AFB Feeds

beauty

NuTeen punya pasal

14:23

Sesapa folo aku kat instaGram & fb, tau kowt aku menang peraduan majalah EH online ..bulan lepas aku menang lagi, produk EUCERIN plak..tapi aku tak amikkk pun SEBABBBBB..ni nak citer..aku serik tau..bukan main bangga lagi menang produk NuTeen masa bulan Februari ritu..hehe..siap post kat InstaGram & share kat fb plak..adik ipar aku mintak pun, tak bagi..hah ko..bukan main eksennnn lagi..sebelum aku dapat hadiah tu, aku ada beli sabun susu beras + collagen..tapi bila NuTeen tu dah sampai..tak pandang sabun yang murah itu..haha..aku pun start la pakai NuTeen..masa pakai memula tu, rasa macam okey je..masuk hari ke-2 & seterusnya bila kat opis, pipi aku gatal giler..merenyam2..aku plak baru belajar2 make up ke ofis (yea, ahkak baru belajar ber make up, okey..)so pakai la eyeshadow ngan blusher bagai..sebelum ni aku pakai eyeshadow je, blusher tak pernah try pun..so aku ingat masa pipi aku duk gatal2 merenyam, ingatkan pasal blusher tu ke??esoknya aku tak pakai blusher..tengok still gatal2 jugak..pas tu bila tengok kat cermin, kat muka aku cam bengkak pun ada..jerawat kecik2 pun naik jugak..haihhhh..geram plak..udah la cun (hehe)..jerawat plak..kat pipi aku dah merah2..ada sorang member aku ni dia tanya ngan sorang lagi member aku..apsal muka aku camtu..yang member aku ni tau, aku menang produk NuTeen ni..tapi member aku tak cakap apa la..dia cuma cakap dalam hati je..'ermm..fieza tak sesuai pakai produk tu la'..hah,memang pun..seminggu @ 2 minggu rasanya aku pakai NuTeen ni..pas tu aku stop..pakai balik sabun susu beras + collagen..malam plak..aku continue balik pakai bedak Thanaka (yg glamer jap ritu sebab Nora Danish ada buat re-packing guna nama dia)..tapi aku tak beli ar yg brand hat ND tu..aku beli yang brand original je..murah sikit..hehe..baru okey balik muka aku..idok le cun melecun & kulit licin cam retis korea tapi okey la dari yang aku pakai produk NuTeen tu..haihhh..serik ahkak..tu yang aku tak amik pun produk EUCERIN yang aku menang bulan lepas..seyes serik aku..tak pe ar, aku pakai produk yang tak de brand & murah je..janji kulitku tak bermasalah..aku tak cakap produk NuTeen tu bermasalah..cuma tak sesuai dengan aku je..yelah apa2 produk pun ikut kesesuaian memasing..

ofis

eh ko ni dah kenapa????

13:47

rimas aku kalau orang asik tegur aku 'eh, ko apasal serabut sangat'..'ko, tak rimas ke rambut panjang2'..'ko itu'..'ko ini'..muka aku ni mmg untuk kena kritik je ke??pas tu bila lalu kat tepi bilik aku, suka ketuk tingkap kat bilik aku ni kuat2..adoiyai..terkejut ahkak..mmg pun kadang2 aku terkejut sebab ketuk kuat mcm nak gaduh jer....memang la dulu kitaorg 1 bahagian tapi lepas kitaorg dah tukar ke bahagian lain2, kitaorang dah tak baper rapat sangat..kalau jumpa kat area Kementerian ni tegur gak le..borak2 macam besa..Ni sekarang dia dah masuk ke bahagian aku sebab naik pangkat, aku rasa macam janggal ar nak baik dengan dia macam dulu2..baik tu baik la tapi rasa janggal..aku tak selesa..aku respect dia as pegawai..tue je..pas tu lak sekarang..suka lepak kat bilik aku..aku plak naik rimas..sebab tak tau nak borak apa????ni la situasi aku sekarang kat opis..kalau duduk borak2 tak pe, nanti dah citer2 menda lain mesti masuk ke topik aku..kritik aku..hishhhh..rimas aku orang asik kritik2 aku..sebab aku ni jenis sensitip sebenarnya..aku tak boleh ar orang tegur2 aku sebab aku pun bukan jenis suka tegur2 orang..mungkin ada gak la aku tegur tapi tak la selalu mcm ni..macam haritu aku pakai kemeja, seluar slack..kebetulan terserempak dengan pegawai yang aku citer ni kat toilet..masa terserempak tu dia pandang aku atas bawah..aku macam kenapa dia ni..pas tu dia cakap 'apsal ko serabut'..masa tu rambut aku basah so aku tak ikat..aku cuma sepit je..tu yang nampak macam serabut..sentap jap aku..terus aku jawab rambut aku basah..macamne nak ikat..ada baru2 ni dia lepak kat bilik aku..mula2 citer pasal menda lain..pas tu masuk ke topik aku plak.."ko tak rimas ke rambut panjang2".."ko jangan ar biar rambut mengerbang"..aku jawab ar..kalau basah, mmg aku tak ikat..tunggu dah kering, baru aku ikat..pas tu ada lagi ar dia cakap..hishhhhh..ahkak rimas la orang asik tegur2 aku ni..ko ni dah kenapa?????asik nak kritik aku je..

