AFB Feeds

LifeStyle

Tugasan Harian P.A.

11:04


Bilamana dapat bos yang cakap P.A. tak de keja, harus la P.A. buat satu buku tugasan harian..Kalau-kalau nanti bos tanya, apa tugas P.A. kita bagi je buku ni..P.A. ni ada keja, terus buat on the spot..tak simpan..tambah-tambah kalau duduk kat Unit Integriti yang Integriti la sangatttt kan!!!!kerja harus la tip top..attitude pun kena tip top..

Aku rasa setiap P.A. patut ada buku macam ni kalau-kalau dapat bos yang macam hampeh..kalau bos okey, alhamdulillah..tak banyak citer..tak cerewet..senang keja..

Aku buat buku ni sebab timbul isu bos tak senang hati tengok aku duk saja kat tempat..tak de buat keja la konon..padahal malas nak story..aku tulis je semua tugas-tugas harian yang aku buat kat dalam buku ni..kowt2 nanti bos tanya, tunjuk je buku ni sebagai bukti..


beauty

Saya Nak Sample Free

14:03

Sapa pernah guna Siri Pembersih Muka & Mekap PIXY

**Pixy Gentle & Moist Cleansing Lotion


**Single Step Liquid Foam For Makeup


**Eye & Lip Makeup Remover


Antara 3 item ni, aku dah guna Pixy Gentle & Moist Cleansing Lotion..bagi aku, sangat best..senang nak cuci makeup..letak je beberapa titik atas facial cotton, pas tu lap ke keseluruhan muka..termasuk mata sekali sebab aku pakai eyeshadow/mascara/eye liner jadiknya kalau basuh ngan air gitu je, memang tak bersih..so aku guna  Cleansing Lotion Pixy ni, senang nak tanggal..
yang lagi 2 item tu, aku tak pernah try lagi..Eye & Lip Makeup Remover tu macam susah je nak cari..tiap kali aku gi Guardian ke Watson ke, habis..tak tau la..tiap kali aku gi je 2 farmasi ni mesti dah abis..macam tau-tau je aku nak beli..Dah tiap kali aku nak beli Eye & Lip Make Up Remover tu asik abis je so aku guna Pixy Gentle & Moist Cleasing Lotion je cuci eyeshadow/mascara/eye liner kat tang mata..boleh je..even kat bibir pun boleh..tak caya..sila cekidaut video kat bawah tu..klik je link aku bagi tu..baper saat je videonya..
Jadik sesapa yang nak sample free dari Pixy, boleh isi form ni PIXY FREE SAMPLE..korang isi butiran korang & kat bahagian kawan rujukan tu, isi nama aku 'Rohafiza Abu Halifah'..Nanti korang akan tima parcel free dari Pixy..heeee..
Jom cekidaut video dari Pixy ni..Betapa mudahnya dengan ada Pixy :)

Note : kalau korang berminat nak sample free pixy ni, isi borang & submit sebelum 5 Oktober 2014 ;)

