AFB Feeds

Jalan-Jalan Cari Makan

Restoran Thai Kung

16:30


Hari sabtu lepas, kitaorang berbuka di Restoran Thai Kung, Ayer @8, Putrajaya. Sebelum datang sini, kitaorang dah siap2 booked melalui phone..Kitaorang pilih set 1, RM109.00 (exclude gst)..

Pagi sabtu sebelum decide ke sini, kitaorang duk google dulu cari tempat makan sedap kat area Putrajaya..baca review2 kat blog..so, hasil review dapat info katanya makanan kat sini sedap ..okey..jom order..Restoran ni memang tak de bufet Ramadhan..Kalau nak order time bulan puasa, call je dulu..nanti dorang akan bitau set-set yang ada melalui telefon sajo..

Menu dalam gambar ni ~ Ikan siakap masak 3 rasa, daging masak merah, kangkung goreng tepung

Tom Yam Kung, Ayam masak Gajus

Set 1 (yang kitaorang order)

Nasi Putih (4 orang)
Tom Yam Kung (Udang sahaja)
Kangkung Goreng Tepung
Ayam masak Gajus
Ikan Siakap masak 3 rasa
Daging masak merah
Sambal Belacan + Ulam
Tembikai (1 jug)..air ada 2 pilihan Oren/Tembikai

Selain dari tu, kat sini ada jugak pencuci mulut - pulut mangga, kuih-muih..gambor idok la aku amik sebab aluuu..masa tu dah ramai orang kowt..

Kitaorang sampai dalam kul 7.00..terlambat sebab aku gi menyoppink..hehe
Sampai2 tu, terus gi ke kaunter, bitau nama & baper orang..nanti dorang akan check dalam buku reservation..Lepas tu, dorang bitau no.meja kita..

Bila tengok atas meja set yang kitaorang order dah siap..1st impression kat situ, cepat!!

Makanan kat situ sedap tapi bak kata mr hubby ku, not so 'WOW' ..Kangkung Goreng Tepung tu sangatlah berminyakkk..aku makan, asik nak batuk je lepas makan sebab berminyak sangatt..Ikan siakap, kalau goreng garing sikit, mesti best (ni mr hubby yang komen)..yang menu lain tu, okey la sedap..boleh la boleh la..ada rasa..Sebelum berbuka kitaorang cadang nak add on tambah telur dadar..mr hubby baca review kat blog, specialty kat situ sebab kalau tengok ghupe dia lain sikit..tak tau la dorang tambah apa tapi bila pi tanya kat kaunter, nak order boleh tapi lambat sikit..tak tau la baper lama dia punya lambat..kitaorang order air kosong 1 jug sampai habis makan, tak sampai..masa bayar, ada sorang abg yang bayar lepas aku, aku dengar dia bitau kat cashier, sotong hat dia order tak sampai..okey, fioneeee..paham, bulan puasa..orang ramai..tak menang tangan..

Jadik kalau nak makan kat sini time bulan posa, sila la buat tempahan siap-siap..nak tambah apa, nak menu apa..bitau masa order..so, sampai-sampai je kat restoran, sume dah siap..

Jalan-Jalan Cari Makan

Eye's Steak

14:17

Jalan-Jalan Cari Makan Versi FiezaSani..jom cekidaut..saja je time bulan posa,ptg2 ni, buat korang terliur..haha..jangan kata korang, aku yang taip ni pun sama hokay..

Hari jumaat punya citer, lepas berbuka dalam pukul 9.00 lebih, kitaorang gi ke outlet Eye's Steak kat Bandar Kinrara, Puchong..lokasi Eye's Steak yang kat sini dalam kedai mamak..