masa mula2 dia masuk kat bahagian aku ni, aku ada la story sikit2 pasal bahagian aku ni kat dia..dalam citer2 tu, aku kena balik..dia boleh cakap 'aku dengar, orang pun susah nak call kat sini..P/A (aku le tu) tak jawab telepon'..aku yang dengar masa tu,terus rasa macam nak marah..aku bukan jenis suka berjalan gi lepak kat meja@bilik orang lain..aku memang duk je kat tempat aku..melainkan pagi, tengahari..aku gi beli makanan..ataupun aku gi toilet..tepon kat tempat P/A, kalau kata aku tak jawab kol sebab aku tak de kat tempat if kol tu dari dalaman, aku boleh check balik kat tepon sebab tepon tempat P/A spesel sikit..so selalunya memang aku akan kol balik..kalau kol dari luar, tak dapek nak nolong ar..tak leh check..kena la tunggu pemanggil tu kol balik..aku bitau kat dia 'kalau pagi/tengahari aku gi beli makanan..@pun kalau aku tak de kat tempat aku gi toilet..kalau ko tak caya, ko dah masuk kat sini..ko tengok & nilaikan la sendiri..nak gi berjalan ke bilik ko pun aku tak rajin'..memang pun dia ada ajak aku gi lepak kat bilik dia..seyes aku tak ghajin..bukan cakap aku baik ke hapa..aku mmg tak baper gemar berjalan ke meja @pun bilik orang lain..aku prefer duk je kat tempat aku..sebab kat bahagian aku ni, tak de kaunter..so kalau ada orang datang nak hantar surat ke, nak jumpa pegawai ke..memang aku yang kena layan sbb bilik aku kat depan kaunter..

TTC

Kesian..Kesian..Kesian

15:27

Harini nak story pasal 'KESIAN' untuk TTC..napa yeak, orang kan kalau tahu kita yang TTC ni belum ada zuriat..suka cakap 'KESIAN'..aku rasa macam tak kena je perkataan tu..ntah ar bila orang cakap je 'eh si fieza tu tak de anak lagi ke?' pas tu ada orang jawab 'belum lagi'..terus ayat yang keluar dari mulut si penanya tadi 'kesian'..eh eh kesian sbb apa yeak?confuse aku jap..anak tu rezeki Allah..adakah yang mana dah ada anak tu, rasa diri hebat sebab isteri @ suami korang POWER (sorry, tetiba cam emo)..jadik kitaorang yang belum ada anak lagi ni tak power..cam tu ke????tak kisah la kannn kalau nak cakap yang TTC ni tak power ke hapa..Anak tue rezeki dari Allah..KUN FA YA KUN..

