AFB Feeds

Review Percutian : P.Pangkor #Hotel

16:52

Okey..lama tak hapdate kat sini..minggu lepas is cuti2 Malaysia..so cuti kerja, cuti blog, tapi tak cuti instagram & facebook..hehe..tetap bukak kalau dapat line..last week cuti bersambung-sambung..which is 1hb hari wilayah, jatuh hari ahad so dapat cuti hari Isnin..hari Selasa, cuti Thaipusam pulak..jadiknya kita apply 3 hari cuti - Rabu | Khamis | Jumaat..dapat straight cuti seminggu..pftttt..sakan cuti ko..sesekali kannn..lagipun aku rasa memang patut cuti sebab aku 'STRESS' masa bulan Januari ritu..maklum ar baru dapat jaga bos baru..pompuan..and she is cerewetsss sikit tapi okey..jadik amik masa aku nak kenal & ikut cara kerja dia..agak stress disitu..jadik memang percutian haritu, sangat-sangat diperlukan..walaupun gi bercuti tak jauh pun..tak sampai obersee..kat Perak je.. ;)

Last week kitaorang (me, hubby & family mr hubby) gi coti-coti ke Pangkor je..tak banyak aktiviti yang kitaorang buat..at first plan nak snorkelling tapi cancel jadik aktiviti cuma mandi kat kolam, lepaks tepi pantai & shopping sikit-sikit..yang shopping tu, aku nak suggest kedai yang sangat berpatutan dalam hotel kitaorang stay tu..selalu tanggapan kita bila menginap kat hotel, kalau ada kedai yang jual souvenir kat hotel tu, mesti mahal..tapi kedai ni..murah kowt untuk aku & mr hubby..sesapa yang menginap kat situ, dapat 25% diskaun..murah2..plus owner kedai tu sangat baik..suka beli dengan dia..dah dapat diskaun, dia bagi lagi sikit diskaun..wah..bagusnya..moga murah rezeki abang tu..okey, tu nanti la story..

kat Pangkor ni, kitaorang menginap @ Coral Bay Resort >> apartment 3 bilik & 2 bilik air..2 bilik, ada katil besar..1 bilik lagi, ada 2 katil single..unit yang kitaorang stay tu mengadap kolam renang..cuci-cuci mata tengok mat & minah salleh seksi-meksi gitew...hehe..tengah-tengah hari terik, boleh dorang mandi kat kolam..panas kat situ, memang terikkk sangat..sakit pala aku..tapi still maintain cun..

ni view dari apartment kitaorang stay..mengadap kolam..okey, best..tapi ni gambar dari mr.google..
Okey, meh nak buat review sikit experience stay kat sini :~

- condition dalam apartment, okey..katil, tv, kerusi, meja makan, almari..semua okey..

- tekanan air dalam bilik air, rendah..especially bilik air yang kat luar..kalau nak flush tu agak jenuh sikit..bilik air dalam bilik, so far okey tapi still tak kuat sangat kalau nak flush..air shower, okey cuma tetiba tengah mandi, jangan terkezut air dia kecik..dia tak boleh ko bukak air kat sinki sekali dengan shower..terus air jadik kecik..conclusion bukak satu-satu..

- breakfast okey..sedap & banyak choice..like mr hubby cakap, duk kat hotel 3 star, expect makanan macam kat hotel 5 star, memang jauh la beza..tapi untuk aku, makanan kat sini sedap..boleh masuk kat tekak aku cuma bubur nasi dia masin sikit haritu & biras aku amik mee sup, pedas sangattt..

- untuk berinternet, cuma dapat coverage wifi kat lobi hotel je..kat dalam bilik, tak dapat..huhu..1 star di situ..mungkin boleh diperbaiki lagi di masa akan datang..cewahhh..hehehe

- kalau nak makan kat luar, ada 2 kedai makan kat kiri & kanan hotel ni..tapi review aku..coz kitaorang makan malam kat dua-dua kedai ni..kedai pertama yang kitaorang gi dinner haritu, okey dengan price reasonable plus layanan, makanan best tapi kedai yang kedua..ermmmm..harga, layanan, makanan macam hampeh dot com..(nanti aku story lebih lanjut, k..)

- kalau korang nak tour kat Pulau ni, no worry kat perkarangan Coral Bay Resort ni memang melambak van a.k.a teksi untuk disewa..cuma sediakan ongkos je..heeee..sewa depends..

jom la layan gambar-gambar masa kitaorang kat P.Pangkor haritu..hehe..saja je nak share..macam orang heran je kannn..


Kitaorang naik feri dari Jeti Marina Island..jarak dari sini ke Pangkor, lebih kurang 15minit je..kalau naik dari Lumut, lama sikit..Kereta boleh parking kat sini, caj dalam 0.50/jam..haritu parking 3 hari dari 2hb sampai 4hb, total kena dalam RM20..kat  jeti Marina Island ni tak ramai sangat orang macam kat Jeti Lumut..


Ni 1st day sampai, kitaorang mandi kat kolam..ceh..kitaorang..dorang je..aku main di gigi2 air je..ada la skali, aku tengah leka  mr hubby tarik aku masuk dalam kolam..menjerit-jerit aku suh mr hubby antor aku kat tepi kolam balik..hehe..iolls kan tak gheti berenang..masa aku duk main di gigi air ni, aku, adik ipar & biras aku bawakkan anak buah kitaorang main kat kolam budak-budak..ada la sorang budak pompuan ni tetiba je main simbah-simbah air kat aku..aku macam..tak kan nak marah kan..lagipun sian budak tu tak de kawan..dia mandi sensorang je..mak dia duk kat tepi..so aku pun balas le balik, main-main air ngan dia..heeee..budak yang pakai baju pink dalam gambar ni tapi nampak muntot je..

2nd day, patutnya planning nak snorkelling tapi cancel..so cadangnya nak mandi kat laut tapi bukan laut yang dalam gambar ni..sekali cancel jugak..jadik lepaks je di tepi pantai kat area hotel kitaorang stay ni..dah agak-agak bohsan, kitaorang menyerang kat kolam lagi sekali..ada kemudahan kan, jadik kita gunakanlah..aku amik kesempatan, sopping kat kedai sebelah kolam ni yang aku cakap murah tu..
my family in law..2nd day yang tak jadik snorkelling & mandi laut..jadik lepaks di tepi pantai sajork sambil makan eskrem & burger..pantai ni & hotel kitaorang stay, tak jauh sangat..jalan kaki je..

3rd day..@ jeti Pangkor..selesai percutian di Pangkor..percutian yang simple & santai..untuk release tension..




You Might Also Like

1 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.