Kitaorang rasa, SOS dia SEDAP tapiiii mungkin sebab tak ramai sangat orang datang makan kat situ jadik daging-daging yang ada tu tak baper fresh..erm..aku amik ayam..so tak rasa sangat..but mr hubby amik Mixed Grilled which is daging lembu, kambing & ayam..bila time kunyah daging tu rasa macam *** sikit..aku ada gak rasa..1st, aku memang kureng sikit kalau part daging ni sbb liat..2nd, sebabkan bila masa kunyah tu, rasa macam daging tu tak baper nak fresh jadi nak telan pun amik masa..dari segi price, aku rasa MURAH compare tempat lain yang slalu kitaorang makan western food..

but our honest opinion..mungkin boleh improve lagi next time..walaupun daging dia tak baper nak fresh, mungkin daging lama tpi sebab sos dia sedap, kitaorang bagi 3 bintang..yay!!!!

da menu
Mine ~ Chicken Chop RM7.90
Mr hubby punya Mixed Grill RM15.90

Shopping

Kenapa aku suka shopping online

09:30

Sapa yang suka shopping online..angkat tangan..okey, kita geng..heeee

ada yang tak suka..takut kena tipu tambah sekarang ni banyak seller yang suka nau menipu..dah amik duit, barang tak dapat..disebabkan beberapa seller yang macam ni la orang jadik was was nak beli secara online..ada sesetengah orang pulak jenis nak beli apa-apa barang mesti nak pegang item tu..contoh macam baju, nak tau okey ke kain dia..sejuk ke panas ke jenis kainnya..pas tu nak try, tengok size okey ke tak ngan badan..kang kalau tak sesuai, dah kena return balik kat seller..tambah kos postage pulak..belum lagi, yang masa tengok gambar..terus jatuh cinta..sekali bila barang dah dapat, pfffttttt..indah khabar dari rupa..

Aku suka beli online sebab..sebab..aku MINAT..boley!!..hehe..scroll..scroll..pas tu kalau ada yang terbekenan, terus WA seller..tapi selalunya banyak gak barang yang aku berkenan ..agak iG aku tu, kemahenn ramai seller folo ig aku..kenkadang aku folo balik..lepas sebulan dua aku unfolo sebab item-item yang dijual tu tak menarik perhatian aku..heee..seller-seller ig tu memula aku folo sebab dorang kan buat private akaun..so nak tengok item dorang jual, kena la folo dorang..hagak dah lama, aku nengok macam item dia tak best..aku unfolo..tak kijam tau..cuma beli barang ikut keperluan (konon sangat), padahal....malas nak habaq

kenapa aku suka shopping online??meh aku list kan kat bawah :~

1) Mr hubbyku itu kalau weekend tak baper gemor keluar jenjalan sebab takut wife dia ni lupa diri bila masuk shopping complex @ tempat yang ada jual baju ke, beg ke ataupun barang-barang pompuan..semua nak..paling shopping complex yang mr hubby suka bawak..Low Yat Plaza..which is ????..dalam hati aku macam "ala,Low Yatttt?..bawak la times square ke, mid valley ke..hehe"
tapi selalunya mr hubby suka bawak aku ke Low Yat ni sebab nak cari barang-barang I.T.so, ahkak folo je la..husben keja I.T.jadik kena paham la minat dia pada barang-barang I.T. ni macam aur dengan tebing..hah!!berperibahasa ko..dah tu minat aku pada shopping acane plak kann?

2) Sekarangkan cuaca panasss sangat..aku pulak sejak2 dah meningkat usia ni kalau cuaca panas sangat, sakit kepala..kalau hari jumaat time lunch aku keluar tu, siap bawak payung hokay..

3) Bila shopping online, tak terasa sangat duit keluar sebab main transfer2 je..tau-tau balance tinggal RM1.00..heee

4) Shopping online ni, jimat sikit duit parking, minyak, tol, makan..hehe..sebab ko cuma perlu scroll scroll je kat ig @ fb tu, pas tu pilih, bayar & tadaaa..tunggu barang sampai..kan senang..semua di ujung jari je..