TTC

FiezaSani TTC Effort #3 Supplement tambahan & BBT

15:05

Keseronokan bekerja..since dah tukar tempat baru ni..memang keseronokan bekerja aku dah kurenggg..compare kalau kat tempat lama dulu, aku rasa semangat giler nak gi kerja..semangat dengan environment kerja & kawan-kawan ofis yang best..kat tempat baru ni, memang honestly aku rasa tak semangat nak gi kerja..seyesss, okey..
nak bagi semangat tu, aku nak buat menda lain yang aku minat..untuk tak nak nampak yang aku tak bersemangat kat tempat baru ni..apa lagiiiii..my biznesss..hiiiii..my blog n my ttc..nanti aku update pasal biznesss aku..sekarang aku dah start jual beberapa produk kecantikan & kesihatan selain dari NYX produk..nanti aku buat entry lain yeak..
yang ni aku nak citer pasal TTC aku..waaaa..lama tak story pasal TTC aku..apa citerrrr?aku dah stop ke..tak...masih go on TTC aku tapi aku tak berciter sangat kat sini..sekarang aku tengah on 1 produk jenis sapu2 je..malas nak amik yang jenis makan/minum..kalau tak menjadik aku cepat give up..so kalini aku guna jenis sapu..so far aku pakai selang sehari sebab bila aku sapu krim ni, gatal kowt..bila dah gatal tu, jangan cakap la..tangan aku rajin je menggaru..sampai berbekas aku garu..aku pakai krim ni nak dekat sebulan..so far belum menampakkan hasil lagi..tak pe krim tu banyak lagi sebab aku pakai sikit-sikit..jadik pakai sampai berjaya..haha..caiyok caiyok..
semalam pulak dapat gud news adik sepupu aku tengah preggy 3 bulan..lagi semangat aku TTC..nanti aku & mr hubby nak try amik supplement tambahan..eh..tadi citer, cepat give up..hiii..idok la give up sangat..aku selalunya cepat give up, kalau produk yang memang untuk pregnant tapi bila aku makan, tak berhasil..tu yang aku cepat noooo give up nya..ni aku nak amik vitamin tambahan je..tengah usha-usha ni vitamin apa yang okey..mr hubby pun sama gak..dah diskuss semalam, mr hubby okey nak amik supplement tambahan..kalau tak sebelum ni mr hubby macam kurenggg sikit tang suh makan-makan ni tapi semalam berjaya slow talk..heee..jadik nanti aku & mr hubby ber 'supplement' la plak..heeee..usaha tangga kejayaan..
lepas itu, aku rasa macam nak continue balik amik suhu (BBT)..macam dulu-dulu yang aku ada story, aku ada amik suhu untuk cek bila time subur..heeee..bila dah tau time subur, paham-paham je la kan..malu pulak nak story lebih-lebih..heeee..tak tau ni plan aku je..kenkadang aku ni hangat-hangat tahi ayam je..hope aku konsisten..Aamiin..

Nuffnang

BE September

18:32

tQ Mr.Nuffnang..BE September yang tengah sehati berdansa kat blog aku yang jap berupdate, jap tak berupdate..ikut suka..tapi tetap dapat jugak BE dari Mr.Nuff..heeee..tak kisah la kan..orang nak bagi pun dah kira syukur..

sila-sila ar klik iklan Mr.Nuff kat blog ku ini, kalau sudi..nak kumpul duit ni, nak beli phone baru..heeee..tetiba..


LifeStyle

Dato' oo Dato'

14:29

Bersiaran dari opis baru..heeee..nebes semalam nak jumpa ngan Pengarah a.k.a bos baru aku ni..hari isnin masa aku lapor diri, Dato ni cuti..so semalam baru official berjumpa..hari selasa tu kan cuti..tak tau la nak habaq aku punya nebes..rasa tak de mood nak datang keja pun yea..sebab bertukar environment kan..lagipun hati duk masih kat bahagian lama..huhu..napa la bergabung..kalau tak maintain je aku keja kat bahagian tu..

Semalam Dato' panggil aku ngan p.a.sementara yang sebelum ni..duk diskus2 la sikit..tanya background bagai..orang SPRM..kena soal siasat..aku okey je..Dato' ni pun idok la marah-marah pun..dia tanya elok-elok..tapi bila part yang aku balik keja kul baper tu, aku sikit argue ngan dia..sekarang kan aku masuk kul 7.30pg - 4.30ptg..so aku terus terang la, 4.30 ptg sharp memang aku kuar..sebab aku tumpang orang..Dato' tu macam nak suh aku balik lambat..so ada sikit argue di situ..tapi lepas dah keluar dari bilik Dato' semalam, p.a.sementara tu cakap, Dato' gertak je..masa dia mula-mula jaga Dato' ritu pun, dia pun kena macam aku gak..so okey, fioneeee..