untuk yang suka sebut perkataan 'kesian' tu pada TTC macam aku ni, baik cakap macamni 'ooo..tak pe nanti ada le tu..lambat sikit rezeki'..kan sedap sikit hati aku yang TTC ni dengar dari perkataan 'kesian'..macam baru2 ni aku jumpa ngan suami pada kawan aku..hah..jangan pikirin bukan2 yeak..atas urusan biz okey.. Jumpa pun kat area opis aku ni, hah..masa jumpa ngan suami kawan aku ni, dia tanya..tapi masa dia nak tanya tu pun..berlapik..ayat dia 'fieza..sorry..aku nak tanya sikit..' aku jawab la 'apa dia?' terus suami pada kawan aku ni tanya 'ko dah ada anak ke belum?'..sebab cara dia tanya tu berlapik..siap mula2 cakap sorry..aku okey je..aku bitau je ' a-ah belum ada lagi..tak de rezeki lagi'..so suami pada kawan aku ni jawab balik 'oo..tak pe..bukan tak der rezeki..lambat sikit..nak bagi ko & laki ko enjoy berdua dulu'..aku yang dengar ayat ni terus tak rasa macam nak marah pun..cool je..jadik aku tak paham kenapa orang suka sebut 'kesian' pada orang yang TTC macam aku ni..kesian sebab apa..sebab kitaorang tak de anak lagi ke????sebab tu ke orang suka sebut 'kesian..kesian..kesian'..lenkali kalau tak tau nak cakap apa pada orang yang TTC macam kitaorang ni..tak payah cakap apa..cakap la pasal menda @ topik lain..selamat..tak menyakitkan hati kitaorang yang TTC ni..memang la pada sesapa yang tak berada dalam situasi TTC ni, mesti akan cakap 'alah..cakap kesian je pun..sentap ke?' aku tak tau TTC yang lain tapi for me 'ya, aku sentap'..simple word tapi sangat menyakitkan hati..biler orang cakap, memang aku senyum tapi dalam hatiiii!!!!!

vacation

Jejak Kuching..

15:39

Ni story bulan 2 haritu..okey, baru hegeh2 nak hapdate dalam blog kan..tue la sapa suh MALAS update blog..tak pe, walaupun cam malas2 ni sebab dah ghajin, ahkak story jugak walaupun macam x baper ingat sangat apa xtvt kat Kuching ritu..x pe, cuba jugak ingat..

Kitaorang gi Sarawak masa awal bulan 2 ritu..masa tu adik ipar aku ada sorang duk kat sana..bertugas kat Kuching..la ni, dorang somi isteri  dah pindah balik Semenanjung..so rezeki la masa gi sana ritu, save budget tang penginapan coz duduk kat rumah dorang je..cuma kitaorang kuar duit makan & shopping sikit2..tapi macam tempat2 yang kena bayor mahal2, kitaorang lalu je..tengok dari luar..hehe..jadiknya macam Kg.Budaya tu kitaorang tak masuk pun.

orite meh aku share sikit gambor2 kitaorang masa percutian kat Sarawak ritu..

Ni kat Kuching Waterfront..kat sini banyak orang jual souvenir..time kitaorang gi ni malam..banyak dah tutup..tapi ada la beberapa kali kitaorang repeat area sini..untuk beli cenderamata bagai, adik ipar aku suggest kat kedai2 depan Waterfront ni..boleh tawar-menawar..ada 1 beg aku beli tu, offer RM12.90 ~ 2 pcs..terus rembat 2..

yang ni kat area Pantai Damai (kalau tak silap ar nama dia..)berdepan ngan Kg.Budaya..

ni 2nd pantai yang kitaorang gi tapi aku tak ingat nama dia..lupa..

gambar yang barisan pertama tu kat Taman Negara Bako..cadangnya nak menjelajah Taman Negara Bako ni la..sekali caj setiap sorang RM10..bot kena sewa RM94..setiap bot boleh muatkan 4 orang..terus tak jadik..

Yang ni kat Gua Angin..hat ni murah..entrance fee RM1 sorang..ada 3 laluan kalau tak silap dalam gua ni..tapi kitaorang amik laluan yang tak baper nak panjang sangat la..aku bukannya berani benor..

Gambar atas tu kitaorang gi Tasik Biru..tapi ayor tasiknya idok le biru..ijau..

yang ni kat Pantai jugak..cadangnya nak mandi manda..sekali laut bergelora..cancel program..

ni plak kat Medan Niaga Satok & Kek Lapis Dayang Salhah..borong ikan terubok masin & kek lapis ler....

Aksi Ariff..anak buah kitaorang..bukan main susah nak amik gambor dia..memacam aksi..

Banana Cheese (Terbaikkkkk)..Nasik lemak Sarawak & Nasik ikan bakar..

Dah sampai Sarawak..haruslah bergambor kat mercu tanda Kuching..wajibbb okey..haha..kononnnn..padahal masa nak turun kat  sini, aku cam majuk sikit..sikit je..

Flickr Images

ShopLink Asia

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.