Ni la antara sebab-sebab aku suka benor shopping online..tak banyak, ada 4 reason je..kalau sesapa folo ig aku, pasan kowt..banyak gak aku update bila dapat barang yang di order..dah macam peghak je ghupenya, sikit-sikit update..sekarang aku kurangkan sikit update kalau dah tima barang  yang di order secara online ..so far, aku beli secara online ni tak pernah lagi kena tipu..barang tak dapat..tapi ada sekali la, aku order barang lain..dapat barang lain..tapi nasib baik seller tu baik hati..dia post barang yang betul & barang yang salah tu dia bagi free je..ikutkan aku nak post balik sebab aku memang tak guna barang tu..tapi dah dia bagi free, hamik je la walaupun aku tak guna..aku nak bagi kat orang, tak tau sapa yang guna..eh, lupa lak..yang aku dapat free ni,  Sabun ALPHA ARBUTIN..Sesapa yang nak, boleh ar tinggalkan komen kat bawah ni..aku bagi free..bayar kos postage je..fungsi sabun ni, sila tanya mr.google, hokay!!



SUAMI ISTERI

08:30




Sharing info ni dengan korang..Sumber dari FB..



citer lawak

Kesian Laki :D

09:30

Laki telefon,
Laki : Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?

Bini : Tak mau bang, bini awak diet...



Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa...

Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tidur bilik sebelah....

Bila laki tanya balik,

Laki : Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....

Bini : memangla orang kata tak mau apa-apa...Tapi belikan jer la apa-apa.... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Laki : Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?

-----------------------------------------------------------------
Laki telefon bini,
Laki :Petang ni awak nak masak apa Yang?

Bini :Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik kerja ni Abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik kerja.. Singgah kedai mamak, Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben...Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bini : Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!

Laki :Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
----------------------------------------------------------------
Bini : Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang, Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke... Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii....Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik... Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bini : Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
----------------------------------------------------------------
Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

----------------------------------------------------------------
Bini : Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau,Abang tak kesian bini abang ker...Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulung la lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..

Bini : Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?

kenapa? kenapa? kenapa?????????????
---------------------------------------------------------------
"Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi...."

"Nak bagi pakai baju mana ni Yang...?" <--- laki tanya
"Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu... pakaikan jerlah baju mana-mana pon... bukan ada org nk tengok ponnn... 
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju.... "

"Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha..."
Kesian lelaki... alahaii....

citer lawak

Kena test dulu :D

08:00



screenshot kat fb..sorry cam blur sikit2..hehe..saja nak share kat sini..

lawaksss kowt..hehe..aku baca kat fb, terkekek gelak sensorang depan pc..

bisnes kecil-kecilan

Jom order :D

11:32

Pengumuman..sesapa yang nak order kuih raya, boleh contact adik sepupu aku..nombor, harga ada tertera kat bawah..adik sepupu aku baru je start biz kecil-kecilan jadik untuk permulaan ni dia buat 2 jenis ni je dulu untuk test market..

kalau nak C.O.D, area Ampang shj..selain dari kuih raya ni dia baru gak start buat biz tauhu bakar delivery..hah!!kelas ko jah..mampu buat tauhu bakar delivery..hehe..kalau nak order, pun boleh..tapi yang duk area Ampang shj..


Tauhu Bakar Delivery


feedback customer 


Kalau korang nak order kuih raya untuk raya nanti @ tauhu bakar untuk juadah berbuka puasa, ctc no.yang tertera kat atas tu..

sedap ke idok..hmm..kena la try beli dulu, baru tau..kang aku cakap sedap..tak fair pulak..mentang2 adik sepupu yang jual, semua sedap..na mo la cam tu..jadik korang beli & nilai la sendiri sedap ke idok..heeeee..tapi pada aku, adik sepupu aku ni bab-bab masak memang insyaallah terer..lagi terer dari aku.. ;)

Stress jap

15:50

Korang dah beli baju ghaya..Aku dah beli haritu..beli online je..sekarang kan senang scroll scroll je kat ig..memacam ada..aku beli masa sebelum puasa haritu..baju raya yang aku dah beli ni akcelinya bukan pilihan utama..pilihan utama aku baju kebaya yang jenis indonesia style..aku ada folo ig seller yang jual baju kebaya ni lepas ternampak dia duk promote baju-baju yang dia jual semua cantik plus menepati citarasa aku..kan mahennn..heeee..memang aku berkenan giler-giler..tapi kebanyakan baju-baju dia pre-order sebab stok amik direct dari Indonesia..masa aku dah start folo ig dia tu, kebanyakan baju-baju yang hat aku berkenan sume dah close order..aku ada la try jugak WA tanya seller ni kowt-kowt ada terselit selai dua yang tak abis stock..sekali jawapan -ve daaa..okey, tanya dia ada open order balik tak untuk raya..dia inform apa-apa tunggu dia update kat ig..okey, fione..bersabar la ahkak ni nunggu kat ig dia..hari-hari masuk kat ig dia tau..tapi aku tengok tak de pun dia update apa-apa dekat nak puasa haritu..aku agak kowt dia tak dapat stock ke hapa kan..so tak pe la, mengalah beli baju yang aku dah beli ni..