masih membiasakan diri kerja kat bahagian baru..yang paling tak tahan semalam, masa discussion dengan Dato', dia suh akak yang jadik p.a. sementara tu duk sebelah aku seminggu..ajar aku..aku macammmm..tak tau nak cakap..aku baru masuk keje kerajaan kowt semalam..*&#^@%!@&*! Padahal sebelum tu dia tanya dah baper lama aku kat Kementerian ni?aku inform since 2007 so dah 7 tahun..bukan la nak eksen..tapi aku dah tau keja-keja P.A. tu macamne..tapi nasib akak yang jadik p.a. ganti tu, tak duk pun sebelah aku..dia ajar sikit-sikit je..akak tu cuma cakap ada apa2 yang tak tau just tanya je ngan dia..

masa aku duk argue ngan Dato' semalam, ada la jugak Dato' ckp macam ugut aku 'eh..dia ni banyak cakap plak..saya tukarkan awak kang'..aku macam dah ringan je mulut nak jawab..tapi ku tahan jebatttt..sukati Dato' la..kalau Dato' rasa saya tak sesuai jadik P.A. Dato', bitau je la, dengan segera saya isi form tukar..hehe..Dato' tu pun masa cakap tak de la marah-marah..cuma nada tegas..aku je yang terkezut sebab sebelum ni dapat bos yang baik2..tetiba dapat yang tegas..macam kezutan budaya jap..hehe..

LifeStyle

Lapor Diri

19:31

Tadi aku dah melapor diri kat bahagian baru..nama bahagian baru aku ni, Unit Integriti..hah, kan aku dah bitau dalam entry sebelum ni kalau confirm aku masuk bahagian ni, memang ber'intergriti' aku..heeee..tak boleh ar ngulor selalu (opsss..kantoi sudah..heee)..tak selalu ngulor..kenkadang je..

Bos baru aku ni pangkat Dato'..Timbalan Pesuruhjaya dari SPRM..tu pasal la nama Unit aku masuk ni Integriti..Sekarang setiap Kementerian, kena ada Unit Integriti..salah satu fungsinya untuk pantau kakitangan kerajaan yang tak baper nak ber'integriti'..contoh menerima rasuah @ apa-apa yang mempunyai kepentingan peribadi, tatatertib & lain-lain..ni yang aku tau la, tu pun aku main hagak-hagak je la..lain-lain aku tak pasti..nanti aku dah start bertugas kat unit tu, boleh ar aku citer lebih lanjut..tapi idok la detail sangat..kerajaan..SYMP..heeee

Memandangkan bos baru aku ni, sebelum aku masuk kat Unit ni pun aku dah dengar macam-macam citer yang tak baper nak beshhhh..tapi aku nak amik pendekatan, tak nak dengar cakap orang..biar aku bekerja dengan Dato' ni dulu so aku boleh nilaikan sendiri..lagipun kadang-kadang gosip2 ni tak baper nak boleh pakai sangat..tak pe, biar aku cuba kerja dulu ngan Dato' ni..Hope Dato' ni okey la macam bos-bos aku yang sebelum ni..think positive think positive..tadi pun aku tanya akak yang jadik P.A. sementara Dato' ni, Dato' ni okey ke sebab aku banyak dengar citer yang -ve..akak ni nasihatkan aku, kerja dulu ngan Dato'..jangan dengar cakap orang sangat..pada akak ni, Dato' okey je..tapi pada dia la..orang lain dia tak pasti..

So don't judge the book by it's cover..Dato'..kita cuba bekerjasama, yeak..hope Dato' baik & boleh bekerjasama dengan saya..heeee..

