Island ni..aku pilih Hong Island sebabbbb tak rushing macam trip Phi Phi Island..Dalam trip ke phi phi Island ada 7 tempat untuk dijelajah jadik agak terkejar-kejar..Untuk Hong Island ni 4 tempat je, pemandangan kat pulau-pulau yang dalam trip ni lebih cantik, rilex sebab tak ramai orang macam yang trip ke Phi Phi Island..Aktiviti sama macam kat Phi Phi Island jugak mandi laut & snorkelling..tapi aku lagi suka snorkelling yang kat Hong Island sebab dia bukan snorkelling tengah-tengah laut..plus kat salah satu pulau ni, masa mandi kat laut ikan berenang-renang kat tepi..syiokk..aku tau sebabnya aku pun mandi laut..sambil mandi sambil tengok ikan kat tepi berenang..boleh main-main lagi dengan ikan tu..cuma tak dibenarkan bagi ikan makan..

Sementara tunggu orang lain sampai..meh bergambor dulu..view kat sini cantik sangatttt..nampak tak 2 bot belakang kitaorang..tu la bot kitaorang naik..
cantik tak???

mama & adik ipar aku..


tunggu turn nak amik gambar kat buai ni,tau..

kenalan baru mama..mama peramah..  ;)

adik ipar aku..posing dalam air harusss ada..

berkenan benor amik gambar kat long tail boat ni..


keprihatinan seorang abang..hehe

1st stop untuk snorkelling..kan dah habaq, snorkelling dia bukan tengah-tengah laut..


tak ramai sangat orang..tak crowded macam trip ke Phi Phi Island..

ni muka sedey okey..lunch ada tapi tak HALAL..ate camne nak makan..tu muka tak baper nak ceria tu..

buai laju-laju..
legaaaa..dapat makanan..baju merah belakang aku, tu la BOND..
Dapat gak makan..nak jadik citer dalam aktiviti trip Hong Island ni..ikutkan ada disediakan lunch tapi tapi tapiiiii..tak HALAL..kisahnya pemandu bot kitaorang bitau kat mama & adik ipar aku..kan dorang duk kat depan dalam bot..aku lupa macamne ntah pemandu bot tu boleh terbukak citer yang makanan disediakan tu tak halal..pemandu bot ni islam..dia siap tunjuk lagi bekal dia bawak dari rumah..uwaaaa..adik ipar aku dah moody..dah dia tak makan apa dari pagi..

Sekali rezeki, boleh pulak aku terserempak dengan tour guide semalam yang kitaorang gi ke Phi Phi Island..Aku ingat nama dia Bond..Bond ni yang perasan aku dulu..dia tegur aku..so lepas tu mr hubby saja tanya yang group kitaorang ikut utk Hong Island ni halal ke tak kat si Bond ni?aku tak ingat dia cakap apa..lupa derrr..tapi mungkin dia tengok kitaorang was-was tak amik makanan pun dengan group kitaorang tu, dengan baik hati, dia suh kitaorang amik makanan dari group yang dia punya..kat sini, travel agen dah siap pack makanan dalam polisterin ataupun macam kitaorang makan ni..tak de restoran macam kat Phi Phi Don..yang group kitaorang, makanan dah siap pack dalam polisterin..group Bond ni, kena amik sendiri..dorang letak nasi, lauk & air atas meja..masa aku amik makanan kat group Bond ni, ada la 2 orang mat ngan minah salleh group dia usha je aku..rasa nak cucuk bijik mata..dah rasa serba salah nak amik banyak-banyak..amik sikit je la..buat lapik perut..aku & mr hubby share..walaupun tak cukup, jadik la..dah habis makan, mr hubby bagi tips kat Bond ni 100 Bhat & say TQ sebab bagi kitaorang makan..yelah orang berbudi, kita berbahasa..yea dak..

ni kat Hong Island's Lagoon..Memang cantik sangat..tempat dorang berkayak..yang mandi pun ada kat sini..



adik ipar aku, berani tul..aku penakut sikit..imaginasi aku tinggi..hehe

ready to snorkelling..

ni tempat ke-dua untuk snorkelling..memang cantik gilerrr..kat situ snorkelling, kat situ mandi..tak baper dalam sangat air dia..tu aku cakap tadi, mandi sambil tengok ikan berenang-renang kat tepi..tak payah snorkelling pun tak pe..nampak ikan-ikan dalam air tu..jernih air dia..

BOND..tour guide kitaorang masa kat Phi Phi Island..awat la travel agen yang kitaorang beli pakej ni, tak bagi kitaorang ikut group dengan dia jugak untuk aktiviti Hong Island ni..





walaupun tak berkayak..gaya harus ada, hokay..

Balik dari aktviti ni, kitaorang accident..alhamdulillah, kitaorang tak de apa-apa..cuma terkezut je..sebab semua keletihan lepas abis aktiviti..nasib la van kitaorang naik ni memang tahan lasak..salah trak pikap tu sebab aku nampak trak ni turun bukan main laju dari bukit belah kanan..brek rosak ke hapa..tak tau la..aku dah terdetik dalam hati 'dan ke van ni lepas'..sekali elok abis cakap dalam hati, terus trak pikap ni tuju kat van kitaorang..yang terlibat dalam accident ni van kitaorang naik ni, trak pikap, keta & tut-tut..yang tut-tut ni ada sorang penumpang dia pengsan..balik ke hotel, kitaorang tunggu van lain datang amik..tukar van..

okey, jom cekidaut perBelanjaAn hari ke-4..untuk hari ke-4 ni, kitaorang dinner beli kat gerai-gerai tepi jalan Aonang tu je..save bajet plus semua macam fobia sebab baru lepas accident..jadik tapau, makan dalam bilik je..


Tips kat Hong Island : 100 Bhat (RM11.15)
Mango Smoothie : 40 Bhat (RM4.40)
Coconut Ice Cream [3 orang] : 120 Bhat (RM13.40)
Fried Rice Tom Yam [3 orang] : 180 Bhat (RM20.06) 
Pancake : 40 Bhat (RM4.40)
Sticky Mango Rice [2 orang] : 60 Bhat (RM6.70)

540 Bhat (RM60.20)

You Might Also Like

1 comments

  1. Assalam fieza,
    laaaaaaaa
    mana aci makanan tak halal
    masa boked pakej deme tak kabor ker makanan halal?

    ReplyDelete


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.