AFB Feeds

vacation

Syaz Meridien Melaka

08:30

Nak share dengan korang masa gi Melaka haritu, kitaorang stay kat sini..last minit benornya..tak de pilihan lain..semua hotel dah penuh..jadik nak tak nak amik je la hotel ni..harga RM218.00 tapi masa check in, kena tambah RM20/seorang untuk adik & adik ipar aku..total untuk menginap 1 malam kat situ RM248.00 tanpa sarapan pagi & tiada kolam renang yea..biasalah kita kalau gi bercuti kat hotel, mesti nak tau ada kolam renang ke tak..so aku bitau ni, kat sini tak de yea..lagipun kedudukan dia dalam bangunan rumah kedai, tak sesuai kot..celah mana la nak bina kolam pulak..

Kalau ikut harga 1 malam kat Syaz Meridien ni, tak berbaloi rasanya..Dengan RM250 tu  boleh stay kat The Hatten kalau booked melalui agoda..Mr hubby cakap The Hatten tu memang terbaik la sebab masa company mr hubby buat game treasure hunt dari KL sampai ke Melaka, dorang menginap kat The Hatten ni..jadi memang mr hubby puas hati la kat situ..lagipun kedudukan dia kat tengah-tengah bandar..senang nak cari tempat makan atau jenjalan..

..Tapi apakan daya, masa nak booked yang kitaorang gi ke sini minggu lepas, full house..pasrah je la stay kat Syaz Meridien ni..

Best ke hotel ni?hmmmm..

Aku bagi  2/5 je..sebab :~

  • Karpet bilik macam tak cuci..kotor..bila baring atas karpet, gatal-gatal..
  • Telefon dalam bilik rosak..aku nak tanya apa-apa dekat reception, kena call guna hp aku..masa call tu aku beritahu yang telefon dalam bilik kitaorang rosak tapi tak de inisiatif dari pihak hotel untuk suruh technician/maintenance hotel datang check @ repair..
  • Kedudukan hotel ni agak jauh dari Dataran Pahlawan, Melaka..kitaorang dah try walking distance..weh..jauh..penat jalan kaki..Dataran Pahlawan ni centre..kat situ la tempat makan, beli souvenir, naik beca, naik menara tamingsari, a-famosa, shopping complex & etc..
  • Parking terbuka..Tak de parking khas untuk hotel..
  • Kedudukan hotel ni macam rumah kedai..sederet dengan hotel-hotel lain jadik parking kena berebut especially malam sebab semua guest hotel dah balik ke bilik memasing untuk berehat..tapi masa aku gi ke sini cuti sekolah + cuti berganda..tak pasti la kalau bukan cuti sekolah, parking okey je..tak penuh..
  • Masa booking, ada mention katanya hotel ni seaview..hmmm..seaview sangat..dont put high expectation, bukak je tingkap terus mengadap laut..pandang jauh sikit, nampak la seaview sangat tu..haha
Selain dari kat atas ni, overall okey la hotel ni..korang boleh check it out sendiri kat gambar bawah ni..
Yang tak de dalam gambar sebab aku lupa nak snap, teh/kopi/gula, cawan, gelas, sudu, cerek elektrik ada disediakan..tuala 2 helai, flat skrin tv, iron..dalam almari, penyangkut baju seperti biasa & peti keselamatan sekiranya korang nak tinggalkan barang berharga masa nak keluar..malas nak bawak..

Aku & mr hubby selalunya stay kat mana-mana hotel, tak pernah guna peti keselamatan ni..takut..memang kita tahu kombinasi nombor sebab kita yang set tapi mana le kita nak tau kan kot ada pulak yang lagi kreatip boleh bukak..

View hotel dari hadapan
Haih..mr hubby..masa ni penat sangat jalan kaki dari sini ke area Dataran Pahlawan..kaki mr hubby dah sakit..tue yang aku nak tangkap gambor pun, buat tak tahu je..jadik kita letak je la gambar bilik + mr hubby ni..
Bilik Air
Bilik Air
Ikut pada memasing okey ke tak hotel ni..Tapi kalau tanya aku okey ke hotel ni, so so je..