nak jadik citer kebetulan pulak aku folo another seller ig..bila tgk baju-baju hat seller ke-2 ni jual, okey not bad..ada yang aku berkenan tapi tak seberkenan yang 1st pilihan aku tu..duk tunggu seller yang jual baju kebaya indonesia tu, tak tau la bila baru nak open order..aku pun tukar ke pilihan ketiga..hah,ko..pilihan ketiga..sebab pilihan pertama & kedua dengan seller yang kena tunggu open order tu (refer gambar kat bawah)..so beli ar baju yang pilihan ke-3 ni..sebelum beli baju aku punya ni cari kain baju melayu mr hubby dulu..dah dapat, baru order yang aku punya..

sekali bila dah order..dah dapat pun bajunya..hari ke-3 puasa..seller yang jual baju kebaya indonesia tu, baru update kat ig dia..pfttttt..ko ghasa???stress aku jap..


my 1st choice >> Kris Dayanti Kebaya....grrrr..dah beli baju lain, baru open order..sabo je la..
price RM200..fengsaaan jap.. :D


yang ni 2nd choice >> Bunga Citra Lestari Kaftan..pun baru open order..grrrrrr
yang ni RM120..

Tapi sebab dah beli pun yang lain, jadik bertabah & cuci-cuci mata je la..lagipun warna yang aku nak, tak de pun..haritu masa tengok seller ni promote kat ig,kaler lain..yang ready stock dia update ni kaler lain..kaler yang aku dah usya tu tak de..so, okey..sejuk sikit hati ahkak..hehe

Ramadhan

Salam Ramadhan

12:04

Esok dah mula puasa..Selamat berpuasa pada yang beragama islam..Malam ni start terawih..esok bangun pagi, sahur sahur sahur..heeee..

Di bulan yang mulia ni, jaga tingkah laku, tutur kata & as for me yang suka menaip kat sini..kena la hati-hati bila menaip..tak boleh suka-suka hati je nak taip tahap laser kat orang..reminder to myself..nanti dah lepas bulan puasa baru laser balik..haha..motip sangat..tapi aku tak laser pun macam #kaklongpetir dalam drama dia isteri luar biasa tu..aku kategori sopan + baik (masuk bakul angkat sendiri..hiiii)


Selamat Berpuasa :D

vacation

Krabi - Day 5

09:27

Hari Ke-5 di Krabi..Aktiviti Lite & Easy

Tak de sebarang aktiviti..duit bhat yang ada balance beberapa ratus rasanya plan nak beli cenderamata..memang awal-awal kitaorang dah plan nak beli cenderamata masa hari ke-5..flight kitaorang kalau tak silap petang..dalam pukul 3 lebih rasanya..

Pagi sebelum check out, lepak kat balkoni..cuci mata..

ni la balkoninya..

oren tu hotel yang mama menginap (The Small Resort Krabi)..berdepan je dengan hotel kitaorang (Buri Tara)
cantik kan..mengadap kolam..tetiba fefeling orang kaya..hehe

3 gambar atas ni, view dari balkoni bilik kitaorang..Lepas dah breakfast dalam pukul 10 lebih rasanya, check out..first, cari teksi untuk hantar ke Airport..mula tanya kat hotel kitaorang stay tu, kalau booked teksi kat situ 600bhat..agak mahal..tak jadik..kitaorang jalan kaki ke hotel mama berdepan je dengan hotel kitaorang..masa lalu depan hotel ternampak ada signboard sewa teksi kat hotel tu 500Bhat je..terus booked..mintak teksi amik dalam pukul 1.00pm..lepas booked, naik ke bilik mama sekejap tumpang letak beg sume..terus keluar balik, jalan kaki ke kedai area Aonang untuk beli souvenir plak..

bawah ni dalam bilik mama..cantik uolls..besor dari bilik kitaorang..


kat bumbung..boleh santai-santai tengok bulan waktu malam..

tengok posing ni, macam model dalam majalah pulak..perahsannn..santan..hihi

dalam teksi..otw ke airport..

dalam flight..