ASB

Balance RM0.00

17:40

Tetiba ghajin aku update blog weekend..hiiii..tengok pada tahap kerajinan aku..ni mr hubby keluar jap..boleh ar guna lappy dia..heeee..ada je lappy aku tapi malas nak bukak..

semalam mak aku ghajin mengemas2 dalam bilik..sekali terjumpa buku ASW 2020 aku punya..hat lama..aku pun tak ingat bila aku bukak..aku check kat dalam buku tu, aku bukak tahun 2003..update sampai tahun 2004 je..tu pun keluarkan..bukan masuk..balance dalam tu RM0.00..macam tau-tau je azam baharu aku yang aku up entry haritu..nak menyimpan..

aku wassap adik ipar aku nak tanya aktif lagi ke buku ASW 2020 aku ni..adik ipar aku keje kat pejabat pos..jadik boleh ar tanya dia..kalau buku ni aktif lagi, boleh ar aku start menyimpan dalam buku ni balik..haritu ASN, aku dah start menyimpan..harini aku up entry, esok terus simpan..hehe..hope azam baharu aku maintain dan berterusan every month simpan duit..bukan nak berlagak tau nak bagitau yang aku ni ghajin no00 nyimpan duit..aku simpan pun bukan jenis banyak..tak sampai ratus-ratus pun..dalam puluh gitewww je..macam aku citer dalam entry haritu, nak menyimpan untuk waktu kecemasan di samping dapat jugak benefit dividen simpan kat amanah saham ni..

 Berbalik story pasal ASW 2020 aku ni, aku tanya adik ipar aku..aktif lagi ke?kalau aktif aku simpan la duit balik dalam tu..adik ipar aku tanya ada balance lagi ke?aku bitau RM0.00..adik ipar aku suruh try update dulu..dia rasa walaupun balance RM0.00 mungkin ada kowt puluh2 dalam tu..dividen kowt..setahu dia amanah saham ni, start tahun 2012 kalau balance 0, terus automatik tak aktif..macam buku aku ni, tahun 2004..tak pasti la..nanti nak update..try tengok masih aktif lagi ke idok?kalau aktif, aku simpan la duit balik dalam ASW 2020..hehe..opismate aku yang aku citer kat entry haritu, dia simpan kat ASW ni la banyak dividen dia dapat..kata dia ASW ni dividen tinggi..dia la bagitau..aku tak baper pandai sangat..

LifeStyle

BPU Tetap DiHati

15:10

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di KKR tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

[Chorus]
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan BPU ini

PUTRAJAYA
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela BERPINDAH
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

[Ulang chorus]
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang PERPINDAHAN ini
Ku ingin sampaikan pesanan
PUTRAJAYA penyambung warisan..


  waaaa..sedeynya Bahagian aku yang sekarang ni akan berpindah ke Putrajaya..mulai minggu depan, beroperasi di sana di sana di sana..aku..as aku mention dalam entry sebelum ni, aku awal-awal dah mintak tukar..duk tunggu surat tukar dari Sumber Manusia tak sampai-sampai..Bila aku follow up dengan Sumber Manusia, katanya surat aku dah buat..tapi idok jugak sampai lagi kat aku..tak paham aku..apa ke laju sangat PSM ni buat keje..hmmm..ntah le tunggu je la..kang komen lebih-lebih, kata banyak cekadak pulak khennn..

Aku start masuk BPU ni dari tahun 2008 sampai sekarang..macam-macam pengalaman pahit manis kat BPU ni..dari 2008 sampai sekarang, 3 bos la aku jaga..semua bos lelaki..bos lelaki ni best..tak banyak bunyi..simple..kalau boleh bos baru nanti pun nak lelaki jugak..heheh..gataiiii..bukan nak menggatal..tapi aku rasa bos lelaki ni senang nak handle..tapi tak semua la..ada jugak yang cerewet..hope future bos aku ni, okey la..hope so..tak kisah la bos laki ke pompuan?yang penting okey & senang nak bekerja..

Nak citer pengalaman aku kat BPU ni, banyakkkkk..aku pun tak baper nak ingat..
 hmmm..macam-macam pengalaman aku kutip bekerja kat BPU ni tapi pahit ke manis ke BPU tetap di hati..

