Review Percutian : P.Pangkor #KedaiMakan

12:37

Wah..entry ni memang aku tak sabor nak taip..pasal kedai makan kat luar Coral Bay Resort ni..Straight to da point je la..Keluar je dari Coral Bay Resort ni, ada 2 kedai makan..sebelah kanan & sebelah kiri..Sebelah kanan, nama kedai aku tak ingat sangat tapi rasa macam ada Ilham2 kowt kat belakang..masa hari 1st tu, kitaorang gi makan kat sini..orang ramai makan kat situ..tengok menu semua..okey, kat menu ada harga (nanti korang tau napa aku mention ni)..cari punya cari dalam menu, kitaorang decide amik Set B (which is RM78)..air tak include..dalam set ni ada :~

Ikan masak 3 rasa
Kerabu Seafood
Tom Yam 
Kailan Ikan Masin
Telur Goreng

kitaorang tambah sekor lagi ikan masak 3 rasa

**Jenis ikan yang kitaorang amik tak ingat la plak..huaaa..ahkak kan pelupa**

then, air ..memacam la..ada yang amik air buah, milo ais, nescafe ais, sirap & etc..aku pun tak ingat la..

Rasa dia okey, sedap..n banyak pilihan..tetiba taip menu-menu ni, perut aku berbunyi..hehe

Total bayar - RM152.00 (ada sen2 kat belakang..tak ingat exact amount)..mula-mula rasa macam mahainya....tapiiiii....sila baca kat bawah ni plak..

hari ke-2, makan kat kedai sebelah kiri..konon nak try kedai lain kan..sebab yang hari 1st dah makan kedai sebelah kanan nun..

kedai ni ada letak banner 'Tom Yam Seafood Ikan Bakar Cheff Assraff'..sebelah kiri Coral Bay Resort..Bersebelahan dengan Norizan Beach Collection..

kitaorang tak plan nak masuk kedai ni..masa lalu sebelah kedai ni, memang tak de orang pun..then, beberapa orang pekerja dalam tu duk cakap-cakap ngan kitaorang suh masuk sebab dorang tengok kitaorang tak nak masuk kedai dia..kitaorang plan nak straight je tapi pekerja kedai ni cakap straight tu sume kedai-kedai makan cina..kalau tengok signboard memang nampak macam kedai makan cina pun kalau straight tu..so okey, kitaorang pun masuk kedai Cheff Assraff ni..sebelum tu, bukan main lagi cakap ada ikan bakar la, nama kedai pun seafood kan..tapi kalau tengok kedai dia tak de la gah pun..gerai tepi jalan..tak kisah sebenarnya tepi jalan pun tapi layanan tu biar la elok..jadik kita makan pun rasa best je..harga plak jangan la letak sesuka hati..kalau harga reasonable, makanan sedap, layanan bagus, walaupun kedai tepi jalan orang tetap datang makan..kalau ada yang datang bercuti ke situ kali ke-2,3,4 & seterusnya, dah tau situ ada kedai makan sedap..mesti akan repeat punya..kan????

Bila dah masuk kedai ni, start order..ketam tak de..itu tak de..ini tak de..tengok menu pulak, tak de list price cuma nama menu je..mr hubby dah sound kitaorang jangan order merepek2 sebab tak de harga kat menu..kang memang kena tekan je..so terus order yang goreng-goreng..

2 nasi goreng kampung
2 kuew tiaw ladna
 1 kuew tiaw biasa
 1 nasi goreng ayam 
sotong goreng tepung

air plak>>milo, sirap, limau ais, fresh orange & etc..masa kitaorang order goreng-goreng tu pun, muka dorang dah lain dah..abis dah sebelum tu bila order seafood (ketam) & apa ke lagi..ada sorang pompuan ni..tak tau la mebi owner kowt..jawab 'tak de, dorang tak antar stok'..la..dah tau tak de stok, tak yah la promo bagai masa kitaorang nak masuk..tapi yang tak best tu muka dia masa cakap 'tak de' tu, ketat giler..masa cakap tu tak pandang pun muka kitaorang..memang muka sombong..sorang adik ipar aku order fresh orange..dapat-dapat bukan main banyak semut dalam air tu..mintak tukar  @ adik ipar aku suggest tapis je la, janji tak de semut..rasanya memang ditapis je..tak de makna buat hat lain..memandangkan layanan pun dah macam hapa je kan..jadik kitaorang rasa makanan dia tak la best sangat..so so je..

total = RM88.00 (ada sen2 jugak..tak ingat exact amount)..

biras aku macam terkejut..tanya lagi sekali, pelayan tu cakap "RM88..sotong goreng tepung RM35"..masa dia bgitau harga sotong goreng tepung tu, dia tak pandang pun muka kitaorang..dia mengadap ke tempat lain..sotong goreng tepung tu kitaorang order dpt 1 pinggan bentuk bujur, saiz kecik je..tak banyak pun isi dia..

Dah bayar & kuar dari kedai tu, memang kitaorang kutuk ar kedai tu..dah la layanan, servis macam hapa..harga mahai giler..better kedai belah kanan yang masa kitaorang makan hari 1st tu..walaupun bayar RM150, macam-macam ada..yang RM88 ni kitaorang order goreng-goreng je pun..

so kalau korang datang menginap kat Coral Bay Resort ni, hati-hati ngan kedai Cheff Assraff yang tersangatlah cheff ni kan..kedai dia tak gah pun..tak de papan tanda nama kedai pun..cuma dia letak kain rentang / banner tulis nama kedai dia macam aku tulis kat atas ni..

biras aku balik je ke apartment..terus hapdate kat fb..sila ar klik gambar untuk nampak clear apa yang kawan-kawan dia komen..korang nilaikan sendiri..

kawan biras aku yang komen, aku bulat kat atas ni..kalau tak silap memang duduk kat Pangkor jadik dia tau la kedai yang mana murah, kedai mana mahal..

Note :~ kedai siam a.k.a yang kedai belah kanan, aku citer yang first kat atas..yang hat nama Ilham2 kowt belakang dia..heee..jadik kalau datang ke Pangkor, stay kat Coral Bay Resort ni korang makan le kat kedai siam ni je..tak yah la gatai-gatai cuba kedai belah kiri..kang korang order ketam, udang, ikan..semua tak de..dapat air, bersemut..walaupun adik ipar aku yang order air fresh orange je dapat air bersemut tapi impression kitaorang pada kedai makan ni dah totally OUT..dengan layanan yang macam hampeh dot com plus ekspressi muka owner & pekerja-pekerja dia yang masa serve kitaorang, muka macam hapa je..

You Might Also Like

0 Comment