Total Perbelanjaan hari ke-5..sorry, tak ingat..aku ingat bayaran teksi 500 bhat (RM55.45) ..balance kat tangan pun tak ingat baper..tapi souvenir yang dapat beli >> fridge magnet | T-shirt | Beg silang | Coin Purse | Wristlet | Topi..itu pun ada lagi balance, kitaorang breakfast merangkap lunch kat gerai area Aonang..jalan kaki sajork dari hotel..

kat bawah ni link Review Percutian kitaorang ke Krabi..okey, setel review percutian ke Krabi selama 5 hari 4 malam..fuhhh..sorry, entry aku panjang-panjang kat setiap entry ni..malas nak taip banyak2 part..yang hari 1st tu je, dah 3 part..jadik hari ke-2 sampai ke-5, sumbat semua dalam 1 entry..kalau rajin korang baca, sila bertabah la yeak scroll, scroll..kalau malas nak baca, tiada paksaan..klik je X kat belah kanan atas tu, hokayy.. ;)

krabi-part-1-flight-mas
krabi-part-2-hotel
krabi-part-3-day-1
krabi-day-2
krabi-day-3
krabi-day-4

vacation

Krabi - Day 4

15:14

Aktivity hari ke-4

Hong Island

Seperti biasa, lepas breakfast terus turun tunggu kat lobi..nanti van datang amik kat hotel..
Untuk ke Hong Island ni, naik bot dari tempat lain..

Hong Island ni, menjelajah ke Hong Island's Lagoon | Pakbia Island | Lading Island | Hong Island's Bay

Personal opinion aku antara Phi Phi Island & Hong Island ni..aku pilih Hong Island sebabbbb tak rushing macam trip Phi Phi Island..Dalam trip ke phi phi Island ada 7 tempat untuk dijelajah jadik agak terkejar-kejar..Untuk Hong Island ni 4 tempat je, pemandangan kat pulau-pulau yang dalam trip ni lebih cantik, rilex sebab tak ramai orang macam yang trip ke Phi Phi Island..Aktiviti sama macam kat Phi Phi Island jugak mandi laut & snorkelling..tapi aku lagi suka snorkelling yang kat Hong Island sebab dia bukan snorkelling tengah-tengah laut..plus kat salah satu pulau ni, masa mandi kat laut ikan berenang-renang kat tepi..syiokk..aku tau sebabnya aku pun mandi laut..sambil mandi sambil tengok ikan kat tepi berenang..boleh main-main lagi dengan ikan tu..cuma tak dibenarkan bagi ikan makan..

Sementara tunggu orang lain sampai..meh bergambor dulu..view kat sini cantik sangatttt..nampak tak 2 bot belakang kitaorang..tu la bot kitaorang naik..
cantik tak???

mama & adik ipar aku..


tunggu turn nak amik gambar kat buai ni,tau..

kenalan baru mama..mama peramah..  ;)

adik ipar aku..posing dalam air harusss ada..

berkenan benor amik gambar kat long tail boat ni..


keprihatinan seorang abang..hehe

1st stop untuk snorkelling..kan dah habaq, snorkelling dia bukan tengah-tengah laut..


tak ramai sangat orang..tak crowded macam trip ke Phi Phi Island..

ni muka sedey okey..lunch ada tapi tak HALAL..ate camne nak makan..tu muka tak baper nak ceria tu..

buai laju-laju..
legaaaa..dapat makanan..baju merah belakang aku, tu la BOND..
Dapat gak makan..nak jadik citer dalam aktiviti trip Hong Island ni..ikutkan ada disediakan lunch tapi tapi tapiiiii..tak HALAL..kisahnya pemandu bot kitaorang bitau kat mama & adik ipar aku..kan dorang duk kat depan dalam bot..aku lupa macamne ntah pemandu bot tu boleh terbukak citer yang makanan disediakan tu tak halal..pemandu bot ni islam..dia siap tunjuk lagi bekal dia bawak dari rumah..uwaaaa..adik ipar aku dah moody..dah dia tak makan apa dari pagi..

