Review Percutian : P.Pangkor #ConvenienceMarketShop

14:09

Dalam entry semalam dah bitau pasal kedai dalam Coral Bay Resort ni yang pada aku & mr hubby harga kat situ berpatutan..Jadik jom kita review, k..

Masa sampai kat Coral Bay Resort ni, memang nampak kedai ni sebab dia kat depan kolam, on the way nak naik ke aparment..First-first memang tak expect pun nak masuk sebab duk pikir, mesti mahal..padahal kat banner depan kedai, kat ruang legar tunggu lif ada tulis 25% diskaun untuk sesapa yang menginap kat situ..okey, fione..tak pe..masa 2nd day lepas breakfast rasanya, aku, mr hubby, mama & adik ipar aku pi jenjalan kat luar Resort ni..kat situ ada deretan kedai-kedai yang jual baju2, souvenir, mini market pun ada..tak jauh dari situ, boleh nampak laut..kira sambil-sambil cuci mata kat kedai-kedai tepi jalan tu, dah sampai kat tepi pantai..kitaorang just usha-usha je..dah cuci-cuci mata kat pantai tu, kitaorang gerak balik jalan kaki ke Resort..Sambil-sambil tu ada la masuk dalam kedai-kedai yang jual baju, souvenir kat tepi2 jalan tu..akceli nak cari seluar pendek untuk mr hubby..so memandangkan mr hubby kan comel jadik size dia semua mahal..rata-rata yang kitaorang survey, semua atas RM30..okey, tak pe tengok je la dulu..kalau mahal memang tak jadik la beli..so, on the way balik ke bilik, kan lalu kat depan kedai Convenience dalam Coral Bay Resort ni..jadik apa kata try singgah..cari-cari, ada seluar pendek size mr hubby..tanya hargaa..waaa..RM20..design semua sama macam kitaorang tanya kat kedai luar tu..tapi kat kedai luar semua atas RM30..dah abang kedai ni bagi murah..aku rembat t-shirt untuk anak buah aku sehelai RM21..seluar untuk aku RM14..tiga-tiga item ni abang ni ada bagi kurang lagi tapi aku tak ingat exact amount..tapi untuk aku murah, okey..sebab sebelum tu kitaorang survey kat luar, harga seluar yang mr hubby tu mahaiiii..pas tu petang plak kebetulan kitaorang jenjalan kat kedai yang belah luar tu..ternampak seluar sama yang aku beli dalam kedai Convenience tu ada jual kat kedai luar jugak..sama design, kaler..tanya harga RM25..pftttt..so conclusionnya memang lepas tu kitaorang beli kat kedai dalam Coral Bay Resort je la..masa hari ke-2, yang lepak kat kolam tu..aku kan tak mandi kat kolam sebab tak gheti berenang so sambil2 lepak kat tepi kolam, aku gi beli seluar sama macam aku beli untuk mak plak..hari ke-3, belanja mama t-shirt Pangkor..harga RM23..normal price RM30.90..t-shirt berwarna yang ada tulis pangkor untuk abah aku RM10..t-shirt ni kalau kedai luar, yang kaler putih je RM10..yang berwarna, sume atas RM10..

Kat kedai ni ada jugak jual kopok2, air kotak, air tin, keychain, fridge magnet..mungkin sebab tu nama dia Convenience Market Shop..memacam ada..baju, seluar, pelampung, souvenir Pangkor..kira best la kedai ni, aku suka sebab murah walaupun kedai dia kecik je..tak banyak pilihan sangat compare ngan kedai-kedai yang berderet kat luar tu..kowt-kowt korang yang planning, nak stay kat sini, boleh ar shopping cenderamata Pangkor kat sini je..pada aku, harga kat sini murah plus owner kedai baik & peramah..

Convenience Market Shop

You Might Also Like

0 Comment