Dapur FiezaSani

Dapur FiezaSani ~ Ayam Sambal Bali

08:30

Tengah viral kat fb resipi ayam sambal bali ni..Sumber FB, resipi ni turun temurun dari arwah mama kepada empunya resipi (aisha shukor)..aku pulak dapat resipi ni dari group masakan yang aku joint kat fb (MAHN)..

Sabtu lepas, mak suruh aku masak sebab dah tak de idea nak masak apa..aku seperti biasa, scroll scroll kat group masakan dalam FB yang aku joint, terjumpa pasal resipi ni..tengok bahan-bahan & cara buat tak renyah..okey, mari la kita try..

Bahan-Bahan & Cara masak seperti di bawah..

Bahan-Bahan :~

  •  Cili Kering (Segenggam)
  • Bawang Merah (Besar-6 biji) **Lagi banyak bawang baru sedap
  • Bawang putih (1 ulas)
  • Halia (Sedikit. Hujung jari kelingking)
  • Belacan (Anggaran besar setengah ibu jari)
  • Serai (8 batang..Kalau yang jenis gemuk-gemuk..5 batang je) **dititik
  • Daun kari (6 tangkai) ** cuci & toskan
  • Kicap tamin
  • Gula (3 sudu besar)
  • Garam (2 camca kecil)
 **Cili Kering, Bawang Besar, Bawang putih, Halia & belacan - blend**
Cara Masak :~
  1. Ayam dibersihkan , selawat & tos..kunyit garam x perlu byk sgt..cukup satu camca kecil garam n kunyit..
  2. Panaskan minyak satu cawan..minyak mmg lebih sikit..nanti nak guna utk tumis..goreng ayam x perlu garing..nk juicy2..angkat
  3. Minyak ayam td tu,gorengkan serai,sampai separa coklat
  4. Masukkan daun kari smp garing (bkn hangus)..api sederhana
  5. Dah dpt warna cantik baru masuk semua yg dh blend td..tumis sampai naik bau & garing
  6. Masuk gula (jgn risau manis,sebab nanti rasanye akan balance) , garam & renjiskan kicap dlm 5kali renjis..jgn byk sgt dulu..biar warna merah maroon.. 
  7. Masukkan ayam & masak lagi 10 minit
  8. Siap..jgn makan terus lepas masak..biar la dulu dlm setengah jam..mkn esok lagi sedapppnyerr..

Selamat Mencuba!!
 

  Gambar atas ni hasil yang aku dah masak..memang sedap..mr hubby pun cakap sedap gak..abah aku pun komen katanya sedap..

Jalan-Jalan Cari Makan

JJCM di Melaka #AsamPedasClaypot

08:30

Cuti 4 hari minggu lepas, aku & mr hubby gi cuti2 jap ke Melaka..ajak adik aku & wife dia joint sekali..bukan nak jenjalan pun..lebih kepada nak survey je..sebab bulan 1 nanti, aku, mr hubby & family mr hubby nak bercuti ke sana..So kat Melaka nanti kitaorang nak buat satu game..which is hadiah utama menarik okey..so kena la buat game sikit kan..hehe..tak pe tu nanti aku story, k..ni nak cerita dah kebetulan ada kat Melaka..kitaorang mencari tempat makan yang best kat sini..

Kalau dah nama nya Melaka, apa lagi kan..harus la terkenal dengan Asam Pedas..Walaupun aku tak la minat sangat tapi kalau ada aku makan je..aku tak cerewet pun..but mr hubby cerewet sikit..dia tak makan asam pedas ni..tapi dah ada kat sini..meh la try pekena Asam Pedas Claypot ni..hasil review kat google ramai cakap sedap..

