AFB Feeds

Krabi - Day 2

09:33

**Entry ni memang akan panjang berjela sebab aku combine sume aktiviti hari ke-2**

Aktiviti hari ke-2 di Krabi
 Hot Spring Waterfall + Emerald Pool + ATV Adventure
Apa-apa hal bekpes dulu..ni la bekpes kitaorang setiap pagi masa kat Krabi sebabnya kitaorang tak amik pakej breakfast kat hotel..jadik beli roti dengan tuna mayonaise ni je..dah abis tuna mayonaise ni tukar plak perasa lain..yang penting HALAL ;)


Dah brekfast, turun kat lobi..ikut program, pukul 8pg van akan amik kat hotel..for info, setiap pakej yang kita amik ni ada disediakan pengangkutan, makan tengah hari  & air mineral / air botol (etc : coke) 


1st - HotSpring Waterfall
Kat sini, travel agen bagi masa 45 minit kalau tak silap..sorry lupa sebab dah lama kan baru aku hegeh2 nak hapdate kat blog....
Nampak tak belakang kitaorang tu..itu la kolam air panasnya..nak mandi boleh..nak rendam-rendam kaki pun boleh..


kitaorang rendam-rendam kaki je..tapi masa nak ke sini,kaki aku lenguh giler..saja la rendam kaki dalam kolam air panas ni..sampai habis aktiviti kaki aku tak rasa lenguh..dah balik hotel pun, maintain..suka..suka..suka

kat sini ada pedal boat..bayaran tak ingat..tapi rasa aku murah je..tak ramai pun yang naik..
tue la pedal boat nya..
cantik tak..

2nd - Emerald Pool
Nak masuk ke sini, kena jalan kaki so dari entrance nak ke Emerald Pool ni jarak 800m..waaaa..masa masuk tu, tak pasan jalan dia mendaki..rileks je jalan walaupun penat, okay..baper kali konar..tak sampai-sampai kat emerald pool nya..

Ni la emerald poolnya..mr hubby gheti berenang so ahkak yang tak baper nak gheti berenang ni, duk tepi rendam kaki di gigi-gigi air je la yeak..

berair kat area ni sebab batu-batu dia berlumut..kena hati-hati sikit jalan..

mintak tolong orang amik gambar kitaorang ber-2 ni..heeeee

ada gaya modal tak? ;) sebenarnya fenatttt berjalan..

waa..masa nak keluar ni baru pasan jalan kat sini turun bukit so maksudnya masa masuk tadi mendaki..patut la mengah..pftttt

untuk sesapa yang nak ke sini bawak mak ayah @ warga emas,  tak baper nak galakkan sangat..sebab kena jalan kaki agak jauh..800m nak masuk, 800m nak keluar..total 1.6km 
3rd - ATV Adventure
Aktiviti ni memang adventure sungguh..aku ni jenis tak baper nak adventure tapi sian lak mr hubby sensorang..so berani-beranikan diri walaupun kecut perut wei..aku bukan gheti drive..ate camne gaya nak bawak atv nya..masa sampai-sampai kat sini, kitaorang kena tunggu 1 group tak abis lagi..sementara tunggu tu jantung aku dup dap dup dap..jangan kira..duk tanya dengan jurulatih kat situ..dia cakap sebelum masuk dalam hutan, dorang akan bagi training bawak atv ni dalam 2-3 pusing kat satu tempat dalam area situ dulu..kalau rasa confident baru dorang akan start tour..

nampakkkk..berlakon sangat..padahal muka cuak..mr hubby cakap..

lepas dah berlatih ntah baper kali pusing naik atv tu, aku yang tak lepas-lepas..yang lain sume okey..aku sendiri tak confident weiii..jurulatih bgi pilihan kat aku..aku request nak naik ngan mr hubby je..mula-mula ingatkan mr hubby nak naik atv, sekali mr hubby punya atv tu macam problem..so mr hubby tukar nak naik keta kecik ni..aku lupa la nama keta ni apa..hehe..

legaaaa..hehe..duk sebelah je..
1st stop untuk amik gambar..mula-mula aku macam apasal benti kat sini..upenya pekerja-pekerja atv ni offer amikkan gambar berlatar belakang kat sini..cantik..nanti ada satu lagi tempat dorang stop untuk amikkan gambar..


ni la group aku..aku & mr hubby belakang sekali..yang depan kitaorang ni semua 1 family mat salleh..


Gambar bawah ni tempat ke-2 dorang benti untuk amikkan gambar..masa ni aku & mr hubby dah tak duk sekali dalam keta..aku kena naik 1 keta dengan salah sorang tour guide atv ni..sebabnya masa naik bukit, keta kitaorang ni tak boleh nak daki bukit tu..jenuh tekan..jadik dorang rasa mungkin sebab faktor beratttt sangat kowt, itu aku kena naik keta lain..tapi nasibbbb baik sangat aku tak gagah gak bawak atv tau..jalan dia very da adventure..mau nangis kalau aku bawak..ada jugak yang aku turun suh dorang bawak, aku nak naik keta je..hehe

mr hubby
introduce driver i..heeee

dah abis aktiviti atv tour , dorang akan bagi ni..wet tissue tu untuk lap muka sebab sepanjang jalan masa aktiviti atv jalannya berdebu..air tu memang da best la sebab masa ni cuaca panas
sebelah tempat kitaorang rehat lepas aktiviti atv ni ada gajah mandi..