LifeStyle

Integriti la kan??

11:44

As aku pernah story bahagian aku kan dah bergabung dengan satu lagi bahagian lain yang beroperasi di Putrajaya..aku awal-awal lagi dah mintak tukar..tapi tak dapat lagi surat pertukaran..dengar-dengar next week isnin, bahagian aku ni akan beroperasi di Putrajaya..aku tak folo la sebab post P.A. kat sana dah diisi..Semalam aku folo up dengan HR tempat aku ni pasal pertukaran aku..surat aku tengah buat..okey, fioneeee..

 tempat kitaorang ni pun akan diubahsuai sebab ada bahagian lain yang akan amik..aku tak tau la nak duk kat mana sebab tak dapat surat pertukaran lagi..aku memang dah aim library je..bukan salah aku..bukan tak nak buat keja, dah tak dapat surat pertukaran lagi acane?

#ishhh..ada dapat info aku dapat post kat Kementerian jugak..jadik P.A.Dato'..aku pernah story dulu..alaaaaa..kekwat kowt..tak pe think positive, think positive..cuba dulu..jangan dengar cakap-cakap orang..wahhhh, kalau betul aku jaga Dato' tu, mmg confirm aku ber 'integriti'..sebelum ni pun aku integriti tau..tapi kalau confirm masuk bahagian baru ni, lebih ber'integriti' gitewww..heeee..

Okey..nak remind pada sesapa yang berminat nak order NYX produk boleh WhatsApp/Telegram aku, kat 0163333046..masih dibuka untuk order sehingga 14/9/2014..
Barang-barang NYX ni original dari USA..so Pre-Order, amik masa 2-3 minggu untuk sampai..

Kat bawah ni list barang-barang NYX..Ada banyak lagi barang-barang NYX tapi ni antara yang aku dah promot kat ig #chintafiezzshoppe & pages @ChintaFiezzBoutique.. 


SOFT MATTE LIP CREAM
RM28 exclude postage



 NYX Eye Pallete
RM40 exclude postage

BUTTER LIPSTICK
RM28 exclude postage
 


MATTE LIPSTICK
RM28 exclude postage

LIP PRIMER
(a) NUDE ~ LPR01
(b) DEEP NUDE ~ LPR02
 

RM35 exclude postage 


 Slim Lip Pencil NYX
RM20 exclude postage

Review Novel

Review Novel #5 ~ Lelaki Sedingin Dia

11:21

Novel : Lelaki Sedingin Dia
Penulis : Syah Shah
Tebal : 508 m/s


Kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan..Itu yang Andria dengar tentang Fawwas Hakim..Memang benar..bagi Fawwaz, perempuan untuk dia hanya teman berhibur..

Mereke dipertemukan di bumi Cameron ketika masing-masing melarikan diri dari 'perkahwinan paksa'.. Saling tidak kenal tetapi ada sejarah yang tercipta..

"Mati hidup balik pun kau tak akan layak kahwin dengan aku!"-Andria..

Kata-kata Andria, tatkala segalanya terbongkar mencabar ego Fawwaz.. Tunggulah dia akan buat Andria tunduk di kakinya..

"Dah jadi macam ni baru nak kata tak layak?"Masa kau peluk cium aku hari tu, tak rasa pulak tak layak?"-Fawwaz 
"Jangan nak buat cerita lah!"-Andria
"Buat cerita?I'm telling the truth, babe..Nak aku cakap dekat mana tahi lalat kau?Ada berapa?Nak?"-Fawwaz

Putar belit Fawwaz berjaya mengaburi mata semua orang..Dan..kerana bimbang kemungkinan yang satu itu, Andria terpaksa mengalah, menjadi isteri pada lelaki itu..