Ni signboard dia..Dari hotel kitaorang menginap nak ke sini tak la jauh sangat..tapi masa ni cuti sekolah + cuti berganda (cuti maulidur rasul + krismas), jadik jalan..harap maklum..2 jam nak sampai ke sini tau..masa nak balik tu, dalam 15 minit je dah sampai balik kat hotel..adoiyaiii..kat jalan utama area Dataran Pahlawan, jammed melekat..dah tu mr hubby tersalah jalan pulak so kena pusing balik ke jalan jammed melekat ni balik..pakej aku siap tertidur 2-3x baru sampai kat sini..pfffftt..
Nampakkk..orang memang ramai..siap masa kitaorang dah dapat meja,belakang kitaorang ada lagi orang tengah beratur cari meja kosong..
Dah order..masa ni dah pukul 12 t/m..keluar dari bilik hotel dalam 9.30 camtu..
Asam Pedas Ikan Pari
Asam Pedas Ikan Tenggiri
Nasi (telur masin + sambal + sayur)..Set asam pedas memang sekali dengan nasi macam ni..

Total Makan 4 orang

3 set asam pedas (termasuk nasi) + 1 nasi putih
1 nasi lemak
2 teh o
2 teh ais
3 ais kosong

RM51.40

Harga kat claypot untuk 1 set asam pedas, tak pasti berapa sebab tak de letak harga..tapi kitaorang agak dalam RM10-RM12 ikut jenis ikan..Sebab esoknya sebelum gerak balik KL, kitaorang ada singgah makan kat satu food court area Dataran Pahlawan, Melaka..adik aku amik set asam pedas ikan pari RM12..jadi rasanya harga set asam pedas kat claypot yang malam sebelum tu, mungkin harga lebih kurang je..Kat Melaka ni, merata asam pedas nya..pilih je nak yang mana..Tapi dari selera tekak kitaorang..rasanya yang kat Claypot ni lagi sedap..umpphh..tak pasti la kalau ada tempat lain kat melaka ni yang lagi sedap..sebab yang kitaorang makan kat sini & foodcourt je..Kalau ada tempat lain area Melaka ni yang sedap asam pedasnya, share la info kat ruangan komen..katanya sharing is caring..Nanti bulan 1, kitaorang nak cuti ke sini lagi.. ;)



LifeStyle

Budi Bahasa Budaya Kita

08:31

Nak bagi satu situasi kat korang..agak2 apa reaksi korang??

Situasinya adalah korang tengah beratur kat toilet untuk membuang apa yang patut tapiiii..dah nak sampai turn korang pun..tetiba datang sorang acik bersama anaknya dua orang, terus dengan selamba potong line..buat muka tak bersalah..siap muka ketat..Rasa2 korang nak buat apa?Marah makcik tu @ buat tak tahu je..ala..potong line nak masuk toilet je pun..apa ada hal kan!!

Situasi kat atas ni berlaku kat aku baru2 ni masa aku, mr hubby, adik & adik ipar bercuti ke Melaka..kitaorang stop kat salah satu R n R ni..aku je yang nak ke toilet..yang lain tunggu dalam kereta..Apa reaksi aku masa ni?aku tunggu jugak acik ni cakap maaf dengan aku sbb dia nak potong line..tapi harammmm..siap buat muka ketat lagi..aku perli2 jugak acik ni, aku cakap "seronok kan potong line"..ingatkan reti bahasa tapi nan hadooo, memang jenis tak reti bahasa..sekian....aku tak marah tapi budi bahasa tu mana?tak boleh nak cakap "maaf yea..acik potong barisan sebab dah tak tahan sangat ni"..

Kang kata kurang ajar..marah..orang lain pun beratur tau tak masa tu..

Perangai orang kita..tak semua..ada segelintir tu macam acik dalam citer ni..sila jangan contohi yea..

TTC

Perlu ke amik Multivitamin

08:30

Ber'multivitamin pulak aku & mr hubby..harap-harap konsisten la..bukan hangat-hangat taik ayam je..tapi kena konsisten jugak ni, beli 2pek multivitamin macam dalam gambar bawah ni dekat RM100 lebih kot..ada promotion..kalau tak, satu pek berkembar ni RM130 lebih..so ada promotion dapat la 1 pek ni RM75 lebih kurang..amik dua terus sebab tengah promo kan..