Rasanya atv track dengan elephant track ni sebelah-sebelah je..kitaorang decide tak nak naik gajah walaupun gajah trademark Thailand..hasil google sebelum datang ke Krabi ni, ramai duk story dorang naik gajah experience tak baper nak best sebab tuan gajah tu pukul-pukul kalau gajah tu masa tengah berjalan tetiba benti la..makan la..atau tak dengar cakap tuan dia..ada 1 blog tu, aku baca lepas dah abis dorang naik gajah, ada la sesi bagi makan & tangkap-tangkap gambor bersama gajah..masa dia tangkap gambor ngan gajah yang dia naik tu, dia nampak gajah tu meleleh air mata sebab sebelum tu masa dia naik, memang tuan gajah tu ada pukul-pukul gajah tu sebab gajah tu tak dengar cakap..waaaaa..ai is jiwa sensitip sikit, hokayyy..tak boleh tengok haiwan kena dera ni..jadik tak payah la naik gajah..jadik kitaorang pilih atv adventure..

petang lepas dah abis aktiviti, kitaorang balik hotel..rehat jap..mandi-mandi..kuar balik..gi jenjalan kat area pantai Aonang..jalan kaki je sebab dekat dengan hotel kitaorang..kat sini la ada pancake yang glams tu..PANCAKE ROTEE YAMINLAH..baca review kat blog-blog, sume cakap datang Krabi harus cari  pancake yaminlah ni..apa lagi..jom serbu..gerai dia paling ujung sekali..sederet ni sume gerai-gerai..korang pilih la nak makan apa..pelbagai..gerai lain pun ada jual pancake ni tapi aku tengok macam nipis je pancake nya so memang tak try la kat gerai lain..baper hari stay sini, memang beli kat Yaminlah ni je..sedap, rangup..Lepas dah makan pancake, kitaorang pi jalan-jalan kat pantai Aonang ni..nak cari topi, monopod & cari tempat untuk dinner plak..
abang ni boleh cakap b.melayu slang Kelantan..senang nak order..
 ni aku punya Nutella banana pancake..mr hubby amik butter peanut..

mango sticky rice..not bad rasa dia..tapi aku bukan penggemar pulut..
erm..nak bitau baru beli topi tu sebab esok nya aktiviti pulau pulak..panas..hehe
try monopod baru..lepaksss tepi pantai.. 
hari ke-2 dinner kat sini..harga agak mahal hokayy..kitaorang amik goreng-goreng sebab nak murah..bila dah total, mak aih..korang tengok la total perbelanjaan kat bawah..
Sementara tunggu makanan sampai, apalagi meh wefie..hehe
dah abis dinner, naik tut tut balik ke Hotel..sebab naik tut tut..kitaorang jalan punya berjalan sepanjang pantai Aonang tu dah jauh giler dari hotel..sepanjang-panjang pantai Aonang ni, berderet-deret kedai kalau nak beli cenderamata..mana nak pasan dah terlajak sampai ke depan..aku duk cari monopod la..topi la..pffft..
eiii..naik tut tut ni aku tak ingat baper bhat..so aku tak masukkan dalam perbelanjaan..tue la hegeh-hegeh nak hapdate ;)

Jom kira..perbelanjaan di hari kedua:~

Pancake + Sticky Mangga : 110 Bhat (RM12.10)
**Banana + Nutella = 40 Bhat (RM4.40)
**Butter Peanut = 40 Bhat (RM4.40)
**Sticky Mangga = 30 Bhat (RM3.30)
Strawberry Smoothie : 30 Bhat (RM3.30)
Mango Smoothie : 40 Bhat (RM4.40)
Monopod : 250 Bhat (RM27.50)
Topi : 200 Bhat (RM22.00)
Makan Malam : 435 Bhat (RM47.85)
**Nasi Goreng Pattaya 
**Nasi Goreng Tom Yum Prawn
**2 Mineral Water
**Teh ais

Total perBELANJAan Hari Ke-2

1,065 Bhat (RM117.15)

You Might Also Like

10 comments

  1. bestlah banana Nutella tu.. Mengancam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..memang mengancam + sedap..masa kat Krabi, hari-hari wajib beli pancake banana nutella ni..hiiiii

      Delete
  2. Assalam fieza,
    he3
    iols pun penakut cam uols jugaks
    adventure2 ni tak layan
    seb baek hubby pun sama penakut cam iols
    anak lagiiiilaaaaaaa penakut pahit he3

    p/s : tu la kan3, kalo deme2 yang naek gajah tu mesti cakap sian kat gajah kena pukui kan3 sob3

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam dear

      memang penakut jugak tapi berani kan diri sebab nak temankan mr hubby..bersemangat nak naik atv..nak naik gajah, sian lak kat gajah-gajah tu kalau kena pukul ngan tuan dia..rasa nak try tapi hati kecik..tak boleh ar nampak haiwan kena pukul ni..mr hubby cakap macam kitaorang bayar naik gajah tu untuk gajah tu kena pukul je..huhu..so tak pe la, baik naik atv..new experience.. :)

      Delete
  3. macam-macam rupenye kt Krabi ni,ingtkan pulau je..best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulau-pulau dia cantik, dear..tapi selain pulau, ada gak aktiviti lain boleh buat.. ;)

      Delete
  4. kak..u look berisi skrg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..memang pun lyza..berat haritu timbang 51..heeee..

      Delete
  5. wow...Fieza, byk tempat fieza pegi... bestnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. explore Krabi katanya..5 hari 4 malam kat sana..mau tak byk tempat yang explore..hiiii

      Delete


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.