"Marriage will never tie me down. Kahwin atau tak, sama aje untuk aku..Bezanya cuma sekarang, katil aku tu sentiasa ada pemanasnya.-Fawwaz

Sampai bila hati kering seorang Fawwaz boleh bertahan dengan pesona yang ada pada Andria?Mampukah Andria mengubah Fawwaz menjadi 'manusia'?

 Note : Sinopsis atas ni aku copy paste ikut kat belakang novel..aku tak ingat jalan citer dia sebab dah abis baca beberapa bulan lepas..aku tak baper ingat jalan citer novel ni, tak boleh ar aku nak bagi review dari apa yang aku baca..tapi citer dia best walaupun agak cliche sebab besa la memula kahwin paksa..tak cinta..lepas tu jatuh cinta..
 yang aku suka baca novel ni, dialog @ ayat-ayat dia santai..tak terlampau romantik sangat..aku kalau novel yang dialog @ ayat2 dia romantik sangat, bohsan nak baca..

ASB

Azam baharuku

19:56

Azam baharu, nak simpan duit dalam ASB / ASN / ASW @ sewaktu dengannya..apakah tetiba nak azam baru bagai ni, fieza oiiiii..saja nak aktifkan balik ASN aku tu..buku mmg dah lama ada tapi tang menyimpan tu je yang tak baper nak ada..ikut suka hati aku nak simpan ke tak..tapi banyak yang tak simpan..aku asal ada duit je, mula la mereka2 nak beli barang apa..pftttt..aptb..sila sedar diri, lakiku itu bukan keja gaji sampai 7-8 ribu..

okey, ni azam baru ni..nnti dapat duit gaji, nak simpan sikit2..kalau dapat untung biz sikit2 pun nak masuk dalam simpanan separuh2..bukan apa, peringatan di masa susah..yelah kita kena beringat bukan selalu kita berada di atas..ada masa kita di bawah..kalau time ada kat bawah tu, contoh kita ada masalah kewangan, ada simpanan ni boleh jugak tolong sikit2..kalau nak pinjam dengan orang lain, tak semestinya orang nak tolong kan????

Lagipun takkan kita nak berharap dengan orang lain je..macam "ooo..tak pe, kalau x de duit, pinjam dengan si polan tu"..kalau si polan tu nak tolong, okey la..kalau tak nak..nak buat apa..jadik untuk mengelak kita terasa hati / sentap sebab bila time susah tak de orang nak tolong walaupun family sendiri, kita beringat..menyimpan le utk masa hadapan..

Meh la kita menyimpan di ASN / ASB / ASW @ yang sewaktu dengannya..kes ni contoh je la..nak bagi peringatan pada diri sendiri..

Aku nak ikut jejak ada sorang  opismate aku ni..dia mmg suka menyimpan kat Amanah saham ni..bila dia check dividen ke bonus dia dapat..mak aih..banyak beb..yang baru ni, dia dapat dividen shj ASW, 6K..okey..jeles..tue la sapa suh tak suka menyimpan..opismate aku ni, nak kata tak shopping..kaki shopping jugak..tapi simpan, simpan jugak..aku pun kenkadang segan sbb selalu teman dia gi simpan duit kat Amanah Saham2 ni tapi aku tak menyimpan pun..pftttt..

Moral of the story ~ sila menyimpan..jangan harapkan pertolongan dari orang lain walaupun mak ayah, adik beradik , sedara-mara @ kawan2..kita berdiri diatas kaki sendiri..bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..



LifeStyle

Rezeki

21:03

Rezeki harini..opismate belanja..2nd time makan kat Nando's..heeee..cian..orang lain dah baper ploh/ratus/ribu kali makan kat Nando's, aku baru 2nd time..Aku bukan tak suka nak makan kat situ tapi aku rasa rega makanan kat Nando's mahal plus ahkak x gheti nak order..tu yang benornya..hiiii..1st time dulu makan kat Nando's adik ipar aku belanja..tadi opismate aku belanja..memandangkan aku pun tak baper reti nak order jadik tanya ngan member aku la apa yang best kat Nando's tu..