Beli 2 pek ni dapat free payung lipat..suka suka..boleh letak dalam beg..

Bila check entry lama, aku penah up pasal nak beli multivitamin ni tapi masa tu confuse nak amik ni ke @ alfafa shaklee..aku beli jugak alfafa tu tapi tak makan..aku bagi kat adik sepupu aku je..huhu..

Multivitamin ni dah ada dengan asic folic sekali untuk yang TTC..Bagus jugak kalau tak sebelum ni aku cuma makan asic folic jer..

ni info yang aku amik dari website BLACKMORES..Kenapa kita perlu amalkan pengambilan Multivitamin..
sorry, tak reti nak translate ke Bahasa Melayu..tapi aku rasa english dia senang nak faham..

Blackmores Multivitamins + Minerals contains essential vitamins and minerals to provide your body and mind with all-round nutritional support and help maintain health every day. It helps supplement an unbalanced diet in one-a-day dose.

Daily supplementation with a broad range of vitamins and minerals can provide “nutritional insurance” by helping to provide an optimum intake for the maintenance of good health. A Harvard review published in the Journal of the American Medical Association in 2002 recommended that all adults should take a multivitamin daily. Statistics suggest that many people are not consuming optimal amounts of vitamins in their diets. Low levels of vitamins can contribute to the development of a range of conditions.
In addition recent studies have shown that the nutrient levels in fruits, vegetables and some food crops have declined in the past 50 years. This may be primarily due to the way food is grown, processed and prepared.


Beli 2 pek berkembar + percuma payung BLACKMORES..yeay ai loike..
Pelbagai jenis..nama pun multivitamin kannn
ada point pulak..moh la register..kumpul point
Dapat 30 point free bila register + 10point yang aku beli pek berkembar tu..total terkini 40 point..

  


 So kalau korang yang berminat nak bermultivitamin ni, boleh la dapatkan di mana-mana farmasi/guardian/watson..yang aku beli pek kombo ni kat Watson..tak pasti kalau guardian/farmasi lain pun ada offer jugak..Y.E.S..cuba la survey..sementara promosi masih ada..

beauty

Her World & Aesthetic By Marie France Beauty Enhancement Workshop

08:30

Merry Xmas..HoHo..hehe
Selamat Hari Krismas untuk yang menyambutnya pada hari ni & yang lain termasuk aku, selamat bercuti..yeay!!
Meh nak war war pada korang,  peluang untuk menghadiri bengkel anjuran Let Her World & Marie France pada bulan Januari 2016 nanti..bayaran RM15/seorang & RM20/pair..Menarik offer ni..Yang beminat, korang boleh try e-mail (rujuk pada gambar)..hanya terhad untuk 35 pembaca bertuah terpilih sahaja..
Apa yang best kat bengkel kecantikan ni?
Hmmmm..harus la pasal kecantikan..from head to toe uolls..name it..
Wanita mana tak suka pada kecantikan..meh habaq mai...


beauty

Apa itu 3B Skin?

08:30



Pencarian Duta bagi produk 3B Skin ini telah pun bermula..Aku pun terlambat dapat info pasal ni kalau tak boleh aku war-war kan kat sini..

Untuk korang yang tertanya-tanya produk apa ni, korang boleh check it out kat bawah ni, k..

Mungkin ada yang berminat nak cuba produk ni, korang tunggu awal tahun depan produk ni akan di rasmikan..

Ni info bagi pencarian duta 3B Skin..walaupun dah terlepas tapi boleh la baca sebagai info..

Hadiah lumayan bernilai RM 6000.00 untuk dimenangi bagi pencarian duta 3B Skin.


Pemilihan pencarian Duta 3Bskin (3B Skin BA) bagi peringkat terakhir.
100 peserta yang terpilih telah diberikan sampel percuma untuk mendapatkan maklum balas berkenaan produk tersebut.

Selepas berbulan bulan pemilihan di buat, pemilihan peringkat terakhir sedang diadakan pada 15 Disember – 31 Disember 2015.

