sambung part 3 untuk hari pertama di Krabi..kan main panjang ko..hari 1st je dah part 3..hehe

Dah sewa motor kat Krabi, lepas check in..mandi semua..apa lagi..kita merempit..aku ajak mr hubby gi ke Krabi Night Market..semua yang dah pernah sampai ke sini, duk citer kalau datang Krabi kena gi ke Night Market ni..lagi pun dia cuma bukak hari Jumaat, Sabtu & Ahad je..kebetulan kitaorang sampai hari tu hari Sabtu..So, okey..here we goooo..waaa..agak jauh benornya naik motor dari Aonang nak ke Krabi..cuci mata sepanjang jalan nak ke pekan Krabi ni..tengok negara orang macamne..kalau tengok pattern rumah-rumah lebih kurang macam malaysia pun..even orang-orang sini pun, macam orang melayu kita..masa lunch kat gerai tepi jalan area Aonang tu, aku boleh tercakap melayu dengan orang meja sebelah..sekali bila aku terdengar lepas tu, dorang bercakap thai..aku macam..der...patut la masa aku cakap ngan dorang, dorang angguk2 je..haha..

gigih selfie ataih motor..

hasil research kat google sebelum kitaorang holiday kat krabi ni, ada terbaca otw nak ke Krabi Night  Market ni ada satu port untuk bergambar, ada tulisan 'Krabi Romantic Road' ..dah aim nak amik gambar kat sini, masa lalu kat area ni, dah nampak la port tu tapiiiii perkataan Krabi Romantic Road tu dah banyak yang tertanggal..dah ropong-ropong je..port yang kitaorang tangkap ni, baru punya kowt..pun boleh jugak.. 'We Love Krabi'..

selfie sajoo..tak de orang nak mintak tolong tangkapkan gambor..tapi elok pas kitaorang tangkap gambar ni, tetiba ada sebiji motor benti..2 orang pompuan, orang situ..aku macam dah cuak..terus cakap ngan mr hubby, dah jom2..motor yang benti ni tadi nampak kitaorang dah pegang helmet nak naik motor, terus dia gerak..mr hubby syak mungkin dorang nak tolong tangkapkan gambar & bagi la tips sikit..
Port bergambar "We Love Krabi"..yang  ni berdepan dengan "Krabi Romantic Road"..seberang-seberang
 jalan je..




2 lampu isyarat ni, masa kat pekan Krabi..rare hokayyy..kat Malaysia tak de cam gini..hihi

review aku pasal Krabi Night Market ni..akceli tak de apa pun..untuk aku la..besa je..pasar malam..tapi part nak beli makanan tak baper konfiden sangat kehalalannya..aku & mr hubby just pusing-pusing je..ada orang jual baju, souvenir, ada budak buat persembahan tarian, main alat muzik & bla bla..akceli ada gambar tapi tak tau pasaipa tak berjaya nak hapload kat sini..nampak sekerat je..

sebelum ke Krabi Night Market ni, kitaorang gi beli SimPack Thailand kat satu pasaraya area situ..kan main jenuh nak beli simpack..cari kat Aonang sebelum tu, semua tak de..tu sampai ke Krabi beli simpack..

lepas dah pusing-pusing kat Krabi Night Market, kitaorang gerak balik ke Aonang..cari makan malam & nak beli pakej aktiviti kat travel ejen..kat Aonang ni berderet kowt travel ejen..pilih je yang mana berkenan..

kitaorang pilih yang bawah ni..friendly sangat..point amik kat sini sebab kitaorang cadang nak amik ATV adventure..tak mo naik gajah..kat sini je yang bagi murah..kat bawah nanti aku bitau rega..

tu nama dia..

boleh lagi selfie sambil tanya-tanya price pakej..

gambor ni kitaorang amik masa mama & adik ipar aku dah sampai kat Krabi..
gambor kat bawah ni lak, aku tak ingat samaada kitaorang gi ke 7-11 lepas makan tengahari @ makan malam, ..nak cari makanan untuk kudap-kudap dalam hotel tapi agak payah benornya nak cari sebab tak de logo halal..nak tak nak, kenalah check dulu logo halal kat packaging..kalau ada, baru amik..jadik tak banyak pun membeli-belah kat sini..tapi aku boleh cakap harga 7-11 kat sini, 'NAPA MURAH NI?'..jauh beza dengan 7-11 kat Malaysia..



ni la hasil membeli-belah kat 7-11..tak banyak pun..ubat gigi tu tak menahan..mr hubby guna sekali je..sebab dia berasaskan herba..so warna dia hijau pekat sangat..and ada rasa pahit-pahit sikit..hehe..yang bungkus warna merah tu, krim mak aku guna..sebab murah, aku grab 2 ketui..maggi tu sedap..then, krim untuk uv protection..beli hat kecik je..sbb pakai kat muka je..and, sabun cuci baju..

kitaorang tukar duit = RM1,500.00..jumlah dalam bhat = 13,000.00

Wokey, jom kira..perbelanjaan di hari pertama :~

Hotel : RM800.00
Flight tiket : RM506.00
**Hotel & flight bayar asing yea**

Cash / Tunai :~

Bus dari airport ke Aonang : RM33.50 / seorang (RM67.00) [ 300 bhat ]
Sewa motor : RM22 (24 jam) [ 200 bhat
Isi minyak motor : RM16.75 [ 150 bhat ]
Shopping kat 7-11 : RM16.42 [ 147 bhat ]
Makan tengah hari @ gerai tepi jalan kat Aonang : RM22.35 [ 200 bhat ]
Simpack Thailand : RM16.75 [ 150 bhat ]
Dinner @ Restoran Lemon : RM43.56 [ 390 bhat
Beli pakej : RM1,016.55 [9100 bhat ]
**ATV Adventure + Hot Spring Waterfall + Emerald Pool (2 orang)
pakej yang ni, kitaorang dapat 1,800 bhat..harga asal 2,800 bhat
**Phi Phi Island (2 orang)
**Hong Island (4 orang)
untuk hong island ni, 4 orang sebab aku, mr hubby, mama & adik ipar aku..dorang sampai hari Isnin..so bayarkan dulu untuk dorang..

TOTAL BELANJA HARI PERTAMA :~
RM 1221.38 |10,637 bhat

1 Comments