Sekali rezeki, boleh pulak aku terserempak dengan tour guide semalam yang kitaorang gi ke Phi Phi Island..Aku ingat nama dia Bond..Bond ni yang perasan aku dulu..dia tegur aku..so lepas tu mr hubby saja tanya yang group kitaorang ikut utk Hong Island ni halal ke tak kat si Bond ni?aku tak ingat dia cakap apa..lupa derrr..tapi mungkin dia tengok kitaorang was-was tak amik makanan pun dengan group kitaorang tu, dengan baik hati, dia suh kitaorang amik makanan dari group yang dia punya..kat sini, travel agen dah siap pack makanan dalam polisterin ataupun macam kitaorang makan ni..tak de restoran macam kat Phi Phi Don..yang group kitaorang, makanan dah siap pack dalam polisterin..group Bond ni, kena amik sendiri..dorang letak nasi, lauk & air atas meja..masa aku amik makanan kat group Bond ni, ada la 2 orang mat ngan minah salleh group dia usha je aku..rasa nak cucuk bijik mata..dah rasa serba salah nak amik banyak-banyak..amik sikit je la..buat lapik perut..aku & mr hubby share..walaupun tak cukup, jadik la..dah habis makan, mr hubby bagi tips kat Bond ni 100 Bhat & say TQ sebab bagi kitaorang makan..yelah orang berbudi, kita berbahasa..yea dak..

ni kat Hong Island's Lagoon..Memang cantik sangat..tempat dorang berkayak..yang mandi pun ada kat sini..



adik ipar aku, berani tul..aku penakut sikit..imaginasi aku tinggi..hehe

ready to snorkelling..

ni tempat ke-dua untuk snorkelling..memang cantik gilerrr..kat situ snorkelling, kat situ mandi..tak baper dalam sangat air dia..tu aku cakap tadi, mandi sambil tengok ikan berenang-renang kat tepi..tak payah snorkelling pun tak pe..nampak ikan-ikan dalam air tu..jernih air dia..

BOND..tour guide kitaorang masa kat Phi Phi Island..awat la travel agen yang kitaorang beli pakej ni, tak bagi kitaorang ikut group dengan dia jugak untuk aktiviti Hong Island ni..





walaupun tak berkayak..gaya harus ada, hokay..

Balik dari aktviti ni, kitaorang accident..alhamdulillah, kitaorang tak de apa-apa..cuma terkezut je..sebab semua keletihan lepas abis aktiviti..nasib la van kitaorang naik ni memang tahan lasak..salah trak pikap tu sebab aku nampak trak ni turun bukan main laju dari bukit belah kanan..brek rosak ke hapa..tak tau la..aku dah terdetik dalam hati 'dan ke van ni lepas'..sekali elok abis cakap dalam hati, terus trak pikap ni tuju kat van kitaorang..yang terlibat dalam accident ni van kitaorang naik ni, trak pikap, keta & tut-tut..yang tut-tut ni ada sorang penumpang dia pengsan..balik ke hotel, kitaorang tunggu van lain datang amik..tukar van..

okey, jom cekidaut perBelanjaAn hari ke-4..untuk hari ke-4 ni, kitaorang dinner beli kat gerai-gerai tepi jalan Aonang tu je..save bajet plus semua macam fobia sebab baru lepas accident..jadik tapau, makan dalam bilik je..


Tips kat Hong Island : 100 Bhat (RM11.15)
Mango Smoothie : 40 Bhat (RM4.40)
Coconut Ice Cream [3 orang] : 120 Bhat (RM13.40)
Fried Rice Tom Yam [3 orang] : 180 Bhat (RM20.06) 
Pancake : 40 Bhat (RM4.40)
Sticky Mango Rice [2 orang] : 60 Bhat (RM6.70)

540 Bhat (RM60.20)

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.