Review : okey gak makanan kat Nando's..sedap..tapi rega ermmmm..tadi member aku bayor utk dua org dalam RM65.00..ke murah tu utk korang..aku je yang rasa mahal..


beauty

Review NYX ~ SMLC

17:35

Jatuh cinta dengan lipstick brand NYX ni..baru terjebak gara-gara instagram..hehe..Aku try beli 1..Aku terminat nak beli sebab warna2 dia menarik plus ada banyak pilihan (22 warna) & cantik..yang aku beli ni nama dia Soft Matte Lip Cream (SMLC)..SMLC ni bila pakai tak berkilat (glossy), jenis kering tapi still moisturise..and texture dia lembut..rasa macam tak pakai lipstick pun ada..bau dia sedap macam nak makan..kalau tanya aku pasal SMLC ni, suka suka suka.."Fieza bagi 4 setengah bintang"..Nanti nak tambah kaler lain plak..haritu masa order yang aku beli ni tinggal kaler natural2 je..macam yang aku pakai dalam gambar kat bawah ni kod Abu Dhabi..okey sila jangan terkejut..kod2 untuk SMLC ni guna nama bandar2 di seluruh dunia..curlassss..


Produk NYX ni semua pre-order sebab original dari USA..amik masa 2-3 minggu untuk sampai...
Sesapa yang berminat nak order boleh WhatsApp /WeChat aku ~ 0126805640 @ e-mail : fieza_amy81@yahoo.com..Harga : RM28 exclude postage

Aku dah open order untuk SMLC ni untuk bulan September (tarikh tutup : 14/9/2014)..Kalau berminat nak order, sila WhatsApp @ e-mail aku..

cantik ke idok?hiiii..ni aku pakai kod SMLC Abu Dhabi..natural kaler..

kod-kod seperti dibawah..


SMLC01 (Amsterdam) Pure Red
SMLC01 (Stockholm) Mid Town Beige Pink
SMLC03 (Tokyo) Bubblegum Pink
SMLC04 (London) Mid-Tone Beige
SMLC05 (Antwerp) Mid-Tone Yellow Toned Pink
SMLC 06 (Istanbul) Clean Pink
SMLC 07 (Addis Abba) Bright Fushia
SMLC 08 (San Paulo) Plummy-Pink
SMLC 09 (Abu Dhabi) Deep Rose Beige
SMLC10 (Monte Carlo) Deep Cranberry Red
SMLC11 (Milan) Mid-Tone Blue Toned Pink
SMLC12 (Buenos Aires) Soft Coral
SMLC13 (Sydney) Soft Lavender
SMLC14 (Zurich) Matte Muted Rose
SMLC15 (Athens) Matted Peach Beige
SMLC16 (Cairo) Matte Pure Nude
SMLC17 (Ibiza) Matte Deep Rose Pink
SMLC18 (Prague) Matte Merlot
SMLC19 (Cannes) Matte Muted Nauve
SMLC20 (Cooenhagen) Matte Rich Plum
SMLC21 (Transylvania) Matted Deep Violet
SMLC22 (Morocco) Matte Coral Orange

Review Novel

Review Novel #4 ~ Khilaf Semalam

16:10

Novel : Khilaf Semalam
Penulis :Farrah Hannan
Tebal : 602 m/s

Okey, aku nak buat review novel yang baru habis baca ni..tak de la baru sangat..dalam 2 minggu lepas kowt dah abis baca..tapi aku macam blurrr nak buat review sebab nak karang ayat..cewahhhh..karang le sangat kannn..