3 jenis sampel dari 7 jenis produk 3B Skin akan diberikan sebagai percubaan. Sampel bagi produk tersebut ialah “ Detox mask, Hydrating mask, and Scrub Mask”.

Keputusan pemilihan akan di umumkan pada tarikh yang sama dengan perasmian “X Brand Ambassadors Search Malaysia 2016 (XBAS Malaysia 2016)” iaitu pada awal Januari 2016.

20 peserta “3BSkin BA” yang terpilih akan dijemput untuk menghadiri sidang akhbar “XBAS Malaysia” dan pelancaran “3BSkin Soft Launch”. (Di jangka akhir bulan Januari atau Febuari 2016).


Apakah matlamat pencarian 3Skin BA? 
  Peserta yang terpilih hendaklah petah berbicara, boleh berkongsi maklumat tentang jenama 3B Skin dengan baik dan mempromosikan kebaikan tentang jenama 3B Skin dengan orang ramai.
X Brand Ambassadors Search (Pencarian Duta X Brand Malaysia 2016)
“Duta bagi jenama X hendaklah mempunyai watak yang sentiasa positif, mampu mengetuai ataupun memberi pengaruh positif kepada masyarakat. Selain itu, duta jenama X juga hendaklah memainkan peranan sebagai penasihat dalaman mahupun luaran untuk meningkatkan jualan, memberi perkhidmatan nasihat serta memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan produk atau perkhimatan X Brand.
Peserta yang terpilih akan diberikan peluang bagi menunjukan bakat dan kebolehan yang mereka miliki.



Pemilihan 3B Skin dibuat melalui laman sosial “Facebook”.
Lebih 200 penyertaan dan 100 peserta yang terpilih akan memasuki peringkat akhir. Penangguhan pemilihan peserta adalah disebabkan pemprosesan produk yang lambat demi mencapai kualiti produk yang bagus dan tinggi sebelum produk tersebut di edarkan di pasaran.

Pemilihan ini dianjurkan oleh MMK, iaitu penganjur Miss Malaysia Kebaya. Dengan sokongan padu daripada pihak penaja dan rakan kongsi, program 3B Skin BA dan XBAS Malaysia 2016 dapat berjalan dengan lancar.

Pencarian duta bagi 3B Skin BA terbuka untuk semua rakyat Malaysia, semua bangsa, peserta lelaki dan wanita yang berumur 21 tahun sehingga 40 tahun.

Peserta hendaklah menekan butang “Like”/ “Suka” di laman Facebook 3BSkin dan XBAS Malaysia 2016. Semua maklumat akan disiarkan dalam laman tersebut.

X-Brand Ambasaddors Search Malaysia 2016

3BSkin


Sampel produk dan arahan telah diberikan sebelum 15 Disember 2015

Masa diberikan adalah 14 hari :

1. Percubaan sampel produk 3BSkin.
2. Ambil gambar semasa mengunakan produk tersebut.
3. Berikan testimoni berkenaan produk tersebut. (ringkas dan pendek)
4. Peserta hendaklah memuatnaik video berdurasi 1 minit (tidak wajib).

Pemilihan adalah daripada gambar dan maklumbalas / testimoni atau video yang diberikan.
Kami akan memilih 20 peserta bagi 3BSA, 1 peserta atau lebih sebagai duta rasmi produk 3BSA.

Segala maklumat hendaklah dihantar kepada penganjur sebelum 31 Disember 2015. Keputusan akan di umumkan pada awal Januari 2016 di 3Bskin Facebook & XBAS Malaysia Facebook.

Perhatian : Jason Hee
PM atau whatsApp 012-9211486 atau email missmalaysiakebaya@yahoo.com

Pemilihan dibuat berdasar gambar anda bersama produk tersebut, testimoni dan video.

*Pengasas 3Bskin akan berjumpa dengan duta yang terpilih ke peringkat akhir*

Pemilihan terbuka kepada umum bagi Like terbanyak, gambar paling kreatif, selfie terbaik, testimoni terbaik dan video terbaik.  



25 peserta daripada 100 peserta akan dipilih sebagai 3Bskin BA dan  akan mendapat produk bernilai lebih RM150.00 setiap satu.


