AFB Feeds

Kenapa aku suka shopping online

09:30

Sapa yang suka shopping online..angkat tangan..okey, kita geng..heeee

ada yang tak suka..takut kena tipu tambah sekarang ni banyak seller yang suka nau menipu..dah amik duit, barang tak dapat..disebabkan beberapa seller yang macam ni la orang jadik was was nak beli secara online..ada sesetengah orang pulak jenis nak beli apa-apa barang mesti nak pegang item tu..contoh macam baju, nak tau okey ke kain dia..sejuk ke panas ke jenis kainnya..pas tu nak try, tengok size okey ke tak ngan badan..kang kalau tak sesuai, dah kena return balik kat seller..tambah kos postage pulak..belum lagi, yang masa tengok gambar..terus jatuh cinta..sekali bila barang dah dapat, pfffttttt..indah khabar dari rupa..

Aku suka beli online sebab..sebab..aku MINAT..boley!!..hehe..scroll..scroll..pas tu kalau ada yang terbekenan, terus WA seller..tapi selalunya banyak gak barang yang aku berkenan ..agak iG aku tu, kemahenn ramai seller folo ig aku..kenkadang aku folo balik..lepas sebulan dua aku unfolo sebab item-item yang dijual tu tak menarik perhatian aku..heee..seller-seller ig tu memula aku folo sebab dorang kan buat private akaun..so nak tengok item dorang jual, kena la folo dorang..hagak dah lama, aku nengok macam item dia tak best..aku unfolo..tak kijam tau..cuma beli barang ikut keperluan (konon sangat), padahal....malas nak habaq

kenapa aku suka shopping online??meh aku list kan kat bawah :~

1) Mr hubbyku itu kalau weekend tak baper gemor keluar jenjalan sebab takut wife dia ni lupa diri bila masuk shopping complex @ tempat yang ada jual baju ke, beg ke ataupun barang-barang pompuan..semua nak..paling shopping complex yang mr hubby suka bawak..Low Yat Plaza..which is ????..dalam hati aku macam "ala,Low Yatttt?..bawak la times square ke, mid valley ke..hehe"
tapi selalunya mr hubby suka bawak aku ke Low Yat ni sebab nak cari barang-barang I.T.so, ahkak folo je la..husben keja I.T.jadik kena paham la minat dia pada barang-barang I.T. ni macam aur dengan tebing..hah!!berperibahasa ko..dah tu minat aku pada shopping acane plak kann?

2) Sekarangkan cuaca panasss sangat..aku pulak sejak2 dah meningkat usia ni kalau cuaca panas sangat, sakit kepala..kalau hari jumaat time lunch aku keluar tu, siap bawak payung hokay..

3) Bila shopping online, tak terasa sangat duit keluar sebab main transfer2 je..tau-tau balance tinggal RM1.00..heee

4) Shopping online ni, jimat sikit duit parking, minyak, tol, makan..hehe..sebab ko cuma perlu scroll scroll je kat ig @ fb tu, pas tu pilih, bayar & tadaaa..tunggu barang sampai..kan senang..semua di ujung jari je..

Ni la antara sebab-sebab aku suka benor shopping online..tak banyak, ada 4 reason je..kalau sesapa folo ig aku, pasan kowt..banyak gak aku update bila dapat barang yang di order..dah macam peghak je ghupenya, sikit-sikit update..sekarang aku kurangkan sikit update kalau dah tima barang  yang di order secara online ..so far, aku beli secara online ni tak pernah lagi kena tipu..barang tak dapat..tapi ada sekali la, aku order barang lain..dapat barang lain..tapi nasib baik seller tu baik hati..dia post barang yang betul & barang yang salah tu dia bagi free je..ikutkan aku nak post balik sebab aku memang tak guna barang tu..tapi dah dia bagi free, hamik je la walaupun aku tak guna..aku nak bagi kat orang, tak tau sapa yang guna..eh, lupa lak..yang aku dapat free ni,  Sabun ALPHA ARBUTIN..Sesapa yang nak, boleh ar tinggalkan komen kat bawah ni..aku bagi free..bayar kos postage je..fungsi sabun ni, sila tanya mr.google, hokay!!



You Might Also Like

3 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.