2 orang kawan baik >> Hasbul Warits & Liyana Balqis berkahwin dalam usia yang muda selepas ditangkap berdua-duaan dalam pondok kat dalam hutan..akceli dorang tak de buat apa pun masa kat pondok tu..tapi dah kena tangkap berdua-duaan, confirm la orang dah pandang serong..jadik untuk menyelamat keadaan, dorang di paksa berkahwin..Dalam keterpaksaan, kawen la jugak 2 orang kawan baik ni..masa mula-mula macam janggal la jugak sebab sebelum ni dorang berkomunikasi sebagai kawan baik tetiba bertukar status..agak pelik sikit tapi dorang cuba jugak untuk belajar  menerima diri masing-masing..Selepas beberapa bulan, dorang terima berita gembira..Liyana Balqis mengandung..hah, dalam terpaksa terpaksa tu..hiiiii..Memandangkan dorang pun kawen lepas SPM, jadik memasing dah pasang angan-angan nak sambung belajar lepas keputusan SPM keluar..tapi Liyana terpaksa menangguhkan dulu impian nak sambung belajar sebab tengah memboyot (a.k.a mengandung)..Suami dia, Hasbul Warits yang menyambung pengajian di Universiti dahulu..Masa ni start la dorang PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)..Liyana di kampung..Hasbul Warits di Universiti..Dah start PJJ ni, macam-macam dugaan dorang hadapi..Hasbul Warits mula main kayu 3 dengan pelajar pompuan tempat dia belajar..

Lepas je bersalin anak kembar dorang, Liyana sambung belajar di tempat yang sama dengan suami dia..Atas nasihat keluarga kedua-dua belah pihak, untuk merapatkan lagi hubungan suami isteri ni..Walaupun belajar di satu tempat, rahsia dorang suami isteri tetap dirahsiakan dari sesapa..Cuma kawan-kawan dorang pelik jugak, tiap kali cuti mesti Liyana & Hasbul Warits hilang..bila balik je Universiti, lepas dorang bercuti mesti dorang perasan something kat leher memasing..tapi kawan-kawan dorang tak nak pikir bukan2..

1 hari Hasbul Warits terkantoi keluar dengan girlfriend dia tengah makan bersuap-suap bagai..Liyana ternampak sendiri..sebelum ni Liyana cuma dengar orang berciter je tapi tak pernah nampak..Lepas je ternampak adegan suami dia dengan pompuan lain, Liyana terus dingin dengan suami dia..Hasbul sendiri tak tahu yang dia dah terkantoi..Sampai satu tahap Liyana bergaduh dengan girlfriend suami dia yang menyebabkan dia keguguran..Dia pun tak tahu yang dia mengandung lagi..Selepas kes dia keguguran, baru la beberapa orang kawan satu Universiti dengan dorang tahu yang Hasbul & Liyana suami isteri..Yang girlfriend Hasbul pun walaupun dah tahu, tetap nak jugak kat Hasbul..Hasbul pun melayan..Selepas dari satu peristiwa yang berlaku pada Hasbul, ingatkan dia dah insaf & baik semula dengan Liyana..rupanya dia mintak izin dengan Liyana nak kawen dengan girlfriend dia..girlfriend dia pun tak kisah..tapi Liyana kisah sebenarnya tapi dia dah terlepas cakap bagi izin..siap dengan syarat majlis buat di rumah dia..sabor je la..

Hari pernikahan Hasbul & girlfriend dia, Liyana mengelak dari bertembung dengan suami dia..Selepas siapkan apa yang Hasbul perlukan, dia duduk di rumah datuk sedara dia..Masa Liyana duduk berehat kat rumah tuk dia tu, berlaku kebakaran..Kelam kabut Hasbul berlari ke rumah tok dia..Dia dah tak peduli majlis nikah dia & girlfriend dia tu..Gigih dia masuk dalam rumah yang terbakar untuk menyelamatkan Liyana..Liyana selamat..Hmmm..masa tu baru Hasbul tau yang dia perlukan Liyana..Majlis nikah dibatalkan..

Ending >> Dorang berjaya menamatkan pelajaran masing-masing..dan hidup bahagia dengan anak kembar & anak baru dorang..hiiiiii

Flickr Images

ShopLink Asia

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.