5 peserta terbaik 3Bskin BA  akan mendapat set lengkap produk 3Bskin bernilai lebih RM 500.00 setiap satu berdasar kepada...


1. “LIKE” / “Suka” paling banyak.
2. Video paling kreatif.
3. Selfie terbaik.
4. Testimoni  terbaik.
5. Video terbaik. (bagi yang menghantar video)

Selain menjadi duta bagi produk 3Bskin, kebaikan lain yang boleh didapati ialah produk percuma, pengiklanan, gambar anda bersama produk 3Bskin di laman sosial berbayar, diberi gaji, peluang menjadi rakan kongsi, dan kontrak pekerjaan akan diberikan (tertakluk kepada terma dan syarat).


Pengenalan Syarikat 3Bskin

-Siapakah syarikat 3Bskin ?


Syarikat penjagaan kulit secara online yang di asaskan oleh Jun Hee, usahawanita muda yang berumur 25 tahun yang mempunyai impian dan minat yang mendalam  untuk menceburi industry kesihatan dan kecantikan.

Produk di edarkan dan dipasarkan oleh “Three Bskin Enterprise”.


-Apakah 3BSKIN?
Produk yang menawarkan kualiti yang tinggi dengan harga mampu milik dan diperbuat daripada bahan terbaik yang sesuai digunakan oleh masyarakat Asia terutama bagi golongan remaja.

Ciri-ciri produk yang unik, pek produk menarik perhatian dan terkini sesuai digunakan oleh wanita dan lelaki.


-Bilakah 3Bskin diwujudkan?


Setelah bertahun pengalaman dalam jualan dan promosi produk kecantikan pihak lain, pengasas menyedari kepentingan untuk mencapai kepuasan pelanggan, mendapat kepercayaan daripada pelanggan, memastikan produk yang dibuat berkualiti tinggi, meletakan harga produk dengan harga mampu milik berserta kualiti yang terjamin baik . Untuk mencapai kepuasan pelanggan, pengasas hadir dengan idea mencipta produk keluaran serta jenama sendiri bagi memenuhi segala kepentingan pelanggan. Oleh itu pengasas mengeluarkan produk berjenama 3Bskin yang “Trademark” pada bulan September 2015 dan produk bakal dilancarkan pada Januari 2016.

-Dimanakah terletak nya pejabat 3Bskin?


Anda boleh lawati kami di :-
@Pejabat:
Penthouse (Level27)
Centerpoint South, The Boulevard
Mid Valley City Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur Malaysia

(Sila Buat Temu Janji)

www.3bskin.com
(website masih dalam proses pengubahsuaian)

@FB :3BSkin
@Instagram : 3BSkin


-Kenapa 3BSKIN?
Penamaan bagi jenama tersebut adalah daripada 3 ayat ajaib iaitu “Bouncy,Brighten and Baby skin” yang bermaksud kulit anjal, cerah dan nampak cantik seperti bayi.

Konsep bagi produk kami adalah penyelesaian masalah kulit yang efektif, berkualiti tetapi mampu dimiliki (tidak mahal).
Ciri-ciri produk yang unik, pek produk yang menarik perhatian serta mudah digunakan.

Visi kami adalah memberikan pelanggan pengalaman bagi merasai produk kami yang memberi kesan yang efektif dan mengejutkan.


-Bagaimanakah 3Bskin diformulasikan?

Produk kami di formulasikan di Perancis dan telah melalui pelbagai penyelidikan, perkembangan dan pemprosesan selama setahun oleh OEM(Original Equipment Manufacturer) terbaik. Di berikan sijil di Malaysia oleh GMP (Good Manufacturing Product) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pengenalan Produk 3BSkin

1. Detox Mask
2. Hydrating Jelly Mask
3. Diamond UV SPF35+++
4. Cleansing Milk
5. Toner
6. Enzyme Scrub
7. Serum

Kenyataan lebih lanjut akan di maklumkan di 3Bskin  pelancaran pada awal bulan Januari

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.